STRATEGI PERDAGANGAN SUP PENYU (TURTLE SOUP) DARI "DAPUR" L. RASCHKE

STRATEGI PERDAGANGAN SUP PENYU (TURTLE SOUP) DARI "DAPUR" L. RASCHKE

Hari ini kami akan memberitahu anda tentang strategi perdagangan bernama Sup Penyu (Turtle Soup). Kumpulan pedagang yang menamakan diri mereka Turtles menggunakan teknik yang hampir sama untuk mengambil untung secara aktif. Salah seorang pedagang komoditit dan niaga hadapan yang sangat berjaya – Linda Bradford Raschke – menggabungkan teknik beliau sendiri dan teknik yang digunakan kumpulan Turtles, menghasilkan strategi baru yang dipanggil Sup Penyu.

Objektif strategi ini adalah untuk mengesan breakout palsu di pasaran. Apakah itu breakout palsu? Bayangkan harga menembus suatu garisan sokongan atau rintangan, tetapi kemudian ia dengan cepat mengundur, tidak mampu terus maju. Pengunduran pantas harga ini dipanggil breakout palsu. Ramai pedagang yang benci dengan kerenah pasaran sebegini dan menganggap breakout palsu sebagai zon yang sangat bahaya. Strategi perdagangan Sup Penyu tidak mengajarkan cara mengelak dari breakout palsu, tetapi ia mendedahkan kepada kita teknik bagaimana kita boleh dapatkan untung darinya.

Ramuan utama

Rangka masa – tidak kurang dari M15

Peraturan permainan – senario bullish

1. Buka carta. Anda perlukan 20 kandil terakhir. Ini tempoh analisis anda.

2. Cari harga tertinggi dan terendah dari julat yang dipilih dan tandakannya dengan garisan horizontal agar lebih jelas.

3. Aras minimum atau maksimum yang anda sudah kenal pasti harus terletak pada jarak sekurang-kurangnya 4 hari dari kandil hari ini anda.

4. Selepas harga jatuh di bawah harga terendah tempoh tersebut, pasang pesanan Buy Stop 5-10 pip di atas harga terendah 20 kandil yang lepas.

5. Jika pesanan itu terpicu (triggered), letakkan pesanan Renti Rugi 1 pip di bawah minimum kandil semasa.

6. Jika posisi anda menguntungkan, gunakan Trailing Stop: gerakkan Renti Rugi mengekori harga bila harga bergerak menyebelahi anda.

Kita harus akui bahawa ia strategi yang agak meruwap dengan potensi keuntungan yang besar. Walaupun ia tampak sangat mudah, secara praktisnya, tidak begitu. Ramai pedagang novis yang menghadapi kesukaran mengesan breakout palsu

Tutrle soup.png

Serupa

Promosi yang akan anda minati

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera