STRATEGI PERDAGANGAN: THREE WISE MEN DAN THE ALLIGATOR

STRATEGI PERDAGANGAN: THREE WISE MEN DAN THE ALLIGATOR

Para pedagang bukan sahaja jenis manusia yang baran dan bersemangat, tetapi mereka juga orang-orang yang kreatif. Kreativiti mereka terzahir pada nama-nama strategi perdagangan mereka. Strategi hari ini mengesahkan cerapan ini.

Strategi perdagangan Profitunity dicipta oleh pedagang yang sangat berpengalaman, Bill Williams (pengarang buku “Trading chaos”) dan anak perempuannya Justine. Ia juga dikenali ramai sebagai strategi “The three wise men and the alligator”. Anda mesti tertanya-tanya mengapa ia dipanggil begitu. Berikut adalah sebab-sebabnya.

3 wise men.jpg

The Alligator adalah kombinasi 3 purata bergerak:

Lidah: purata bergerak terlicin (SMA, Smoothed Moving Average) 5 tempoh, dianjak 3 bar ke hadapan;

Gigi (garisan merah): SMA dengan 8 tempoh, dianjak 5 bar ke hadapan;

Rahang (garisan biru): SMA 13 tempoh, dianjak 8 bar ke hadapan.

3 wise men2.png

Biasanya, di waktu tiada trend, tiga garisan ini terbuku bersama; dalam keadaan ini, sang Alligator sedang tidur. Kemudian ia bangun dan berasa lapar (tiga garisan itu mula mencapah membentuk rupa seperti rahang aligator yang menganga). Jika Alligator lapar, itu bermakna kita sedang berhadapan dengan downtrend/uptrend. Para pedagang memerhatikan "waktu lapar" ini untuk menangkap trend besar. Apabila rahang sang Alligator mengatup, para pembeli/penjual akan mempertimbangkan untuk berehat atau mengecilkan saiz lot.

Jadi mari kita teruskan dan berkenalan dengan Three Wise Men (Tiga Lelaki Bijaksana).

3 wise men3.png

Lelaki bijaksana yang pertama akan membantu kita menentukan penyongsangan di dalam pasaran yang menjajar. Anda harus menemui sebatang bar capahan (divergent) (pola morning star atau evening star).

Anda harus buka posisi long jika anda nampak harga berada di bawah garisan Alligator; bar divergent tadi harus mempunyai harga terendah yang lebih rendah dari bar yang mendahuluinya; bar divergent mesti tutup di bahagian separuh atas bar. Buy Stop harus dipasang di titik paling atas bar, renti rugi harus dipasang di titik paling bawah bar. Ambilan untung pula, adalah bila signal berlawanan muncul.

Lelaki bijaksana yang kedua – osilator Awesome

3 wise men4.png

Osilator Awesome adalah syarat tambahan bagi pengecaman titik masuk kita. Secara idealnya, ia didahului oleh bar capahan (divergence bar) bullish, atau oleh fraktal bawah. Anda boleh beli bila AO menunjukkan 3 bar hijau berturut-turut. Rentian boleh dipasang pada bawah bar capahan bullish atau fraktal bawah, kemudian beransur-ansur naik ke harga terendah bagi 3-5 bar terkini, atau keluar bila signal “bearish“ muncul.

Sang bijaksana yang ketiga – fraktal

3 wise men5.jpg

Fraktal membantu kita mengenal pasti breakout pada harga tertinggi atau terendah sebelumnya. Menurut William, setiap fraktal mewakili tamatnya sebuah Elliot Wave dan setiap fraktal menandakan gelombang baru.

Signal Profitunity: bila tiga lelaki bijaksana berkumpul bersama

Mula-mula, lihat jika lelaki bijaksana pertama sudah muncul di atas/bawah garisan alligator. Kemudian tunggu sehingga pola “bullish“/“bearish“ muncul. Apabila sudah memasuki pasaran, lihat pada lelaki bijaksana kedua – Awesome Oscillator (harus ada tiga garisan hijau/merah yang berturutan). Kemudian kita mencari lelaki bijaksana ketiga – tunggu pembentukan fractal – dua bar dengan minimum yang lebih rendah atau maksimum yang lebih tinggi. Apabila fraktal telah muncul, anda harus pasang pesanan stop selepas harga tertinggi/terendah dan renti rugi pada harga minimum terendah atau harga maksimum tertinggi.

3 wise men6.jpg

Anda harus keluar dari pasaran jika signal berlawanan muncul – bila pola penyongsangan muncul atau bila ada tiga bar serupa yang berturutan di histogram AO.

Serupa

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera