Strategi perdagangan untuk rangka masa jangka pendek

Strategi perdagangan untuk rangka masa jangka pendek

Sesetengah pedagang lebih gemar berdagang di rangka masa yang lebih panjang. Ia membantu mereka memantau posisi mereka tidak lebih dari sekali sehari dan mempunyai lebih banyak masa untuk membuat keputusan. Namun, jika anda lebih kepada seorang pedagang yang agresif dan lebih gemar mendapatkan keuntungan dalam hari yang sama anda mungkin akan berdagang di carta H1 dan H4. Di dalam artikel ini kami akan membincangkan strategi-strategi yang paling popular bagi perdagangan jenis ini.

Kelebihan dan kekurangan berdagang di rangka masa yang lebih kecil

Perdagangan di rangka masa intrahari ada pro dan kontra. Antara kelebihan yang boleh disebutkan adalah tekanan yang lebih rendah ke atas deposit pelabur dan potensi memperoleh lebih banyak wang kesan dari bilangan posisi yang dibuka yang lebih tinggi.

Dalam masa yang sama, ada beberapa kekurangan berdagang di H1 dan H4. Yang pertama, tentu sekali, jumlah masa yang anda perlu habiskan menghadap platform perdagangan. Pertimbangkan juga tekanan emosi yang lebih tinggi bila berdagang di rangka masa kecil. Justeru strategi-strategi untuk perdagangan intrahari haruslah ringkas penggunaannya, tetapi efektif dalam masa yang sama.

Strategi berdagang di carta H1

Anda perlu memasukkan beberapa purata bergerak ke carta untuk menggunakan strategi berikut.

  1. Purata bergerak eksponen (EMA) 38 dan 48 tempoh (warna coklat).
  2. Purata bergerak berpemberat linear (linear weighted moving average) 5 dan 8 tempoh (warna ungu).

Peraturannya ringkas. Bila MA berpemberat linear meyilang MA eksponen dari atas ke bawah, ia memberi isyarat untuk buka posisi short. Sebaliknya, bila MA berpemberat linear menyilang EMA dari bawah ke atas, kita boleh membuka posisi long. Signal lebih kuat jika jarak antara dua MA berpemberat linear lebih kecil atau jika mereka meyilang satu sama lain. Dalam masa yang sama, candlestick yang muncul selepas persilangan harus ditutup di bawah persilangan (jika ia signal posisi short) atau di atas persilangan (jika ia signal untuk posisi long).

Anda akan menutup posisi anda bila MA eksponen menyilang satu sama lain.

Mari kita lihat contoh ini:

Pada carta H1 AUD/USD, MA ungu meyilang MA coklat dari bawah ke atas pada 1 November. Kita menunggu untuk candlestick tutup di atas purata bergerak dan aras pengukuhan sebelum ini. Selepas itu kita menantikan candlestick berikutnya dan membuka posisi long pada harga penutupan 0.7131. Renti rugi kita dipasang di bawah aras pengukuhan pada 0.7047. Kita menantikan MA coklat untuk saling bersilangan pada 0.7242. Kita beroleh 111 pips (0.7242-0.7131).

1-(2).jpg

Strategi berdagang di carta H4

 

Strategi yang diperincikan di bawah memerlukan penggunaan dua indikator: MACD dengan setting 12,25,2 dan Commodity Channel Index (CCI) dengan 14 tempoh.

Anda perlu emmbuka posisi long bila:

  • CCI menyilang sempadan atas MACD dari bawah ke atas;
  • Bila ia berlaku, MACD harus lebih tinggi dari aras 100.

Kita letakkan renti rugi kita di bawah aras pengukuhan sebelum ini. Ambilan untung kita bergantung kepada aksi harga. Namun, kita harus tutup posisi kita jika CCI jatuh di bawah aras 100.

Mari lihat carta H4 AUD/USD.

Pada 11 Januari kita boleh lihat CCI meningkat lebih tinggi dari MACD. Kita tunggu candlestick berikutnya dan buka posisi pada 0.7381. Renti rugi kita dipasang di bawah aras pengukuhan pada 0.7326. Kita tutup posisi bila CCI menguji aras 100 dari atas ke bawah pada 0.7508. Hasilnya, kita telah beroleh 127 pip.

2.jpg

Bila harus kita buka posisi short?

  • CCI menyilang sempadan bawah MACD dari atas ke bawah.
  • Bila ia berlaku, MACD harus lebih rendah dari aras -100.

Akhir sekali, mari kita lihat contoh posisi short di carta H4 yang sama untuk AUD/USD.

CCI menyilang MACD dari atas ke bawah. Kita buka posisi short pada 0.7160. Renti rugi kita dipasang di atas aras pengukuhan 0.7205. Kita tunggu sehingga CCI menguji aras -100 dan menutup posisi di 0.7069. Kita beroleh 91 pip.

3 (3).jpg

Kesimpulan

Berdagang di rangka masa lebih kecil memberikan anda keuntungan yang lebih pantas. Dalam masa yang sama, ia memerlukan perhatian, kerana itulah anda perlu berhati-hati bila berdagang dengannya.

Serupa

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera