Pelaburan Yang Sukses Dengan Logam Berharga

Pelaburan Yang Sukses Dengan Logam Berharga

2023-02-27 • Dikemaskini

Sejak zaman purba, logam berharga seperti emas, platinum, dan perak kekal sebagai sumber kestabilan kewangan bagi rakyat, terutamanya di waktu keadaan tidak menentu. Perang bermula dan berakhir, abad demi abad berlalu, namun logam-logam tersebut kekal sebagai aset perlindungan yang terbaik untuk pelaburan. Mengapa ia begitu dikenali di kalangan para pelabur? Jom kita bongkar.

Pelaburan dalam Emas (XAU)

Apabila anda merancang untuk membuat pelaburan dalam emas, jangan fikir bahawa anda akan membeli atau menjual jongkong emas itu sendiri. Sebaliknya, anda akan beroperasi dengan harga semerta (spot price) emas. Ia boleh didorong oleh pelbagai faktor dan mencerminkan perubahan global merentasi pasaran. Mari ketahui mengapa emas adalah pilihan yang bagus untuk strategi pelaburan anda.

"Logam kuning" itu sudah menjadi sebahagian dari pasaran kewangan untuk satu masa yang lama. Pada zaman sebelum ini, ia juga digunakan untuk menyokong matawang fiat. Semasa zaman standard emas, wang kertas perlu disandarkan dengan jumlah emas yang setara di dalam rizab.

Carta bulanan XAUUSD

Sejak 1980-an hingga awal 2000-an, minat terhadap logam berharga ini adalah sangat rendah disebabkan oleh peningkatan populariti saham dan pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan stabil. Itulah sebabnya mengapa harganya bermain di dalam julat di antara sekitar $300 dan $500 dalam tempoh masa tersebut. Minat untuk melabur dalam emas meningkat selepas krisis kewangan pada tahun 2008. Harganya malah mencecah $1,907 pada bulan Ogos 2011. Ekonomi AS yang semakin pulih serta kenaikan kadar Fed sejak 2013 melemahkan emas, bagaimanapun, logam berharga itu terus menarik perhatian para pelabur.

Jadi mengapa pelabur memilih Emas?

  • Ia merupakan aset perlindungan yang kekal stabil pada masa yang tidak menentu, termasuk ketika pasaran pelaburan merosot, hutang negara yang sangat tinggi, matawang yang lemah, inflasi yang tinggi, peperangan dan ketidakstabilan sosial;
  • Sejarah standard emas menjadikan aset emas bertingkah laku lebih seperti matawang berbanding komoditi;
  • Emas bertindak sebagai subjek spekulasi;
  • Emas adalah universal: ia tahan lama, mudah alih dan diterima secara meluas.

Faktor-faktor yang mempengaruhi harga emas

Tidak seperti matawang utama, emas tidak disokong oleh tahap guna tenaga kerja, pengeluaran, dan infrastruktur. Ia boleh dibandingkan dengan aset lain seperti minyak atau jagung kerana semuanya mempunyai ciri fizikal. Walau bagaimanapun, harga emas biasanya bertindak secara bebas daripada penawaran dan permintaan industrinya. Di bawah ini kami jelaskan pendorong-pendorong harga emas yang paling penting.

  1. Rizab bank pusat. Bank pusat menyimpan logam kuning ini untuk tujuan perencaman (diversification). Emas juga boleh digunakan untuk membiayai kecairan kecemasan atau campur tangan matawang. Selain itu, bank pusat memberi perhatian kepada keadaan ekonomi sesebuah negara apabila mereka membuat keputusan untuk membeli atau menjual emas. Sebagai contoh, jika bank pusat memutuskan untuk merencamkan rizab monetarinya, harga emas akan meningkat.
  2. Penghindaran risiko. Sentimen di pasaran ekuiti juga memainkan pengaruh yang penting ke atas harga logam kuning. Jika dinamik risk-off meningkat, pelabur lebih suka menjual saham dan beralih kepada emas yang dilihat selamat dan lebih stabil.
  3. Kadar faedah bank pusat. Ini adalah faktor sejarah yang mempengaruhi harga emas. Apabila kadar faedah sebenar ditetapkan pada tahap yang rendah, alternatif pelaburan boleh memberikan pulangan yang rendah atau negatif, mendorong pelabur beralih kepada emas. Jika kadar faedah tinggi, daya tarikan pelaburan aset selamat berkurangan.
  4. Dinamik USD. Memandangkan harga emas di sebut dalam dolar AS, terdapat korelasi songsang yang besar, iaitu, mereka cenderung bergerak ke arah yang berbeza. Jika pelabur menjual dolar kepada pasaran, emas menjadi lebih menarik dan, akibatnya, lebih mahal. Begitu juga sebaliknya, jika USD menguat, harga emas cenderung untuk jatuh. Walau bagaimanapun, anda harus tahu bahawa ia berlaku bukan dalam semua keadaan, tetapi kebanyakannya semasa terjadinya krisis dan ada ketidaktentuan yang besar dalam ekonomi.
  5. Indeks harga pengguna cenderung untuk terkorelasi secara langsung dengan perubahan harga emas. Sekiranya inflasi tinggi, pelabur mencari aset yang lebih "keras" dan boleh dipercayai dan memilih untuk melabur dalam emas. Jika tidak, jika keadaan ekonomi baik, permintaan terhadap emas jatuh dan aset itu menjadi lebih murah.
  6. Negara pengeluar emas. Ketidakpastian politik di negara pengeluar emas, serta sekatan yang dikenakan ke atas mereka, boleh menjejaskan tahap pengeluaran emas dan, oleh itu, meningkatkan harganya. Walau bagaimanapun, oleh kerana tiada dokumen rasmi yang diketahui secara meluas yang merekodkan tahap pengeluarannya kepada pelabur, ini adalah faktor yang paling tidak informatif untuk tujuan pelaburan.

Pelaburan dalam Perak (XAG)

Carta XAGUSD

Perak adalah logam yang kedua paling popular di kalangan pelabur. Sebagai saudara kuningnya, ia telah dianggap sebagai satu matawang sejak sekian lama. Sebagai contoh, pound British dipanggil pound kerana ia setara dengan satu paun perak. Kebanyakan faktor yang mempengaruhi harga aset ini adalah serupa dengan faktor-faktor yang mempengaruhi emas, namun, terdapat sedikit perbezaan dalam kemeruapannya. Dinamik harga adalah serupa, bagaimanapun, perak kurang meruap berbanding emas.

Pelaburan dalam Platinum (XPT)

Carta bulanan harga platinum

Platinum adalah logam yang paling jarang-jarang digunakan untuk kegunaan kewangan. Harganya dipengaruhi kebanyakannya oleh permintaan industri dan proses perlombongan. Memandangkan pengeluaran tertumpu di lebih sedikit negara, berbanding dengan pengeluaran emas, kemeruapan platinum adalah lebih tinggi berbanding mana-mana pasaran logam lain. Selain itu, ia cenderung untuk terjejas akibat ketidaktentuan dunia dengan lebih teruk, berbanding logam lain.

Pelaburan dalam Tembaga (XCP)

Tembaga ialah logam berwarna merah lembut dengan bekalan yang terhad. Orang ramai menggunakannya untuk membuat paip, pendawaian elektrik, radiator kereta, dan lain-lain keperluan. Disebabkan oleh perindustrian dan elektrifikasi yang pantas, permintaan untuk tembaga telah meningkat secara besar-besaran.

Jika anda ingin melabur dalam tembaga, anda boleh melakukannya secara langsung atau tidak langsung. Dalam kes pertama, anda boleh membeli bar jongkong atau koin tembaga dan menyimpannya selagi mana harga tembaga semakin menguat.

Anda juga boleh melabur dalam niaga hadapan tembaga. Pelabur boleh sama ada membeli atau menjual sejumlah tembaga pada tarikh tamat tempoh tertentu.   

Dalam kes pelaburan tidak langsung, anda boleh membeli saham syarikat pengeluar tembaga, seperti Kumpulan BHP, Southern Copper atau Freeport-McMoRan. Terdapat juga ETF tembaga yang menjejaki harga tembaga. Ia boleh melibatkan jongkong tembaga, niaga hadapan tembaga, atau saham syarikat perlombongan tembaga. Pilihan lain untuk pelaburan tidak langsung dalam tembaga ialah dana amanah dan opsyen tembaga.

Seperti harga komoditi lain, harga tembaga didorong oleh penawaran dan permintaan. Ia juga sangat bergantung kepada aktiviti ekonomi dunia. Terdapat korelasi yang ketara antara Pertumbuhan KDNK China dan harga tembaga kerana China pengguna terbesar global untuk dawai setakat ini.

Satu lagi korelasi yang menarik ialah korelasi antara harga tembaga dan minyak. Harga tembaga akan meningkat bersama dengan uptrend harga minyak lantaran kerana penggunaan tenaganya.

Di bawah anda boleh melihat uptrend di pasaran niaga hadapan tembaga sejak 2021.

1.png

Pelaburan dalam Palladium (XPT)

Palladium adalah logam yang mirip dengan platinum. Ia elemen yang diperlukan untuk menghasilkan produk elektronik dan pengubah mangkin (catalytic converter) untuk kereta. Ia juga digunakan untuk membangunkan pengesan karbon monoksida.

Jika anda ingin melabur dalam paladium secara langsung, anda boleh membelinya pada harga semerta (spot) atau melalui kontrak niaga hadapan. Anda juga boleh dagangkan paladium sebagai kontrak untuk perbezaan.

Antara faktor utama yang mendorong harga paladium ialah penawaran dan permintaan. Situasi dalam industri kereta turut mempengaruhi harga paladium kerana pemandu telah bertukar daripada kenderaan diesel kepada kenderaan petrol, yang menggunakan paladium dalam pengubah mangkinnya.

Di carta di bawah, anda boleh melihat prestasi mingguan Palladium dari November 2021. 

45344342.png

Sebagai kesimpulan, pelabur memilih logam sebagai aset selamat semasa keadaan tidak stabil. Ia boleh membawa keuntungan yang lebih stabil dan kurang terjejas akibat perubahan di pasaran.

Serupa

Strategi Perdagangan Pin Bar
Strategi Perdagangan Pin Bar

Ada kalanya carta atau pola candlestick boleh memberikan signal masuk yang baik jika ia terletak pada aras tertentu. Pin Bar salah satu pola candlestick yang paling andal dan terkenal, dan apabila pedagang menemuinya di carta, mereka menjangkakan harga akan berubah arah tidak lama lagi.

Strategi Perdagangan Money Flow Index
Strategi Perdagangan Money Flow Index

Di antara beratus-ratus indikator dan alat teknikal yang berbeza untuk pedagang, Indeks Kekuatan Relatif (RSI, Relative Strength Index) salah satu yang paling popular kerana keringkasannya dan, pada masa yang sama, keampuhannya dalam pelbagai senario perdagangan. Di dalam artikel ini, kami ingin memberitahu anda tentang satu lagi alat yang serupa dengan RSI tetapi dengan beberapa pelarasan yang hebat.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera