Strategi perdagangan  "Turtle Soup"

Strategi perdagangan "Turtle Soup"

Kami sudah pun jelaskan kepada anda tentang kumpulan “"Pedagang Penyu" (“Turtle traders”).” yang membuat keputusan perdagangan mereka dengan mengikuti satu set peraturan yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Dengan bantuan Richard Dennis dan William Eckhardt, mereka berjaya memperolehi sekitar 100 juta dolar dalam masa yang singkat. Kemudian, pengalaman mereka telah diadaptasi untuk pasaran yang berubah-ubah oleh seorang lagi pedagang niaga hadapan yang terkenal Linda Bradford Raschke. Beliau telah mencipta satu strategi baru yang efektif bernama "Sup Penyu" (Turtle Soup).

Strategi ini berkisar seputar pencarian penembusan palsu (false breakouts). Bila penembusan jangka pendek terjadi, keuntungan adalah minimum atau sifar. Bagaimana pun, jika anda berhadapan dengan breakout jangka sederhana atau jangka panjang, peluang anda untuk mencapai keuntungan yang tinggi agak cerah.

Unsur-unsur utama strategi ini

Rangkamasa: tidak kurang dari M15

Pasangan matawang: apa-apa sahaja

Algoritma untuk strategi ini bagi senario "beli"

  1. Buka carta. 20 candlestick terakhir adalah zon analisis anda. Kami mencadangkan agar anda tandakan julat ini dengan satu segi empat. Segi empat ini boleh digerakkan ke hadapan bila candlestick baru muncul.
  2. Cari harga tertinggi dan terendah dari julat ini dan tandakannya dengan garisan horizontal agar lebih jelas.
  3. Aras minimum atau maksimum tersebut harus terletak pada jarak sekurang-kurangnya 4 hari dari kandil hari ini anda.
  4. Nantikan sehingga harga jatuh melepasi harga terendah julat ini.
  5. Pasang pesanan buy stop 5-10 pip di atas paras terendah julat 20 candlestick. Pesanan ini akan relevan hanya untuk candlestick semasa. Jika ia masih tidak terpicu di saat candlestick ini lengkap, kami syorkan agar anda hapuskan sahaja pesanan ini.
  6. Pasang renti rugi anda 5-15 pip di bawah harga minimum semasa.
  7. Ambilan untung anda haruslah 5-10 pip di bawah sempadan atas segi empat.

Mari kita kaji satu contoh. Di carta H4 AUD/USD, kami telah tandakan pengukuhan 20 tempoh. Titik tertinggi di sini terletak di 0.6645, manakala yang terendah pula di 0.6433. Penembusan palsu muncul pada 9 Mac dengan candlestick panjang jatuh melepasi julat. Kami telah letakkan pesanan "buy stop" kami di 0.6443, "renti rugi" di 0.6302, dan "ambilan untung" di 0.6620. Pesanan tersebut telah terlaksana dengan jayanya.

1 edited.png

Algoritma untuk strategi ini bagi senario "jual"

Untuk pesanan "jual", kita lakukan yang sebaliknya.

  1. Pilih julat 20 candlestick terakhir, cari harga terendah dan tertinggi tempoh ini.
  2. Aras minimum atau maksimum tersebut harus terletak pada jarak sekurang-kurangnya 4 hari dari kandil hari ini anda.
  3. Nantikan penembusan harga ke sebelah atas.
  4. Pasang pesanan sell stop 5-10 pip di bawah paras tertinggi julat 20 candlestick. Ingat, pesanan ini haruslah dipicu dalam tempoh hayat candlestick ini sahaja.
  5. Anda pasang renti rugi 5-15 pip di atas harga maksimum semasa.
  6. Ambilan untung anda haruslah 5-10 pip di atas garisan sokongan segi empat.

Mari kita pertimbangkan situasi di M15 USD/JPY. Titik tertinggi di sini terletak di 107.55, manakala yang terendah pula di 107.21. Selepas satu kenaikan mendadak pada 15 Jun, pasangan ini berjaya memecahkan rintangan julat. Kami telah meletakkan pesanan "sell stop" di 107.5. Renti rugi kami terletak di 107.6, manakala ambilan untung pula di 107.26.

2 edited.png

Perlukah pesanan tertangguh (pending order) terpicu hanya dalam tempoh hayat kandil yang menyebabkan berlakunya penembusan? Menurut peraturan strategi Sup Penyu, itu perlu. Bagaimana pun terdapat juga strategi bernama "Sup Penyu + Satu" (Turtle Soup + One). Perbezaan utama di antara versi asal dan strategi yang diubah suai adalah pada masa kemasukan. Untuk strategi yang kedua ini, candlestic perlu tutup di luar julat selepas penembusan. Selepas itu, anda letakkan pesanan 5-10 pip di atas paras terendah 20 candlestick untuk pesanan "beli", atau di bawah paras tertinggi 20 candlestick untuk pesanan "jual".

Strategi "sup penyu" menunjukkan kepada kita bahawa peraturan yang mudah boleh membantu kita mencapai hasil yang efektif. Jadi, apa kata kalau anda cuba strategi ini?

Serupa

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Ketahui lebih lanjut

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam 00:30:00

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera