Psikologi perdagangan: melihat dengan betul, Bahagian 1

Psikologi perdagangan: melihat dengan betul, Bahagian 1

2023-01-25 • Dikemaskini

Berundur sejenak dari kesibukan kita berdagang sehari-hari, mari kita renungkan sedikit tentang bagaimana kita melihat carta, harga, apa yang benar di dalamnya dan apa yang mungkin sekadar khayalan. Dialog di bawah ini disampaikan kepada anda untuk menjadikan proses bertafahus lebih seronok dan mudah difahami, sambil menyampaikan kepada anda idea-idea utama kami secara seberapa eksplisit yang mungkin. Nikmati wacana ini, dan ingat bahawa ini hanyalah bahagian yang pertama, yang kedua akan disampaikan kepada anda tidak lama lagi.

Kenapa saya berada di sini?

Saya akan tunjukkan kepada anda. Anda seorang pedagang, benar? Katakanlah, anda mahu berniaga emas. Kebetulan pula sekarang ini memang masa yang baik untuk berdagang emas

Benarkah?

Ya, benar, tetapi saya bukan penasihat peribadi anda. Sekurang-kurangnya, tidak di masa sekarang ini. Walau apa pun, anda mahu berdagang emas dan berasa seperti mahu aktif sedikit pada hari ini.

Saya memang aktif pun pada hari ini!

Baguslah begitu, jadi anda pun guna rangka masa H1.

Okay. Jadi apa sebenarnya yang anda mahu buktikan kepada saya?

Carta. Apa yang anda dapat lihat?

1.png

Apa maksud anda? Saya nampak harga emas bergerak merentasi latar belakang yang kosong. Carta mentah yang hampir kosong. Hanya harga, tiada apa-apa selain harga.

Apakah ada apa-apa yang kurang?

Ya, mana semua aras-aras sokongan, rintangan, indikator? Saya bukanlah genius perdagangan sehinggakan dapat melihat semuanya dengan mata kasar saya! Saya perlukan aras-aras untuk dijadikan landasan bagi membuat keputusan, dsb. Sila buat semuanya kelihatan. 

Tidak menjadi masalah. Anda yang berdagang, sila lakukannya sendiri. Tandakan beberapa aras penting di situ.

Apa, tidak bolehkah jika anda yang melakukannya?

Saya boleh sahaja, tetapi keindahannya ada di mata orang yang melihat. Mungkin saya akan meletakkan tahap di tempat yang salah, dan kemudian, anda akan memberitahu saya bahawa saya memberi anda isyarat yang salah, dsb. Jadi anda letaklah sendiri. Melainkan anda tidak sanggup hendak bertanggungjawab ke atasnya...

Eh, tentu sekali boleh, saya tidak ada masalah langsung untuk lakukannya! Bagaimanapun, semuanya jelas dan nyata di dalam contoh ini: sesiapa sahaja dapat melihat pengukuhan harga pada $1,650, betul-betul di atas sokongan $1,642. Mudah. Itu juga disahkan oleh kenyataan bahawa sebelum ini, harga emas melantun ke bawah dari aras tersebut ketika ia berfungsi sebagai rintangan pada minggu terakhir bulan Mac.

2.png

Bagus. Lihat? Ia mudah sahaja. Anda baru sahaja menandakan aras-aras penting pada carta. Tetapi mengapa ia tidak lebih rendah daripada $1,642? Misalannya, pada $1,640? Atau sebaliknya, mengapa tidak lebih tinggi, contohnya di $1,643?

Adakah anda sedang mempertikaikan ketepatan saya? Sekiranya itulah soalan anda, tidak ada perbezaan yang besar pun jika ia tersasar satu dolar di sana atau di sini. Ya, ini memang boleh mempengaruhi keuntungan terapung, dsb., namun munasabah untuk kita letakkan sokongan di julat sekitar $1,642.

Faham. Tetapi mengapa di situ secara spesifik? Apa yang anda nampak yang membuatkan anda meletakkannya di harga tersebut?

Adakah anda seorang penyiasat? Saya lihat harganya turun ke julat $1,642 dan kekal di situ untuk sementara waktu, dan ia bahkan naik sedikit – itu bermakna di aras tersebut wujud penentangan terhadap pergerakan menurun yang selanjutnya.

Baiklah, saya faham bahawa penentangan bullish terlihat ketika harganya mencecah $1,642, tetapi saya tidak faham mengapa anda berpendapat bahawa harga $1,642 yang menyebabkan bulls menyongsangkan pasaran ke atas semula. Cara saya melihatnya: atas sebab-sebab tertentu (sesetengah darinya mungkin diketahui, yang pasti semuanya tidak diketahui) ada waktu di mana permintaan untuk emas mengatasi jumlah tawaran untuk menjualnya, dan pada ketika itu, harganya lebih kurang berada di sekitar $1,642. Jadi maksud saya, kebetulan pendorong dalaman pasaran menjadi jelas terlihat pada $1,642, tetapi harga $1,642 itu sendiri bukanlah salah satu sebab tersebut.

Saya tidak faham apa yang kamu hendak sampaikan.

Ok, bayangkan anda keluar rumah untuk bekerja. Anda kini dalam perjalanan ke stesen MRT atau stesen bas. Tiba-tiba, apabila anda tiba di sebatang pokok di sebelah anda, anda teringat bahawa anda lupa mematikan ketuhar. Anda segera berpatah balik dan berjalan pulang untuk mematikan ketuhar tersebut. Di seberang jalan, ada seorang lelaki tua yang melihat anda berpatah balik dan berfikir: "Mencurigakan, lelaki ini berpatah balik disebabkan oleh sebatang pohon oak" ...

Adakah anda memang suka bercakap secara berteka-teki?

Ya, tetapi untuk kali yang ini, saya hanya ingin menunjukkan kepada anda bahawa dalam senario ini, pokok itu tidak ada kaitan dengan alasan mengapa anda mengubah pergerakan anda. Kebetulan sahaja pohon itu ada di sana ketika anda teringat sesuatu dan memutuskan untuk berhenti di situ dan berpatah balik. Sebab sebenarnya ada di dalam diri anda sendiri – ia adalah hakikat bahawa anda teringat sesuatu dan memutuskan untuk mengubah arah anda. Sementara itu, apa adanya di persekitaran anda itu hanyalah kebetulan rawak semata-mata. Dalam kes ini, ia adalah pokok. Tetapi anda mungkin berpatah balik pada saat-saat lain, misalnya ketika sudah berada di stesen metro, di dalam bas, di mana sahaja, dan perkara-perkara luaran itu hanyalah keadaan yang tidak mempengaruhi bila, di mana dan mengapa anda bergerak.

Setuju, maka?

Maka, inilah caranya: ada pemerhati, ada fenomena, dan ada keadaan. Dalam senario kita, lelaki tua itu adalah pemerhati – orang yang memerhatikan keadaan; anda berpatah balik – itu adalah fenomena, peristiwa yang sedang ditonton oleh orang tua itu; dan pokok itu adalah keadaan – kebetulan ia berada di situ ketika anda berpatah balik.

Sekarang, apa faedah yang boleh didapatkan dari ini semua?

Saya menyatakan bahawa kita, manusia, cenderung menghubungkan fenomena dengan keadaannya, iaitu cuba memetakan hubungan kausal di antara keduanya. Walaupun kenyataannya, mungkin kedua-duanya tidak berkaitan sama sekali. Dalam kes kita, pokok sekadar kebetulan wujudnya di situ, ia tidak memaksa anda untuk berhenti. Ia hanya sekadar hiasan pentas.

Cukup-cukuplah kita berfalsafah. Bagaimana anda mengaplikasikannya ke atas carta?

You, looking at the gold price, - are the observer. The price stopping at $1,642 - is the phenomenon. And $1,642Anda sedang melihat harga emas - anda adalah pemerhati. Harga berhenti di $1,642 – ini adalah fenomena. Dan $1,642…

... Adalah sekadar hiasan pentas?

Tepat sekali. Aras $1,642 bukan penyebab harga tersekat di situ. Kebetulan sahaja harga berhenti di situ pada saat ia berhenti, ia boleh juga terjadi di mana-mana aras harga lain. Oleh itu, tidak ada sokongan di $1,642. Tidak ada hubungan antara aras tersebut dan pergerakan harga. $1,642 sama sekali tidak mempengaruhi impuls pihak bulls atau bears. Secara ringkasnya, adalah kebetulan semata-mata bahawa di carta anda, bulls mengalahkan bears sewaktu harga berada di aras $1,642. Oleh itu, aras ini secara sendiri tidak menyokong apa-apa atau sesiapa. Oleh itu, ia tidak wujud.

Tunggu, bukankah semua pedagang melihat carta yang sama. Mereka secara serta-merta melihat hasil tindakan kolektif mereka atau sekurang-kurangnya mereka semua melihat ke mana harga bergerak ketika mereka melakukan pesanan urusniaga mereka.

Benar, tetapi mari kita berpijak di bumi yang nyata. Adakah anda benar-benar berfikir bahawa berjuta-juta pedagang di seluruh dunia duduk dan menonton skrin, seraya mereka berfikir: “Baiklah, sekarang harganya sudah mencecah $1,642 – tidak mungkin itu akan berlaku! Saya tidak akan membiarkan harga turun lebih rendah! You… shall… not… pass!” 

OK. Jadi anda mengatakan bahawa realitinya tidak ada aras sokongan atau rintangan yang wujud dan peniaga hanya melihat sesuatu yang tampak adil kepada mereka dan menandakan aras mereka berdasarkan penampakan tersebut?

Mari kita berhenti setakat ini dan pertimbangkan apa yang telah kita bincangkan setakat ini, tanpa membuat kesimpulan pramatang. Kesinambungan dialog ini akan dipersembahkan tidak lama lagi di bahagian kedua.

Serupa

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera