Strategi perdagangan: Three Wise Men dan The Alligator

Strategi perdagangan: Three Wise Men dan The Alligator

2023-04-03 • Dikemaskini

Belajar cara-cara meraih keuntungan serius menggunakan strategi perdagangan pedagang terkenal dunia.  

Hari ini, kita akan membincangkan strategi yang dipanggil "Three Wise Men dan The Alligator" yang dicipta oleh Bill Williams. Williams adalah seorang pedagang yang terkenal, pengarang buku terkenal "Trading Chaos" dan sejumlah indikator MetaTrader. Beliau berjaya mengembangkan modal beliau dari 10,000 menjadi 200,000 dalam 2 tahun beliau berdagang di pasaran saham. Mengkagumkan! Mari kita lihat strategi beliau, yang juga dikenali sebagai strategi perdagangan Profitunity.

Alligator

Idea dasar strategi ini adalah untuk menangkap trend dan membuat kemasukan sejak di permulaannya lagi. Indikator Alligator bertanggungjawab untuk bahagian yang pertama: ia membantu kita menangkap trend-trend besar dan membezakannya dari trend yang palsu. Manakala Three Wise Men (Tiga Lelaki Bijaksana) bertanggungjawab untuk bahagian kedua: mereka menentukan peraturan kemasukan.

Sekarang kita perlu tambahkan indikaotr Alligator ke carta untuk memahami bagaimana ia berfungsi. Di bawah anda akan temui konfigurasi untuk membina indikator Alligator.

strategy1.png

str2.png

str3.png

Seringkali, sebelum pergerakan trend yang besar, semua jalur bersilang. Keadaan ini dipanggil "sleeping alligator" (aligator yang sedang tidur). Bila jalur-jalur Alligator mulai mencapah, ini bermakna sang aligator sedang "lapar", kerana ia tampak seperti ia sedang membuka luas mulutnya. Ini masa yang terbaik untuk menangkap gerakan.

Ingat!

Sang aligator tidur, bila semua purata bergerak menumpu. Rehat sebentar!

Sang aligator lapar, bila semua purata bergerak mencapah. Bersedia untuk downtrend/uptrend!

Bila anda sudah siapkan sang aligator, maju ke langkah seterusnya: Three Wise Men. Mereka akan membantu anda mencari di manakah titik kemasukan yang betul.

Lelaki Bijaksana Pertama – Bar Capahan (Divergent Bar)

Bar capahan menentukan penyongsangan dalam pasaran yang menjulat (ranging market).

Penting! Anda harus lihat pada kawasan yang jauh dari jalur-jalur Alligator.

Signal untuk beli:

Bar berkenaan mempunyai harga minimum yang lebih rendah dari bar sebelumnya, dan ia tutup di kawasan separuh teratas julatnya.

*Ia memberikan isyarat bahawa bila bar baru dibuka, bears mendominasi pasaran, tetapi kemudian memberi jalan kepada bulls sebelum ia tutup.

str4.pngBar capahan bullish

Signal untuk jual:

Bar berkenaan mempunyai harga maksimum yang lebih tinggi dari bar sebelumnya, dan ia tutup di kawasan separuh terbawah julatnya.

* Ia memberikan isyarat bahawa bila bar baru dibuka, bulls mendominasi pasaran, tetapi kemudian memberi jalan kepada bears sebelum ia tutup.

str5.pngBar capahan bearish

Lelaki Bijaksana Kedua – Osilator Awesome

Ini syarat tambahan bagi syarat yang pertama. Kemudian Osilator Awesome membentuk bar yang berwarna sama dengan bar Lelaki Bijaksana Pertama, sebanyak tiga bar berturut-turut. Dalam perkataan lain, jika signal Lelaki Bijaksana Pertama anda adalah beli, anda harus buka posisi selepas tiga bar hijau yang berturut-turut. Begitu juga sebaliknya, jika signal Lelaki Bijaksana Pertama anda adalah jual, anda harus buka posisi selepas tiga bar merah yang berturut-turut.

Kebanyakan pedagang mula berdagang dengan Lelaki Bijaksana Pertama, mereka menggunakan lelaki yang kedua hanya untuk membuktikan bahawa signal pertama mereka betul dan seterusnya menambah posisi.

str6.png

Lelaki Bijaksana Ketiga – Fraktal

Fraktal membantu mengenal pasti breakout di harga terendah atau tertinggi terdahulu. Fraktal ke atas adalah signal untuk membeli, fraktal ke bawah adalah signal untuk menjual.

Masa yang terbaik adalah pada waktu di mana Lelaki-Lelaki Bijaksana berkumpul bersama-sama dan ia dipanggil signal Profitunity

str7.png

Rangkuman

Pertama sekali, lihat jika Lelaki Bijaksana Pertama terbentuk di atas atau di bawah jalur Alligator. Kemudian, tunggu sehingga pola "bullish"/"bearish" muncul. Apabila anda sudah masuk ke dalam pasaran, cari Lelaki Bijaksana Kedua – Osilator Awesome (harus ada 3 bar hijau/merah yang berturut-turut). Kemudian kita nantikan Lelaki Bijaksana Ketiga – nantikan pembentukan fraktal. Sebaik sahaja fraktal muncul, anda harus letakkan ambilan untung berhampiran dengan harga tinggi/rendah dan untuk renti rugi pula letakkan di harga minimum terendah atau harga maksimum tertinggi.

Keluar dari pasaran jika signal berlawanan muncul – bila pola penyongsangan muncul atau bila ada tiga bar serupa yang berturutan di histogram AO.

Baca lebih lanjut

Serupa

Definisi dan Contoh Pelan Perdagangan Forex
Definisi dan Contoh Pelan Perdagangan Forex

Perdagangan mempunyai beberapa tahap kerumitan, bermula daripada yang paling mudah, seperti membeli dan menjual aset rawak, sehinggalah kepada yang lebih komprehensif, dengan pengurusan risiko, masa, dan objektif yang disengajakan.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera