Perdagangan trend vs perdagangan melawan trend

Perdagangan trend vs perdagangan melawan trend

2019-11-11 • Dikemaskini

Salah satu prinsip analisis teknikal adalah bahawasanya harga bergerak di dalam trend. Setiap trend terdiri dari beberapa tempoh bila mana harga-harga bergerak mengikut arah trend ini dan tempoh-tempoh pembetulan yang lebih singkat dan melawan arah trend.Strategi mengikut trend bermaksud seorang pedagang membuka posisi dalam arah gerakan trend utama. Dalam lain perkataan, membeli dalam situasi uptrend dan menjual dalam situasi downtrend. Masa terbaik untuk memasuki pasaran berdasarkan pendekatan ini adalah sewaktu pembetulan sudah di penghujung dan trend utama berlanjutan semula. "Buw low and sell high" adalah mantera kegemaran para pedagang.Para pedagang lawan trend tidak mahu menunggu sehingga pembetulan selesai berlalu. Jika pasaran sedang uptrend, mereka akan menjual bila harga berpatah balik dari rintangan dan tetapkan sasaran berhampiran sokongan. Mereka dimotivasikan dengan tanggapan bahawa harga sudah pun terlalu tinggi, jadi mahu tidak mahu ia memang harus turun juga.Ada pendekatan-pendekatan ini mempunyai risiko yang sama atau berbeza? Yang manakah yang boleh menawarkan pedagang keuntungan yang lebih besar?

Perdagangan Trend

Kebanyakan pedagang boleh menentukan trend semasa. Bahagian yang sukar adalah memutuskan bagaimana hendak bertindak. Mari kita teruskan dengan contoh uptrend. Perdagangan trend bererti sama ada anda akan membeli di aras sokongan atau ketika rintangan bolos ditembusi. Dalam kes yang pertama, anda akan menggunakan instrumen seperti garisan trend dan pengunduran Fibonacci. Dalam kes yang kedua, anda boleh menggunakan penerusan pola carta seperti segitiga, bendera (flags) dan baji (wedges).

Screenshot_14.png

Sesetengah pedagang akan membeli di titik 1 (aras sokongan garisan trend dan pengunduran Fibonacci) atau 2 (penerobosan pola "Flag"), sesetengahnya akan menantikan titik 3 (penembusan ke atas harga tinggi sebelumnya). Tentu sekali, lebih rendah aras di mana anda membeli, lebih besar potensi keuntungan anda.

Ambilan untung. Anda boleh tetapkan sasaran keuntungan anda di harga tinggi sebelumnya bagi uptrend tersebut (harga rendah jika downtrend) atau aras-aras yang lebih jauh dari itu jika anda lebih yakin dengan dagangan anda.

Renti rugi (stop loss). Sila maklum bahawa bila anda menunggang suatu trend, anda boleh menggunakan trailing stop (rentian mengekor) yang mengikut trend tersebut. Namun awas, mungkin tidak mudah untuk menentukan di mana renti rugi harus dipindahkan.

Pembetulan (correction) yang mungkin lebih dalam akan membuatkan pasaran menyapu renti rugi anda dan menutup pesanan anda.Scaling in (membesarkan skala). Pedagang dibenarkan untuk menambah posisi bila anda sedang mengikut trend jika pasaran sudah pun bergerak searah dengan anda dan dagangan anda sudah berada dalam keadaan menguntungkan. Dengan cara ini potensi keuntungan anda meningkat. Jangan lupa untuk laras pengurusan risiko anda jika anda melakukan ini. Anda juga boleh merancang untuk mula dengan dagangan yang lebih kecil dari biasa (sebagai contoh, beli di titik 1) dan kemudian besarkannya bila harga naik lebih tinggi dari titik 2. Taktik ini akan mengecilkan risiko anda.

Perdagangan lawan trend

Strategi-strategi melawan trend menyasarkan untuk menentukan titik di mana trend berpatah arah. Para pedagang yang menggunakan pendekatan ini mendapatkan petunjuk dari pola-pola candlestick pembalikan (pin bars, evening/morning stars, dsb.). Mereka juga menggunakan osilator seperti MACD atau RSI untuk melihat sama ada pasaran sudah terlebih dibeli/jual dan jika ada capahan (divergence) antara harga dan indikator. Jika tanda-tanda ini ada, para pedagang membuka posisi melawan trend sebelumnya.

Screenshot_15.png

Seseorang pedagang boleh sahaja memutuskan untuk menjual di titik 1 bila harga telah membentuk candlestick dengan bayang/jambul yang panjang (petunjuk negatif) dan indikator MACD tidak mengesahkan harga tinggi.

Ambilan untung. Mencari tempat untuk meletakkan ambilan untung bila anda berdagang melawan trend adalah lebih sukar. Cabarannya adalah untuk tidak jadi tamak. Ingat, anda bertaruh melawan pasaran. Sesetengah trend boleh bertukar menjadi menjajar (sideways) dan ini menghadkan keuntungan suatu posisi yang melawan trend. Trend asal juga boleh bersambung semula dengan pantas dan ini tidak membenarkan harga dibetulkan dengan banyak. Kesannya, berhati-hatilah dan uruskan risiko anda.

Renti rugi. Lokasi untuk pesanan renti rugi (stop loss orders) bagi dagangan seperti ini mudah. Para pedagang meletakkan renti rugi mereka di belakang titik ekstrem harga, tempat pembetulan bermula. Renti rugi cenderung lebih kecil dari yang anda biasa gunakan bila berdagang menumpang trend.

Scaling in (membesarkan skala). Bila anda berdagang melawan trend, bermain-main dengan saiz posisi bukanlah idea yang bijak. Dagangan ini mampu berakhir singkat, jadi anda berisiko berada di situasi yang kurang menyenangkan jika anda cuba menokok dagangan. Juga jangan pernah menokok posisi yang kerugian kerana ia boleh menjerumus kepada kerugian yang lebih besar lagi.

Kesimpulan

Seperti yang anda dapat lihat, kedua-dua pendekatan mempunyai sifatnya yang tersendiri. Kedua-duanya boleh menghasilkan signal yang baik, tetapi setiap satu menuntut strategi pengurusan risiko yang tersendiri. Prinsip yang selalu dipegang oleh para pedagang adalah bahawasanya berdagang melawan trend memerlukan lebih banyak pengalaman dan para pemula harus bermula dengan menumpang trend. Berlatihlah dan lihat yang mana lebih sesuai dengan anda!

Serupa

Frequently asked questions

  • Bagaimana cara mendapatkan Trade 100 Bonus?

    Tingkatkan kemahiran berdagang anda dengan $100 percuma dari FBS. Untuk aktifkan opsyen ini, buka akaun Trade 100 Bonus yang mengandungi $100 di dalamnya. Gunakan wang ini dalam tempoh 30 hari aktif berdagang dan dagangkan lima lot. Jika anda berjaya, anda boleh dapatkan keuntungan $100 anda. Ia tawaran yang menang-menang! Bukan sahaja anda mendapat peluang untuk meraih keuntungan, tetapi anda juga boleh menguji pasaran sebenar dan uji kemahiran FX anda. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau seksyen Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Ketahui lebih lanjut

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam 00:30:00

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera