Antaramuka MT4

Mari kita berkenalan dengan MT4. Di dalam video ini, kami akan menunjukkan kepada anda fitur-fitur dan butang-butang utama yang berguna.  

Mari kita berkenalan dengan MT4. 
Di dalam video ini, kami akan menunjukkan kepada anda fitur-fitur dan butang-butang utama yang berguna.  
Anda boleh mengubah bahasa dengan menekan View – Language. 
Di bahagian atas, ada menu utama, di mana semua arahan dan fungsi ditampilkan.
Di sebelah bawah anda boleh lihat 4 toolbar, yang memang sedia ada di MT4: "Standard", "Charts", Line Studies" dan "Timeframes".
Toolbar ini adalah pendua kepada arahan-arahan di menu utama dipaparkan di terminal dalam bentuk butang.
Ini membolehkan akses pantas kepada beberapa fungsi seperti membuka carta baru atau mengubah jenisnya.
Anda boleh menampakkan atau menyembunyikan toolbar itu dengan menekan View – Toolbars.
Setiap toolbar boleh anda ubahsuai dan tinggalkan hanya butang yang anda mahu.  
Di sebelah kiri tetingkap carta ada perkakas Market Watch. 
Ia mengandungi senarai instrumen yang anda boleh dagangkan di akaun ini dan sebut harga semasanya.
Jika anda tidak nampak pasangan matawang yang anda perlukan, klik kanan pada tetingkap dan tekan "Show All".
Anda akan nampak semua instrumen dagangan yang disediakan oleh broker. 
Untuk membuka carta baru suatu pasangan matawang, klik-kanan pasangan itu di dalam tetingkap “Market Watch” dan pilih “Chart Window”.
Satu cara lain adalah dengan klik-kiri pasangan tersebut di dalam tetingkap “Market Watch” dan kemudian tarik ia ke tetingkap carta tanpa melepaskan klik.
Anda juga boleh menekan File – New Chart atau klik pada ikon khas di toolbar. 
Semua akaun-akaun yang pernah diakses, advisor, dan indikator dihimpun di dalam tetingkap "Navigator".
Klik dua kali pada akaun yang anda mahu gunakan, dan sebuah tetingkap login akan terpapar.
Klik dua kali pada indikator yang anda mahu tambah kepada carta (atau klik kanan dan pilih “Attach to a chart”).
Satu tetingkap dengan tetapan indikator akan muncul. 
Anda boleh bermula dengan parameter yang dicadangkan dan terus klik “OK”.
Di bahagian bawah skrin anda boleh lihat panel “Terminal”. 
Ia menunjukkan amaun dana yang anda ada di dalam akaun dan berapa banyak dana yang sedang digunakan untuk dagangan anda.
Anda boleh juga mengubah suai posisi anda dan menyemak sejarah perdagangan anda di sini. 
Anda boleh sembunyikan tetingkap Market Watch, Navigator dan Terminal dengan mengklik pada ikon pangkah mereka.
Anda juga boleh menguruskan semua tetingkap ini di tab “View” menu utama. 
Dalam video seterusnya kami akan terangkan asas tetingkap carta dan cara berkerja dengan carta harga.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Ketahui lebih lanjut

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera