BAGAIMANA CARA MEMBUAT DUIT DI FOREX?

Pasaran forex sama seperti pasaran-pasaran lain tetapi di sini yang didagangkan adalah matawang, bukannya makanan dan barangan.

APAKAH ITU FOREX?

Pasaran forex sama seperti pasaran-pasaran lain tetapi di sini yang didagangkan adalah matawang, bukannya makanan dan barangan.

APAKAH ITU BROKER FOREX?

Sesiapa pun boleh berdagang di Forex, tetapi ia cuma boleh diakses menerusi pengantara yang dinamakan broker. Secara mudahnya, broker adalah “tangan” anda di Forex yang memberikan anda akses kepada pasaran.

APAKAH ITU PASANGAN MATAWANG?

Matawang didagangkan secara berpasangan di pasaran – sebagai contoh, euro dan dolar Amerika. . Mahu membeli euro menggunakan dolar? Buka dagangan EUR/USD dan tekan “Buy”. Mahu beli dolar menggunakan euro? Buat perkara yang sama dan pilih “Sell”. Ia sangat mudah, hanya ingat bahawa tindakan anda sentiasa merujuk kepada matawang pertama pada pasangan tersebut.

BAGAIMANA CARA MEMBUAT DUIT DI FOREX?

Pedagang membeli suatu pasangan matawang pada harga yang lebih rendah, dan menjualnya pada harga yang lebih tinggi, dan keuntungan mereka adalah perbezaan antara harga Buy dan harga Sell. Broker mendapat sedikit komisen dari dagangan anda dan ini dipanggil Spread.

Sebagai contoh:

Katakanlah anda mempunyai $100 dalam akaun dagangan anda dan anda mahu dagangkan EUR/USD. Kadar tukarannya adalah 1.25, yang bermaksud untuk setiap 1 euro anda mendapat 1.25 dolar Amerika. Kadar tukaran adalah seperti tanda harga di kedai runcit – cuma perbezaannya tanda harga di Forex berubah setiap masa.

Kemudian, anda membuat unjuran – contohnya, anda percaya bahawa euro akan meningkat berbanding dolar Amerika.

Kemudian, anda beli 80 euro menggunakan $100 anda dan tunggu kadar tukaran berubah.

Katakanlah ia meningkat dari 1.25 kepada 1.35 – ini situasi yang menguntungkan buat anda, jadi anda boleh tutup dagangan anda pada saat ini. Kini, anda boleh tukar kembali 80 euro anda menjadi 108 dolar, dan tuai keuntungan anda sebanyak $8.  

Jika anda fikir wang sebanyak ini tidak berbaloi untuk dihiraukan, ada berita baik untuk anda: broker anda boleh membantu anda buat lebih banyak wang menerusi mekanisme khas bernama leveraj. Leveraj adalah dana yang anda boleh pinjam dari broker anda untuk menggandakan deposit anda.

Sebagai contoh, jika anda telah menggunakan leveraj 1:3000 di FBS untuk dagangan yang serupa seperti contoh tadi, anda boleh meraih $2400 dengan hanya satu dagangan. Jadi, anda melaburkan $100 tetapi dagangkan $300,000! Bagus sekali, bukan?

Namun ingat: keuntungan lebih besar melibatkan risiko yang lebih tinggi, jadi pengurusan risiko adalah komponen penting perdagangan!

BAGAIMANAKAH CARA MEMBUAT UNJURAN?

Soalan yang terakhir adalah: bagaimana pedagang tahu pasangan matawang yang mana harus didagangkan dan bila waktunya untuk membeli atau menjual?

Kadar tukaran matawang bergantung kepada permintaan dan penawaran, dan ini boleh berubah bergantung kepada situasi ekonomi sesuatu negara (KDNK, inflasi, situasi pasaran buruh, dsb.). Inilah sebabnya mengapa fenomena politik, ekonomi dan sosial yang mempengaruhi ekonomi tempatan juga mempengaruhi kadar tukaran. Mengetahui BAGAIMANA faktor-faktor ini mempengaruhi keberuntungan adalah kunci kepada perdagangan Forex.

Ada 2 perkakas utama yang memberitahu saat terbaik untuk membeli atau menjual.

Analisis fundamental

Ini merujuk tentang pemantauan///berita ekonomi dari pelbagai negara.

Sebagai contoh: anda mendapat tahu kadar pengangguran Kanada menurun, yang bermakna DOLAR KANADA akan menguat. Jual Dolar Amerika/Dolar Kanada dan tunggu sahaja!

Perkara seperti ini telah berlaku pada 5 Januari 2018 – Kadar pengangguran Kanada telah turun, dan USD telah menyusut berbanding CAD dari 1.250 kepada 1.236. Dengan berdagang $100 menggunakan leveraj 1:3000, pedagang mampu mengaut keuntungan sebanyak $3398.

Analisis carta

Anda boleh menggunakan carta kadar tukaran untuk membuat unjuran – pola yang ada di carta boleh memberitahu anda apa yang perlu dilakukan. Mari kita kaji pola yang paling mudah dan popular, iaitu pola “Head and Shoulders”.

Ia terdiri dari 3 puncak yang membentuk satu "kepala" dan dua "bahu". 

Bila ketiga-tiga puncak sudah terbentuk, lukiskan garis leher merentasi titik terendah yang dibentuk oleh ketiga-tiga puncak. Selepas itu, ukur jarak antara puncak “kepala” dan garis leher. Itulah jarak anggaran sejauh mana harga pasangan ini akan menyusut dari garis leher. Pola “Head and Shoulders” adalah signal jual yang kuat. 

Yang bagusnya, anda tidak perlukan ijazah kewangan untuk pandai semua ini! Broker FBS mempunyai sebuah seksyen istimewa mengandungi bahan-bahan pendidikan dan analisis yang menjelaskan bagaimana anda harus bertindak bila harga menaik atau menurun dalam bahasa yang mudah.

Temui lebih banyak video tutorial di laman web FBS!

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera