Carta di MT4

Di dalam video ini, kita akan membincangkan tentang komponen utama terminal perdagangan – carta harga. 

Di dalam video ini, kita akan membincangkan tentang komponen utama terminal perdagangan – carta harga. 
Di dalam video sebelum ini, kita telah lihat ada beberapa cara untuk membuka carta harga baru di MT4. 
Anda boleh klik “File” – “New chart” atau ikon “New Chart” di toolbar standard. 
Anda juga boleh memilih satu pasangan matawang di tetingkap “Market Watch” dan seret ia ke tetingkap carta.  
Secara lalai, hanya harga Bid ditampakkan pada carta di MetaTrader. 
Untuk melihat harga Ask, sila pilih “Charts” dan kemudian “Properties” di menu. 
Di dalam tetingkap yang muncul, pilih tab “Common” dan letakkan tanda semak pada opsyen “Show Ask line”. Kemudian klik OK.
Setiap carta menunjukkan harga suatu pasangan matawang – atau, di dalam perkataan lain, dinamik suatu matawang relatif kepada matawang yang lain.
Anda boleh ubahsuai skema warna suatu carta. 
Klik kanan pada carta kemudian klik kiri “Properties”. 
Anda boleh pilih untuk menggunakan diagram warna atau gunakan skema warna anda sendiri.
 Jika anda mahu simpan skema yang telah anda tetapkan dan gunakannya di carta-carta lain, tekan “Charts” – “Template” – “Save template”. 
Bila anda buka sebuah carta baru, hanya tekan “Charts” – “Template” – “Load template” dan skema warna anda akan diterapkan kepada carta. 
Ada 3 jenis carta yang berbeza. 
Anda boleh tukar antara jenis yang ada dengan mengklik ikon-ikon di toolbar “Charts”.
Carta garisan memaparkan dinamik harga penutup suatu pasangan.
Carta bar terdiri dari beberapa kolum. 
Titik terendah dan tertinggi adalah harga minimum dan maksimum di dalam suatu tempoh.
Garisan horizontal di sebelah kiri dan kanan menandakan harga pembukaan dan penutupan.
Jenis carta paling popular di kalangan para pedagang adalah candlestick Jepun. 
Setiap candlestick menunjukkan harga pembukaan, penutupan, tertinggi dan terendah bagi satu-satu tempoh. 
Candlestick mempunyai warna yang boleh anda tentukan. 
Di dalam contoh ini, jika harga meningkat sepanjang suatu tempoh, candlestick akan diwarnakan hijau. 
Jika harga menurun dalam suatu tempoh, candlestick akan diwarnakan merah.
Setiap candlestick mewakili suatu tempoh masa yang tertentu. 
Pada carta harian, setiap kandil mewakili tempoh 1 hari. 
Pada carta H4, setiap kandil mewakili pergerakan harga dalam tempoh 4 jam. 
Candlestick adalah cara yang cepat dan ringkas untuk memahami apa yang sedang dilakukan pasaran bagi tempoh masa yang ditakrifkan.
Carta digunakan untuk melakukan analisis pasaran, menggunakan pelbagai perkakas teknikal. 
Anda boleh menambah indikator, perkakas linear, angka dan teks dengan menekan butang “Insert” di menu utama dan pilih unsur yang anda perlukan. 
Anda akan pelajari tentang indikator teknikal dalam video kami yang seterusnya. 

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Ketahui lebih lanjut

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Follow kami di Facebook

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam 00:30:00

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera