Cara-Cara Mengesahkan Profil Anda Di FBS

Pengesahan ialah langkah yang penting untuk mendapatkan akses kepada pengeluaran dana. Berikut cara-cara bagaimana anda boleh mengesahkan profil FBS anda.

Sahkan profil dalam empat langkah mudah

Sebelum anda boleh mengeluarkan wang dari akaun FBS anda dan melakukan deposit menerusi kad bank, anda perlu mengesahkan profil FBS anda. Pengesahan juga membantu memastikan keselamatan maklumat peribadi dan dana anda. Berikut satu panduan ringkas untuk proses ini.

1. Log masuk ke Laman Peribadi anda

Buka aplikasi FBS - Trading Broker. Anda akan melihat seksyen Kemajuan Pengesahan di bahagian atas Laman Peribadi anda. Untuk melengkapkan proses pengesahan, anda perlu mengikuti langkah-langkah yang dinyatakan.

1.jpg

Jika anda masih belum mempunyai akaun FBS, tonton video kami " Bagaimana Cara Untuk Mula Berdagang Di Dalam Talian Dengan FBS."

2. Sahkan emel anda

Klik "Sahkan emel" dan masukkan alamat emel anda. Anda akan menerima surat pengesahan. Buka emel ini yang tiba di dalam inbox anda dan klik butang "Saya sahkan".

2.jpg

Jika anda sudah pun mengesahkan emel anda semasa mendaftar untuk akaun FBS, langkah ini secara automatik akan ditanda sebagai selesai.

3. Sahkan telefon anda

Klik "Sahkan telefon" dan masukkan nombor telefon anda. Anda akan menerima SMS yang mengandungi sepotong kod. Masukkan kod ini ke dalam ruangan khas untuk mengesahkan telefon anda. Langkah ini adalah opsyenal dan anda boleh melangkaunya.

3.jpg

4. Sahkan identiti anda

Bukti identiti adalah langkah utama dalam proses pengesahan. Klik "Sahkan identiti" dan isikan maklumat yang diperlukan:

  • Nombor ID atau pasport anda
  • Tarikh lahir

Selepas itu, muat naik foto atau imbasan berwarna dokumen yang dikeluarkan oleh kerajaan anda untuk pengesahan (kad ID atau pasport). Sila pastikan bahawa spesifikasi imej dipenuhi. Klik "Hantar permohonan".

4.jpg

Hampir selesai! Pasukan FBS akan menyemak dokumen anda dan mengesahkan profil anda secepat yang mungkin. Setelah pengesahan selesai, anda akan menerima emel dari kami.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera