Cara menggunakan indikator teknikal dalam MT4. Tutorial FBS

Platform MT4 menawarkan pilihan pelbagai indikator yang memudahkan analisis pasaran.

Platform MT4 menawarkan pilihan pelbagai indikator yang memudahkan analisis pasaran.
Kebanyakan daripadanya diasaskan dari formula matematik tertentu yang diaplikasikan kepada aksi harga dalam tempoh tertentu. 
Indikator menjimatkan masa dan memvisualkan maklumat penting tentang carta harga.
Untuk menambah indikator baru ke carta, tekan Insert – Indicators. 
Anda akan nampak senarai indikator dalam susunan abjad, serta kategori-kategori indikator. 
Pilih satu indikator, misalnya Moving Average (Purata Bergerak). 
Ia adalah sebuah garisan yang menunjukkan purata harga untuk sekian tempoh masa yang telah ditetapkan.
Tetapkan parameter-parameter indikator.
Pilih satu tempoh: jika anda pilih 14, Moving Average akan dikira bagi 14 tempoh yang terakhir – 14 kandil atau bar terakhir. 
Ada lagi beberapa parameter lain, tetapi anda tidak perlu risau mengenai ini di peringkat awal. 
Tetapkan bagaimana rupa indikator ini nanti – tetapkan warna dan ketebalan garisannya. 
Di tab Visualization, anda boleh pilih pada rangkamasa mana indikator ini akan ditunjukkan. 
Klik OK. Moving Average kini sudah ditambah ke carta. 
Setiap kali kandil baru buka, MA itu dikira semula. 
Ada 2 lagi cara lain untuk menambah indikator ke carta. 
Yang pertama adalah dengan mengklik dua kali pada suatu indikator di tetingkap Navigator dan yang kedua adalah dengan mengklik ikon Indicator pada toolbar utama. 
Sesebuah indikator boleh dilapiskan ke atas suatu carta harga, seperti mana Moving Average atau ia boleh dipaparkan di tetingkap berasingan di bawahnya. 
Sebagai contoh, indikator RSI dipaparkan di dalam panel di bawah carta.
MT mempunyai set default indikator-indikator teknikal tetapi anda boleh tambahkan indikator buatan khusus yang anda muat turun dari Internet. 
Klik File - Open Data Folder. Buka fail MQL4 dan folder “Indicators”. 
Paste file indikator buatan khas anda. Tutup dan buka semula MT. 
Indikator yang anda muat naik boleh didapati di kategori “Custom”. 
Tetapan-tetapan suatu indikator boleh diubah. 
Klik kanan pada tetingkap carta dan pilih “Indicators list”. 
Pilih indikator yang dimahukan dan tekan butang “Edit”. 
Satu cara lain adalah untuk mengklik kanan pada indikator itu sendiri dan memicu perintah "Properties…" dari menu konteks.
Untuk memadam indikator, klik kanan padanya dan pilih “Delete Indicator” atau “Delete Indicator Window”. 
Terima kasih kerana menonton. Topik kita yang seterusnya adalah “Pesanan Tertunda” (“Pending orders”). 

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera