Pelajaran 3 – Cara membuka atau menutup pesanan

Di FBS Trader, platform perdagangan semua dalam satu, anda boleh mula berdagang dengan mudah. Mari kita lihat bagaimana cara membuka pesanan di aplikasi ini menggunakan akaun Demo.

Di FBS Trader, platform perdagangan semua dalam satu, anda boleh mula berdagang dengan mudah. Mari kita lihat bagaimana cara membuka pesanan di aplikasi ini menggunakan akaun Demo. Selepas itu, anda boleh buka pesanan di akaun Sebenar semudah di akaun Demo! Ingat, dengan Demo anda boleh belajar berdagang tanpa merisikokan sebarang wang!

Dengan akaun Demo anda tidak perlu melakukan deposit untuk mula berdagang – anda ada $10,000 wang maya untuk belajar berdagang.

Bila wang sudah ada di akaun anda, pergi ke skrin utama dan pilih instrumen yang anda mahu dagangkan. Pilih sama ada anda mahu Beli atau Jual dan tap pada kotak yang berkenaan.

Pilih bilangan lot bagi urusniaga dagangan anda. Jika anda mahu, anda juga boleh melaras pilihan Renti Rugi, Ambilan Untung, atau Pesanan Tertangguh dengan menekan butang yang berkenaan. Opsyen-opsyen ini akan membantu anda berdagang dengan bijak dan meraih untung secara berstrategi. Kita akan bincangkan topik-topik ini di sesi-sesi seterusnya.

Selepas anda lakukan semua pelarasan, tap pada butang Beli. Pesanan anda kini aktif!

Untuk menutup atau mengubah suatu pesanan, sila pergi ke seksyen Pesanan. Setiap pesanan menunjukkan sejumlah wang di sudut kanan pesanan tersebut. Wang ini menunjukkan seberapa banyak anda telah raih atau rugikan pada saat itu menerusi pesanan ini. Nombor yang berubah-ubah di sebelah kiri pesanan, adalah harga bid semasa anda. 

Layari senarai semua pesanan aktif, pilih satu yang anda mahu tutup atau ubah. Untuk ubah pesanan anda – tap pada ikon gear di sudut kanan pesanan anda. Anda boleh ubah Renti Rugi dan Ambilan Untung di situ.

Tap pada perkataan "Tutup" untuk menutup suatu pesanan. Anda akan lihat sebuah skrin mengandungi semua maklumat tentang pesanan yang dipilih.

Jika anda mahu menutupnya sebahagian darinya, tap pada butang "Tutup sebahagian" dan laras bilangan lot yang anda mahu tutup. Tap butang "Tutup pesanan" untuk menutupnya sepenuhnya.

Anda juga boleh melihat semua maklumat masa-nyata tentang pesanan aktif anda dan keuntungan anda di skrin utama.

Ingat, pemikiran yang strategik dan pemantauan berterusan pesanan anda adalah penting untuk meraih keuntungan di Forex.

Terokai dunia perdagangan dengan selesa – raih keuntungan dengan FBS Trader.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Ketahui lebih lanjut

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Follow kami di Facebook

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam 00:30:00

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera