Pelajaran 14. Takrifan: trend, pembetulan, pengunduran, sokongan, rintangan

Perhatikan carta harga. Anda boleh saksikan sendiri, harga tidak pernah bergerak dalam garisan lurus, ia dibentuk oleh jujukan puncak dan lembah. Arah pergerakan harga secara umum dipanggil sebagai ‘trend’.

Perhatikan carta harga. Anda boleh saksikan sendiri, harga tidak pernah bergerak dalam garisan lurus, ia dibentuk oleh jujukan puncak dan lembah. Arah pergerakan harga secara umum dipanggil sebagai ‘trend’.

Ada tiga jenis trend: trend menaik (uptrend) atau trend bullish, trend menurun (downtrend) atau trend bullish, dan trend menjajar yang juga disebut mendatar atau melintang. Adalah penting untuk menentukan trend, kerana berdagang selari dengan arah trend (beli ketika trend menaik dan jual ketika trend menurun) adalah rendah risikonya dan lebih menguntungkan.

Seperti kata para pedagang, "A trend is your friend". Membuat garisan trend adalah satu amalan biasa. Garisan rintangan dilukis merentasi harga-harga tertinggi dan menandakan had atas. Garisan sokongan dilukis menerusi harga-harga terendah dan menandakan had bawah.

Ekstrapolasi garisan ini ke kanan, melangkaui harga terkini membolehkan kita mengunjurkan satu zon di masa depan di mana harga mungkin memperlahan dan berubah arah.

Rintangan dan sokongan juga boleh divisualkan dengan garisan horizontal. Garisan-garisan ini dilukiskan merentasi harga tertinggi atau terendah sebelum ini, atau ditentukan menggunakan teknik lain. Harga lebih cenderung untuk mengundur ke bawah di garisan rintangan, namun jika harga naik dan menembusinya maka harga akan terus meningkat sehingga menemui aras rintangan seterusnya.

Perkara sama boleh dikatakan dengan sokongan. Harga lebih cenderung untuk melantun ke atas semula setelah menemui garisan sokongan, berbanding terus menembus ke bawahnya.

Namun, seandainya harga turun melepasi aras ini, ia cenderung untuk terus turun sehingga bertemu aras sokongan yang lain.

 

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera