Pelajaran 16. Analisis Fundamental Forex

Sekarang, mari kita beralih kepada analisis fundamental. Jika anda tahu mengapa harga bergerak ke arah yang tertentu, anda boleh meramalkan dengan jayanya ke mana ia akan pergi selepas itu dan buka posisi yang menguntungkan.

Sekarang, mari kita beralih kepada analisis fundamental. Jika anda tahu mengapa harga bergerak ke arah yang tertentu, anda boleh meramalkan dengan jayanya ke mana ia akan pergi selepas itu dan buka posisi yang menguntungkan. Mengkaji semua langkah analisis fundamental asas dalam FBS Forex buku panduan

Kadar tukaran matawang dipengaruhi oleh satu set faktor-faktor yang berlainan, terutamanya yang berkaitan dengan ekonomi: pertumbuhan ekonomi, kadar pengangguran, inflasi dan sebagainya.

Lebih kukuh ekonomi sesuatu negara, lebih kuat matawangnya. Apabila membuat unjuran fundamental pergerakan sesuatu pasangan matawang, bandingkan 2 ekonomi

yang mana matawangnya membentuk pasangan matawang tersebut. Matawang negara yang fundamental ekonominya lebih baik akan lebih menguat berbanding yang satu lagi.

Memantau sejumlah besar petunjuk ekonomi mungkin terlalu sukar, kami nasihatkan supaya fokus kepada dasar kewangan bank pusat negara tersebut.

Setiap bank pusat mempunyai maklumat yang meluas tentang ekonomi negaranya, dan mereka mengambil kira data-data ini dalam merumus keputusan dasar mereka.

Perkara pokok yang anda perlu pantau adalah kadar faedah bank pusat kerana ia boleh menentukan sama ada pelabur akan membeli matawang terkait atau tidak.

Jika kadar faedah sesuatu matawang adalah tinggi, pelabur luar negara mungkin akan menukarkan wang mereka kepada matawang tersebut untuk menerima faedah dari pelaburan mereka.

Permintaan untuk matawang ini meningkat dan kadar tukarannya juga menaik.

Jika kadar faedah rendah untuk sesuatu matawang, pelabur luar negara mungkin mencari peluang yang lebih menarik di tempat lain

atau para pelabur yang tinggal di negara tersebut mungkin rasa terdorong untuk membelanjakan wangnya berbanding terus menyimpan di bank.

Permintaan untuk matawang ini menurun dan begitu juga kadar tukarannya.

Sebagai contoh, pada 4 Ogos 2016, Bank Inggeris tidak hanya menurunkan kadar faedahnya, tetapi ia juga mengumumkan lain-lain langkah untuk memastikan kadar faedah kekal rendah.

GBP/USD kehilangan lebih dari 200 pip pada hari tersebut.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera