Pelajaran 21. Saiz posisi, tahap risiko

Bayangkan jika anda meletakkan deposit $1000 dan anda mahu berdagang. Haruskah anda gunakan keseluruhan jumlah tersebut sekali gus? Mungkin tidak: ingatkah lagi bagaimana kita sudah bincangkan tentang pengurusan risiko? Jadi saiz posisi bagaimana yang harus dipilih?

Bayangkan jika anda meletakkan deposit $1000 dan anda mahu berdagang. Haruskah anda gunakan keseluruhan jumlah tersebut sekali gus? Mungkin tidak: ingatkah lagi bagaimana kita sudah bincangkan tentang pengurusan risiko? Jadi saiz posisi bagaimana yang harus dipilih?

Langkah 1. Jangan risikokan lebih dari 1%-2% dari deposit anda di dalam satu dagangan. Dengan cara begini, walaupun sebahagian dari dagangan anda tidak berjaya, anda tidak akan kerugian semua wang anda dan akan mampu terus berdagang. Sebagai contoh, jika deposit anda adalah $1,000, jangan risikokan lebih dari $10 (1% dari akaun) untuk setiap dagangan.

Langkah 2.  Tetapkan kedudukan renti rugi untuk setiap dagangan. Kemudian ukur jarak, di dalam kiraan pip, antara renti rugi tersebut dan juga harga masuk posisi. Itulah jumlah pip yang anda risikokan. Berdasarkan maklumat ini, dan had risiko akaun dari Langkah 1, kirakan saiz posisi yang ideal. Sebagai contoh, anda mahu membeli EUR/USD pada 1.1100 dan memasang renti rugi pada 1.1050. Risiko bagi dagangan ini adalah 50 pip dan anda mampu merisikokan $10.

Langkah 3. Dan sekarang anda tentukan saiz posisi berdasarkan risiko akaun dan risiko dagangan. Ingat bahawa ada beberapa saiz lot yang berbeza.

Sebuah lot 1000 (mikro) bernilai $0.1 bagi setiap pergerakan satu pip, manakala lot 10,000 (mini) pula nilainya $1 per pip, dan lot 100,000 (standard) adalah $10 per pip.

Angka-angka ini terpakai untuk semua pasangan di mana USD disebut di hujung, seperti pada EUR/USD. Jika USD bukan pada sebutan kedua, maka nilai pip tersebut akan berlainan sedikit.

Ambil perhatian, berdagang dengan lot standard disyorkan hanya untuk pedagang professional.

Gunakan formula yang anda lihat di skrin anda.

Dengan andaian kita ada stop loss 50 pip bagi EUR/USD, gunakan formual berikut untuk medapatkan saiz posisi.

Saiz posisi adalah dalam lot mikro kerana nilai pip yang diguna di dalam kira-kira adalah untuk lot mikro.

Untuk angka bagi lot mini, gunakan $1 menggantikan $0.1 di dalam kira-kira, untuk mendapatkan 1 lot mini. Ini formulanya.

Bilangan pip risiko selalu berbeza-beza dari satu dagangan ke dagangan lain, jadi posisi anda selepas ini mungkin mempunyai pip stop 20 pip sahaja. Gunakan formula yang sama.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera