Pelajaran 3. Apakah kelebihan-kelebihan Pasaran Forex?

Walhasil, hanya sekelip mata diperlukan untuk membuka dan menutup posisi. Kemeruwapan bermaksud turun naik kadar tukaran adalah rancak, dan anda boleh membuat keuntungan dari pergerakan harga bila-bila masa anda mahu.

Terdapat beberapa sebab untuk memilih berdagang di pasaran Forex sebagai ikhtiar membuat wang:  

  1. Kecairan dan kemeruwapan yang tinggi. Kecairan bermaksud ada banyak tunai yang terapung di pasaran ini – lebih dari 5.3 trilion Dollar sehari.

Walhasil, hanya sekelip mata diperlukan untuk membuka dan menutup posisi. Kemeruwapan bermaksud turun naik kadar tukaran adalah rancak, dan anda boleh membuat keuntungan dari pergerakan harga bila-bila masa anda mahu.

    2. Semua dagangan dilaksana menerusi internet. Tiada lokasi fizikal yang perlu dilawati oleh pelabur untuk memperdagangkan matawang.

 

Semua pemerdagangan matawang yang akan kita lakukan, akan dibuat secara atas talian. Anda hanya perlu muat turun perisian khas dari laman web broker, atau gunakan sahaja terminal dagangan web. Terminal dagangan akan menunjukkan kepada anda harga pelbagai matawang secara masa-nyata (real time).

   3. Pasaran Forex dibuka 24 jam sehari, 5 hari seminggu– dari pagi Isnin sehigga malam Jumaat.

 

Anda tidak perlu menunggu untuk sessi dagangan yang spesifik seperti sewaktu memperdagangkan saham – berdagang bila-bila anda ada masa! Peserta-peserta utama perdagangan adalah bank-bank komersil, jadi harga matawang ditentukan di pasaran antarabank. Anda juga boleh berdagang di pasaran ini menerusi perkhidmatan broker Forex.

  4. Kos perdagangan yang lebih rendah. Kos yang anda bayar kepada broker Forex anda lebih rendah dari jumlah yang anda perlu bayar untuk berdagang sekuriti lain seperti saham.

  5. Penggunaan leveraj dibolehkan, di mana anda berupaya memperdagangkan jumlah yang lebih besar dari yang anda depositkan.

 

Sebagai contoh, jika leveraj ditetapkan pada 50 kepada 1, ini bermakna bagi setiap 1 Dollar yang anda ada di akaun, anda boleh mengawal 50 Dollar di pasaran Forex.

Lantas, leveraj meningkatkan potensi keuntungan anda. Namun hati-hati, jika harga bergerak menentang anda, jumlah kerugian anda juga lebih besar kerana leveraj.

Justeru itu, anda perlu memahami risiko-risiko dan memilih leveraj yang munasabah, bukannya yang maksimum.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera