Laman Peribadi Anda

Laman peribadi anda di FBS adalah suatu tempat di mana anda boleh uruskan akaun-akaun dan interaksi anda bersama FBS.

Laman peribadi anda di FBS adalah suatu tempat di mana anda boleh uruskan akaun-akaun dan interaksi anda bersama FBS.

Di sini, anda boleh buka akaun-akaun dari pelbagai jenis, buat permohonan deposit dan pengeluaran, semak maklumat peraduan, promosi dan bonus, serta memuat turun platform dagangan.

Mari kita teroka kawasan ini!

Di panel paling atas anda boleh bertukar antara seksyen pedagang dan seksyen rakaniaga, dan boleh juga menukar bahasa yang digunakan.

Terdapat juga sebuah butang untuk akses pantas membuat deposit. 

Nama anda akan ditunjukkan di panel atas juga. Di sebelahnya terdapat ikon berwarna hijau. Klik ikon tersebut dan beberapa pilihan akan muncul.

Pertama sekali, anda boleh sunting Tetapan Profil anda. Anda boleh ubah nama, zon waktu, nombor telefon, emel, negara, poskod, bandar dan alamat kediaman.

Anda boleh juga hubungkan laman peribadi anda dengan profil laman sosial anda. Lain-lain tetapan di sini termasuklah tetapan pengesahan dan notifikasi emel.

Untuk keselamatan, anda boleh tetapkan supaya laman peribadi anda boleh diakses hanya menerusi alamat IP tertentu. Untuk lakukan ini sila klik butang di seksyen Akses-IP.

Kemudian salin alamat IP anda ke ruangan ini. Klik "Tambah". Nah! Inilah alamat IP yang dibenarkan.

Jika anda mahu kembalikan keadaan kepada tetapan asal - laman peribadi anda boleh diakses dari mana-mana alamat IP - klik pada pangkah merah dan ia akan kembali kepada asal.  

Butang hijau di panel atas juga menawarkan beberapa pilihan lain, seperti melihat sejarah log masuk anda, penukaran kata laluan laman peribadi anda, membuat pengesahan dan juga untuk log keluar.  

Anda boleh melihat senarai akaun-akaun anda di sudut kiri-atas laman peribadi anda - baik yang demo atau yang sebenar dan juga bakinya.

Jika anda klik pada nombor akaun, anda akan lihat maklumat terperinci tentang akaun ini di menu utama. Jika anda lupa password untuk sesuatu akaun, anda boleh hasilkan yang baru.

Ini dia pilihannya, di bahagian bawah laman. Klik "Cipta baru" dan kemudian "Cipta Kata Laluan". Dan ini kata laluan barunya.

Sila ambil perhatian bahawa ada beberapa kategori akaun.

"Dagangan" adalah akaun MT4, "Dagangan MT5" pula untuk akaun-akaun Metatrader 5, dan jika anda mahu jadi rakaniaga FBS, anda akan perlukan akaun khas "Rakan Kongsi". 

Di sebelah setiap kategori akaun ada ikon "+". Dengan menekan ikon ini, anda boleh buka akaun dagangan baru bagi kategori yang berkenaan.

Panel besar di bahagian atas ruangan konten adalah indikator langkah-langkah yang anda perlu lakukan untuk berdagang dengan FBS. Langkah-langkah ini adalah sangat mudah dan tidak akan mengambil masa yang panjang.

Kami jelaskan langkah-langkah ini di dalam video "Cara-cara membuka Akaun Dagangan di FBS" dan video "Cara-cara untuk mengesahkan profil FBS anda".

Di bawah panel ini, di bahagian tengah skrin, ini adalah ruangan konten utama. Di sini anda boleh uruskan operasi kewangan anda, akaun-akaun, platform dagangan, promosi dan peraduan.

Untuk deposit wang ke akaun anda, anda pelru pilih nomobr akaun di menu senarai, sistem pembayaran

nyatakan jumlah wang yang mahu ditambah ke akaun ini dan pilih matawang.

Kemudian tekan "Bayar". Pengeluaran dan pindahan dalaman juga dilakukan dengan cara yang sama.

Anda boleh juga pilih "Deposit dana" di sini dan lihat senarai sistem pembayaran dan pilihan-pilihannya.

Anda boleh memantau status permohonan kewangan di dalam kotak di sebelah kanan.

Berikan perhatian kepada pilihan "Insuran dana". Anda boleh insurankan wang anda, jadi jika anda hanguskan dana yang diinsurankan ketika berdagang, FBS akan membayarnya semula kepada anda.

Sila baca peraturan servis ini dengan cermat. Kemudian anda boleh tekan butang "Deposit" di dalam jadual untuk insurankan dana anda.

Di tab "Akaun" anda boleh membuka akaun baru. Anda perlu memilih jenis akaun, matawang yang digunakan dan leveraj.

Jika anda ingin mengulangkaji tentang jenis-jenis akaun yang ditawarkan oleh FBS, klik pada "Jenis Akaun".

"Arkib Akaun" mengandungi maklumat tentang akaun sebenar anda yang telah tidak aktif untuk sekian waktu.

Di tab "Platform Dagangan" terdapat aneka pilihan platform dagangan. Anda boleh muat turun MT4 atau MT5 untuk Windows, atau gunakan Web Trader secara terus di fbs.com.

Aplikasi telefon pintar boleh didapati untuk Android dan juga iOS.

Ada terdapat juga pilihan MT4 MultiTerminal untuk para pedagang yang ingin menguruskan beberapa akaun MT4 dari 1 terminal dengan menggunakan hanya 1 login dan kata laluan utama.

Di tab "Promosi dan bonus" adna dapat lihat tawaran-tawaran semasa dari FBS. Pilih dan aktifkan bonus/servis yang anda sukai.

Tab "Peraduan" mengandungi kemaskini peraduan yang sedang dan yang dijadualkan akan berlangsung. Peraduan kami akan menjadikan pengalaman Forex anda lebih berwarna-warni dan anda boleh memenangi hadiah-hadiah menarik.

Di bahagian bawah laman peribadi, sekali lagi anda akan menemui beberapa pautan penting, seperti maklumat kewangan, perjanjian pelanggan, jenis-jenis akaun, analisis dan pendidikan, serta rakan kongsi.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Ketahui lebih lanjut

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Follow kami di Facebook

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam 00:30:00

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera