•  >
  •  >
  • 4 Perkara Yang ‘Trade 100 Bonus’ FBS Ajarkan Kepada Kita Tentang Perdagangan
26.04.2019

4 Perkara Yang ‘Trade 100 Bonus’ FBS Ajarkan Kepada Kita Tentang Perdagangan

‘Trade 100 Bonus’ menjadi buah mulut yang menghebohkan komuniti FBS sejak beberapa bulan lalu. Kami telah menganalisa maklum balas mereka untuk melihat bagaimanakah pengalaman para pedagang dengan bonus tersebut, dan apakah pengajaran yang pedagang dapat darinya.

‘Trade 100 Bonus’ telah wujud buat sekian lama, dan kami terus menerima komen dan maklum balas dari mereka yang sudah mencubanya. Setiap kisah yang diterima adalah unik, tetapi ada beberapa perkara yang kami dengari berulang kali dari satu komen ke satu komen yang lain. Mari ketahui apa yang rakan-rakan pedagang anda fikir tentang bonus ini, dan bagaimana ia sebenarnya membantu dalam menghadapi pelbagai cabaran ketika berdagang.

Money-Management.jpg

1. Pengurusan Modal

control.jpg

Pengurusan modal adalah perkara pertama yang terlintas di fikiran para pedagang FBS bila mereka membincangkan tentang bonus ini.

"Saya dapat pelajari banyak perkara tentang Forex dengan mudah sekali, dan dalam masa yang sama turut meraih manfaat."

"Saya fikir bonus ini mempunyai kesan positif yang begitu banyak. Tetapi bagi saya, pengurusan modal adalah amat penting."

"Saya telah mensia-siakan akaun bonus $50 di promo sebelum ini kerana saya masih baru dengan perdagangan Forex. Saya dagangkan lot-lot yang lebih besar, dan akhirnya saya tidak mempunyai margin yang mencukupi untuk pulih dari kerugian. Dengan Trade 100 Bonus yang baru, ada had maksimum saiz lot, yang akan membantu kita mempunyai margin yang mencukupi untuk pulih dari kerugian."

Dipendekkan cerita, ‘Trade 100 Bonus’ mengajarkan anda cara-cara menjaga wang anda sendiri. Ini telah diumumkan sebagai fokus utama bonus ini, "pandu uji" proses-proses yang terlibat sebelum melaburkan wang anda sendiri. Anda boleh lihat berapakah saiz lot yang optimum, apakah yang perlu dipastikan sebelum membuka suatu posisi dagangan, dan pelbagai perkara lain yang anda boleh pelajari hanya dengan melalui sendiri proses-proses tersebut – dan ini membawa kita ke poin seterusnya.

2. Persiapan untuk perdagangan yang sebenar

Preparing-for-real-trading.jpg

“Dengan kekangan berkaitan pesanan, ia memberikan pengajaran tentang pengurusan perdagangan, dan ini kali pertama saya mendapat pengalaman ini. Saya akan gunakan teknik ini dengan akaun perdagangan sebenar (real account) saya.”

“Syarat-syarat untuk bonus ini sangat mencabar. Tetapi ia ideal untuk benar-benar mengenali sistem.”

“Terima kasih banyak, FBS. Saya telah mendapat pengajaran yang saya tak pernah berjaya dapatkan sebelum ini.”

‘Trade 100 Bonus‘ seperti "target practice", bukan sahaja dari segi pengurusan modal tetapi juga secara umum. Jika ada perkara-perkara yang anda sudah lama mahu cuba di Forex tetapi takut ia merisikokan wang anda sendiri, bonus ini adalah cara yang terbaik untuk itu. Dan bila kami katakan "perkara-perkara yang anda sudah lama mahu cuba",, maksud kami…

3. Berlatih strategi perdagangan

Practicing-trading-strategies.jpg

Biasanya seseorang itu perlu bermain-main dengan beberapa strategi yang berlainan sebelum mereka menemui yang sesuai dengan mereka. Namun siapa yang mahu membayar kos eksperimen sebegini? Ada… FBS!

“Bonus ini mengajarkan saya bagaimana cara untuk melakukan scalping dan bersedia untuk menghadapi baik keuntungan dan juga kerugian, dan saya juga ada akaun FBS lain yang sedang saya kerjakan.”

$100 lebih dari cukup untuk menguji dan mencuba beberapa strategi dan lihat jika ia berkesan (atau tidak berkesan) dengan personaliti anda. Dan ini membawa kita kepada…

4. Kawalan

“Saya gembira dapat mengeluarkan keuntungan Trade 100 Bonus. Ramai orang yang mengadu tentang Syarat-syarat Bonus anda, tetapi bila saya mencubanya saya dapati syarat-syarat tersebut mudah sahaja! Saya banyak belajar tentang cara-cara berdagang dengan selamat, sabar, dan yang paling penting membentuk DISIPLIN DIRI. Saya terapkan cara berdagang seperti ini kepada akaun sebenar (real) saya dan dengan senang hati saya katakan bahawa saya menghasilkan pendapatan tanpa perlu mengambil terlalu banyak risiko. Saya telah belajar untuk mengawal diri saya sendiri dengan tidak membuka terlalu banyak pesanan dalam satu-satu masa dan dengan mematuhi pengurusan modal yang baik.”

Emosi adalah musuh dalam selimut anda bila bercakap soal berdagang – secara asasnya inilah yang melemahkan semangat pedagang baru sehingga akhirnya mereka menjauhkan diri dari pasaran, mengabaikan akaun – serta harapan – mereka. Berdagang dengan wang percuma pastinya kurang emosinya, jadi bonus ini peluang unik untuk menyaksikan bagaimana keputusan yang impulsif tidak akan membawa kepada keuntungan. Bila anda sudah menguasai disiplin diri, itulah penguasaan yang sebenar-benarnya.

FBS mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan maklum balas mereka yang tidak ternilai itu – kami juga banyak belajar dari pengalaman anda dan berharap agar anda menemui kejayaan dengan ‘Trade 100 Bonus’ sebagai anak tangga pertama pada tangga yang akan membawa anda ke puncak tertinggi!

Bagaimana dengan anda? Sudahkah anda cuba bonus kami?

  • 354

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera