•  >
  •  >
  • Perdagangan Sosial – Hit Baru Untuk Novis
19.08.2019

Perdagangan Sosial – Hit Baru Untuk Novis

Para pemimpin sejak zaman-berzaman telah meniupkan inspirasi ke dada rakyatnya. Rakyat memandang tinggi kepada mereka seperti bintang bergemerlapan yang tidak mampu dicapai. Di era interaksi digital dan "influencer", komuniti sosial berada di kemuncak populariti. Di ketika satu golongan mencari perhatian dan pengiktirafan, satu golongan lagi berharap untuk menemui "guru" yang boleh menawarkan maklumat berguna, kemahiran, atau pengetahuan. Memang mudah untuk tidak menghabiskan masa membuat kajian sendiri. Anda boleh menggunakan semula atau meminjam dari orang lain yang lebih berkemahiran, berpengalaman, atau yang lebih licik. Tiada siapa yang mampu memadam "Ibu, saya mahu permainan seperti dia" dari naluri semulajadi manusiawi

img-1.jpg

Maklumat kini bertukar sifat menjadi "sifar pembaziran" — sebaik sahaja ia dipajang di web, ia diserap dan dikitar semula oleh warga maya di seluruh dunia. Generasi digital mendemokrasikan semua bidang, termasuklah kewangan yang dahulunya dianggap konservatif dan kaku. Perdagangan juga tidak terkecuali.

Perdagangan telah mengalami perubahan besar di tahun-tahun kebelakangan ini. Dari sebuah kelab elitis, ia kini bertukar menjadi platform terbuka untuk sesiapa sahaja di dunia ini yang menyimpan impian dan rancangan besar bagi kewangan peribadinya. Perubahan pada tindak-tanduk sosial memerlukan satu anjakan pada ekosistem pelaburan. Ia perlu menjadi lebih intuitif, lebih mudah diakses, dan pantas memuaskan keperluan asas para pedagang.

Ia adalah masa di mana perdagangan sosial mulai muncul dan menunjukkan kuasanya. Ia suatu trend yang berevolusi pantas untuk mereka yang tidak mempunyai asas dan latarbelakang perdagangan yang kukuh tetapi ingin menceburi pasaran kewangan. Mereka boleh laburkan wang dan meraih keuntungan dengan meniru pedagang berprestasi cemerlang yang mahu berdagang untuk mereka. Bijak dan mudah! Manfaatnya jelas sekali:

- Tidak memerlukan ilmu kewangan yang kukuh

- Boleh bermula dengan pantas

- Cepat membuahkan hasil

- Tidak perlu banyak berusaha

FBS "trendy" dan juga sosial, justeru kami tiada pilihan lain. Kami telah menciptakan app CopyTrade! Sejak pelancarannya, ia telah dimuat turun oleh 2 500 000 pengguna di App Store dan Google Play, dan melayakkan kami memperoleh anugerah “Best Copy Trading Application 2018 Global” dari CFI.

Kini tiba masanya untuk anda ikut sekali!

Kesilapan Pengguna Copy Trade Kali Pertama

Jika app CopyTrade kini ada di hujung jari anda, anda berada di landasan yang betul. Bagaimana pun, sebelum anda terlanjur tekan butang "Mula Tiru", awas dengan ilusi yang kerap berlaku kerana ia boleh menyebabkan anda kerugian.

img-2.jpg

Pastikan pedagang yang dipilih berprestasi baik bagi jangka masa panjang dan bukannya si polan entah-berentah yang cuma bernasib baik.Untuk memahami seberapa mahir "influencer" anda, analisa strategi-strategi yang beliau gunakan. Lihat jika pedagang ini berjaya hanya sekali bagi tempoh setahun, atau gagal beberapa kali tetapi berjaya untuk menebus kembali kerugiannya dan mendapat keuntungan dua kali ganda. Berikan perhatian kepada drawdown besar sepanjang sejarah akaun beliau. Jika pedagang ini mengalaminya dengan kerap, jangan tiru pola yang sebegini.

Sesetengah pedagang jadi viral kerana sebab yang salah.Satu urusniaga yang amat menguntungkan boleh mencetus hype seputar figura ini dan menarik ramai orang untuk meniru beliau. Jangan jadi seperti mereka. Pilih orang yang anda akan amanahkan dana anda dengan penuh bijaksana.

“Less is more” bukanlah pendekatan yang betul untuk copy trading.Kami menasihatkan anda agar mempelbagaikan kewangan anda dan melabur menggunakan beberapa pedagang. Jika anda pilih jalan ini, anda akan melindungi diri anda dari kerugian luar jangkaan. Walaupun anda tersandung dengan satu pedagang, kejayaan pedagang pilihan anda yang lain mampu menampungnya.

Berhati-hati, bijaksana, teliti, dan bersedia untuk menerima natijah dari tindakan yang anda amanahkan kepada orang lain

Bagaimana Cara Mencari Pemimpin Sejati

Bila memikirkan tentang perdagangan yang santai dan menguntungkan, pertama sekali laburkan dahulu sedikit masa menganalisa pedagang-pedagang terbaik.

Kami telah sediakan sebuah senarai parameter yang boleh membantu anda buat keputusan yang terbaik:

Kadar Pulangan

img-3-icon-Return rate.jpg

Ia menunjukkan keuntungan yang diraih dengan modal permulaan, bagi suatu tempoh masa yang ditentukan. Ia dinyatakan dalam bentuk peratusan. Anak panah disebelah parameter Kadar Pulangan menunjukkan dinamiknya, di mana ia boleh jadi positif (untung) atau negatif (rugi). Ia dikira bagi tiga hari yang terakhir. Jadi walaupun ia merah iaitu dinamik ke bawah, ini tidak bererti pedagang ini rugi sepanjang masa. Analisa purata kadar pulangan sekurang-kurangnya bagi tempoh satu bulan.

Berikan perhatian kepada peratusan kadar pulangan. Jika sepanjang bulan yang dianalisa ia cukup tinggi, tetapi indikator anak panah berwarna merah dan menunjuk ke bawah, ini bermakna pedagang ini mempunyai urusniaga yang merugikan di tiga hari yang terakhir. Ia tidak bermakna beliau tidak berjaya secara umumnya.

Aktiviti

img-4-icon.jpg

Ia adalah nisbah peratusan antara bilangan hari sejak akaun dibuka dan bilangan hari di mana pedagang ada menutup urusniaga. Jika aktiviti adalah rendah, beliau bukan calon yang bagus untuk ditiru kerana anda akan menantikan keuntungan selama berminggu-minggu, atau malah berbulan-bulan.

Peniru

img-5-icon.jpg

Ia menunjukkan bilangan pelabur yang mempercayakan dana mereka kepada pedagang tersebut. Ia tidak semestinya menjamin bahawa pedagang ini berjaya. Kerana itulah parameter ini disebut yang terakhir sekali. Pertimbangkan ia hanya setelah menganalisa semua metrik yang disebut di atas.

Total Pesanan Sudah Ditutup

img-6-icon.jpg

Ia menunjukkan bilangan total urusniaga yang sudah ditutup dan nisbah antara urusniaga yang berjaya dan yang gagal. Dengan mengklik bar kemajuan (progress bar), anda akan membuka carta pai yang mendedahkan butiran per pasangan matawang. Ia membantu anda memahami arah pasaran yang manakah yang lebih menguntungkan bagi pedagang ini. Dengan mengetahui info ini, anda akan membuat keputusan yang lebih bijak.

Hayat Akaun Pedagang

img-7-icon.jpg

Ia adalah tempoh sejak dari akaun pedagang itu dibuka sehingga hari ini. Jika suatu profil itu mempunyai sejarah yang cukup panjang, ini bererti pemiliknya tidak pernah kerugian yang terlalu besar sehingga memaksanya berhenti berdagang dan berputus asa untuk mencari urusniaga yang menguntungkan. Pedagang sebegini berhak mendapat lebih banyak kepercayaan.

Apabila anda sudah pasti dengan pilihan anda, teruskan. Pendapatan pasif anda akan mula terjana dengan pantas.

Perdagangan Masa Depan Atau Cuma Trend Yang Akan Berlalu

Setelah didedahkan dengan maklumat di atas, kami ingin mengajukan soalan berikut: "Adakah orang akan berhenti bersosial? Adakah mereka akan berhenti mengikuti pakar dan pemimpin berkarisma? Adakah antaramuka yang ringkas ini akan luput popularitinya?". Jawapannya jelas — lima huruf, bermula dengan T, berakhir dengan K. Jadi anda perlu terima realiti. Format aplikasi copytrading mungkin berubah, tetapi falsafah disebaliknya akan tetap berkuasa dan tiada tanda ia akan lenyap. Orang ramai akan tetap meniru para pedagang yang mempunyai rekod baik, memanfaatkan kebijaksanaan mereka, dan mendapat keyakinan untuk melabur sendiri di masa hadapan.

Muat turun di App Store  Dapatkannya di Google Play  Ketahui lebih lanjut

  • 1306

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera