1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Dunia Forex dan Si Gadis, Bahagian 3
2023-04-03 • Dikemaskini

Dunia Forex dan Si Gadis, Bahagian 3

chick_866x450.jpg

Hello, kawan-kawan. Saya sangat gembira kerana anda masih berminat dengan kisah saya! Jika anda belum membaca pengembaraan saya sebelum ini, bacalah bahagian pertama dan kedua di sini. 

Syarat-syarat eksperimen:

  • Saya harus belajar sendiri tanpa mendapatkan bantuan dari para penganalisa FBS
  • Saya harus rakamkan semua kesukaran yang saya hadapi di dalam diari perdagangan saya
  • Penganalisa FBS akan beritahu saya, instrumen apakah yang saya harus dagangkan seterusnya

Hasil dapatan eksperimen:

  • Kerja rumah saya adalah untuk mempelajari garisan-garisan trend, serta garisan-garisan sokongan dan rintangan (support & resistance)
  • Masa digunakan: 3 hari untuk berdagang (2 jam untuk teori dan 2 jam untuk berlatih setiap hari)
  • Baki akaun mulai dari permulaan tempoh berdagang $142
  • Baki akaun pada waktu ini: $218,53

Di sini, sepatutnya, anda akan menemui kisah yang sangat menginspirasikan berkenaan kejayaan saya menggunakan garisan-garisan trend dan garisan sokongan/rintangan. Namun, realiti tidak selalunya seperti yang kita harapkan:

  • Saya benar-benar menyukai perdagangan menumpang trend.
  • Saya telah memperkukuhkan pengalaman saya berdagang dengan Purata Bergerak (MA, Moving Average).
  • Saya masih tidak memahami sepenuhnya manfaat garisan sokongan dan rintangan horizontal. 

Garisan-garisan trend

Garisan trend adalah garisan serong (diagonal) yang dilukis melintasi harga-harga tertinggi (garisan rintangan) atau terendah (garisan sokongan). Garisan trend membolehkan pedagang mengunjurkan harga masa hadapan bagi suatu pasangan matawang, emas atau lain-lain aset kewangan dan membuat kemasukan yang terbaik ke pasaran.

Dagangan trend biasanya lebih menguntungkan dan selamat. Ada banyak strategi perdagangan trend, tetapi saya ikut peraturan "jangan rumitkan apa yang anda belum faham semuanya 100%".

Susulan kepada tindakan-tindakan saya:

Saya peminat dagangan pantas dan lebih gemar berdagang trend jangka pendek ketika siang hari. Saya pilih rangka masa 15 minit dan telah menemui downtrend yang menarik.

Saya telah membuat penentuan garisan trend dengan cara yang baik dan sepatutnya (saya berangan kononnya saya penganalisa, rasa genius pun ada juga) dan telah membeli euro bila ia sedang dalam trend menurun kerana saya menjangkakan trend akan berpatah balik ke atas, saya buat dagangan beli/buy bila harga pasangan itu berada di garisan sokongan (ditandakan berwarna kuning).

trend.jpg

Silap besar dan ia salah saya, saya telah membuka dagangan tanpa mengesahkan dahulu kalau pasaran benar-benar mahu ke atas. Saya telah membeli euro sebelum saya nampak candlestick bullish di carta, jadi dagangan saya jadi berisiko dan ia sebenarnya kejayaan yang tidak disengajakan.

Saya rasa adalah sangat penting untuk saya nyatakan bahawa saya duduk dengan mata terbeliak, memerhatikan dagangan itu sedang menunjukkan nilai negatif: -$10, -$20, -$30 (Kakak penganalisa yang dikasihi, saya ingat pesanan anda tentang renti rugi, tapi apakan daya!). Apa yang mampu saya lakukan adalah bertafakur dan memujuk diri, "Saya dah buat segalanya dengan betul, saya yakin dengan keputusan saya, saya cuma perlu menunggu". Kali ini semuanya berkesudahan baik, tetapi saya faham bahawa saya tidak akan bertuah sebegini setiap masa.

Ciri-ciri perdagangan saya: Saya telah menunggu agar hipotesis saya menjadi benar, tetapi mustahil untuk kita apakah dugaan kita betul atau tidak. Kerana itulah saya membiarkan dagangan saya aktif untuk beberapa jam, tetapi dalam masa yang sama saya telah membuat beberapa dagangan short $1-$2 berdasarkan kepada 3 Purata Bergerak (5, 10, 15 candlestick). Perkenalan saya dengan MA telah saya nukilkan di sini.

Komen dari Penganalisa

Anda telah melukiskan garisan trend dengan betul! Dalam masa yang sama, anda betul tentang bagaimana anda sebenarnya bertuah dan memang dagangan ini berisiko kerana anda berdagang ketika pembetulan/correction (melawan trend). Idea perdagangan menumpang trend adalah untuk membeli ketika uptrend dan menjual ketika downtrend. Garisan trend membantu anda mencari momen tarbaik untuk membuka dagangan. Ada masa-masanya adalah perlu untuk kita menunggu sebentar sehingga anda mendapat peluang anda. Dalam kes ini, anda boleh pertimbangkan untuk menjual di garisan biru rintangan dan menumpang downtrend. Cuba pendekatan ini di lain kali dan anda akan nampak manfaatnya!

Mungkin ramai dari anda semua yang ketawakan keuntungan saya, tapi inilah dagangan terbesar saya setakat ini, $33.80! (dan saya tidak menari dengan kucing saya di ruang tamu, nope!).

big win.jpg

Purata Bergerak (Moving Averages)

Saya kini ingat segalanya yang sudah saya lupakan dan membaca semula komen penganalisa di artikel sebelum ini sebanyak tiga kali. Dari pilihan sebanyak 155 varian perdagangan Purata Bergerak, saya gunakan hanya 2 (jangan rumitkan perkara yang belum difahami segalanya 100%). Ini tidak bermakna saya tidak ada sebarang dagangan yang menguntungkan,. Statistik jelas menunjukkan 7 pesanan yang berjaya mlwn. 1 yang gagal. Namun ia tidak akan begini selama-lamanya, tidak lama dahulu ada situasi yang lebih teruk lagi. Hanya sekarang saya faham bagaimana sistem ini berfungsi, jadi saya boleh buat unjuran saya yang pertama, dengan malu-malu. 

Saya telah gunakan MA dengan tempoh 5, 10 dan 15 candlestick pada rangka masa M15.

Saya telah buka dagangan bila harga menyentuh MA 5-tempoh. Jika ada pengunduran ke atas, saya beli. Jika ada ada penembusan ke bawah, saya klik butang "Sell".

candel.jpg

Membuka dagangan selepas MA pantas telah menyilang MA perlahan (pengunduran trend). Di sini anda harus sangat berhati-hati. Saya berikan perhatian hanya kepada pengunduran yang berlaku pada rangka masa 15M atau lebih tinggi (kerana trend di situ lebih stabil). Di rangka masa lebih rendah, sering ada signal palsu atau dagangan yang sedang menguntungkan bertukar jadi merugikan (ya, duit saya hangus berdagang di rangka masa M5, jangan ulang kesilapan saya). 

MA3.jpg

Ini adalah outline untuk MA – gunakannya untuk masuk posisi menggunakan strategi ini.

sheme.jpg

Purata Bergerak biru adalah yang paling pantas dan kuning adalah yang paling perlahan.

Komen dari Penganalisa

Saya gembira anda memutuskan untuk fokus terhadap 2 pendekatan. Teruskan berlatih! 

Garisan sokongan dan rintangan horizontal

Garisan sokongan menunjukkan di mana kedudukan para pembeli. Kesannya, bull mula menunjal-nunjal harga ke atas dengan tanduknya sebaik sahaja bila harga menyentuh garisan sokongan. Di aras rintangan, bears menggunakan kukunya untuk menarik harga ke bawah. Begitulah asal usul nama tersebut, kalau anda mahu tahu!

Ada perbezaan antara garisan trend condong (diagonal) dan garisan horizontal yang dilukis merentasi titik-titik tinggi atau rendah harga, pada aras di mana harga pernah mengundur. Kecilkan skala carta dan cari lokasi puncak harga selepas arah gerakan pasaran berubah. Ia membentuk aras-aras rintangan jika ia di atas harga semasa dan bertindak sebagai sokongan jika ia di bawah harga semasa.

Anda boleh lukiskan garisan-garisan ini dan gunakan mereka untuk unjurkan perubahan harga. Senario utamanya adalah sokongan dan rintangan akan menghentikan harga dan membuatkannya berpatah balik. Adakalahnya harga akan terus bergerak dan menembusi aras-aras ini. Selepas penembusan tersebut, biasanya ada swing harga yang besar dan meruwap.

Garisan S dan R mula-mula dilukiskan pada rangka masa senior dan kemudian di rangka masa yang lebih kecil (dari Mingguan ke H1 dan seterusnya). Di rangka masa lebih kecil, anda membuatkan aras-aras dari rangka masa senior lebih tepat dan dan tambah aras-aras baru. 

Tapi cakap terus terang ya, ini sahajalah yang saya tahu pasal garisan ni semua! Penganalisa, saya perlukan nasihat anda – apakah yang harus saya buat dengan ini semua? Baiklah, saya sudah lukiskan semua… Tetapi di rangka masa M15-M30 ia terlalu jauh! Saya rasa pesanan tertangguh seperti sesuai di sini, tetapi saya belum belajar menggunakannya lagi. Saya lampirkan screenshot garisan-garisan saya di sini tetapi untuk saya, ia tidak begitu membantu.

Komen dari Penganalisa

Titik-titik tertinggi dan terendah silam membentuk aras-aras yang penting kerana ia sering membuatkan harga berpatah balik. Tandakan mereka di carta dan gunakan mereka dalam perdagangan anda jika harga berdekatan dengan mereka. Jika anda lihat tiada aras tinggi atau rendah yang penting berhampiran dengan harga semasa, makan gunakan pula garisan trend dan Purata Bergerak! 

soprit_podd-4.jpg

Keputusan akhir:

Saya berpuas hati dengan hasil saya. Bukan kerana jumlah yang banyak yang saya dapat ($218, haha) tetapi dengan kemahiran saya yang semakin baik dan kebolehan saya menangani stres. Saya sudah belajar formula asas, "Fikir dahulu, baru buat". Wang adalah hasil, tapi sebabnya adalah anda!

main_profit.jpg

Baca lebih lanjut

  • 4986

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera