Horoskop Kewangan 12.02 – 18.02

Horoskop Kewangan 12.02 – 18.02

1.png

    

Aries

Pada hari berkerja anda akan mempunyai keberanian untuk menjalankan eksperimen kewangan yagn paling gila, dan ia akan ditawarkan oleh rakan rakan anda. Anda harus tidak melepaskan peluang mengambil bahagian di dalam rancangan besar ini. Tetapi buat pertimbangan bijak. Jika anda rasa ia tidak patut diteruskan, halakan keterujaan anda kepada perkara lain.

2.png

Taurus

Ketekunan anda boleh menukarkan situasi sukar kepada peluang kewangan yang mantap, namun anda harus terus terbuka untuk rundingan jika mahukan situasi menjadi lebih baik. Malangnya, tersekat dengan hanya satu jalan penyelesaian mengekang dan menjauhkan anda dari melihat alternatif lain. Anda boleh memperjuangkan kepentingan anda dengan menjelaskan strategi semasa anda, bentangkan poin-poin mengapa anda adalah betul.

3.png

Gemini

Pada hari bekerja, luaskan dunia anda dan cuba suatu yang baru di bidang kewangan. Peluang-peluang baru akan muncul pada hari Selasa dan Rabu tanpa perlu ikhtiar. Cuba sehabis baik tidak mensia-siakannya. Luangkan hujung minggu untuk merenungkan topik-topik bisnes. Pertahankan kenalan-kenalan yang anda benar-benar perlukan dan begitu juga sebaliknya, cari peluang untuk putuskan tanggungjawab dan pertalian yang tidak menyenangkan.

4.png

Cancer

Anda akan perlu uruskan pelaburan luar, tawaran komersil, pinjaman, perjanjian kewangan dan orang yang menguruskan kepentingan kewangan anda minggu ini. Gunakan wang orang lain, tidak kira jika ia pinjaman, bantuan kewangan, atau pelaburan, adalah berbaloi asalkan ia dibuat dengan bijak. Pelaburan yang dikongsi juga boleh jadi sangat menguntungkan, tetapi sekali lagi anda perlu aturkan semuanya dengan baik.

5.png

Leo

Hubungan yang baik dengan roang lain akan menjadi lebih penting dari wang pada minggu ini. Tiada keuntungan atau pembelian yang akan menggembirakan anda sama seperti keikhlasan dan persefahaman dengan orang-orang yang paling penting. Dan, anda pasti akan terkejut, menunjukkan minat pada orang tersayang dan silaturahim yang harmoni akan memberikan kejayaan di sektor kewangan. Para usahawan Leo yang meminati pelaburan akan mendapat perhatian orang-orang yang sangat kaya.

6.png

Virgo

Pada hari Isnin, buang sampah untuk legakan sedikit ruang bagi suatu yang baru, baik material mahupun spiritual. Nantikan sokongan kewangan pada hari Selasa atau Rabu. Fikirkan satu cara yang baru untuk menguruskan pelaburan luardan ia akan memberikan keuntungan yang signifikan. Mulai dari Sabtu, dan untuk sepanjang bulan, anda akan mempunyai kuasa sakti untuk menarik rakaniaga atau calon pelanggan yang kaya.

7.png

Libra

Pada hari Isnin, naluri anda akan sangat tajam: gunakannya dalam urusan kewangan anda. Dari sudut psikologi, adalah berbaloi untuk anda analisa kesilapan-kesilapan anda berkaitan kewangan. Pada hari Khamis, lakukan urusniaga yang sudah lama anda tangguhkan. Anda pandai berkawan, jadi berikan perhatian kepada persahabatan dengan rakan sekerja, kerana kebolehan anda untuk mendapatkan keuntungan bergantung kepada mereka minggu ini.

8.png

Scorpio

Pada hari Isnin, anda akan mencari ketenangan. Lebih baik anda tangguhkan urusan kewangan yang perlukan tenaga yang serius. Anda akan terdorong untuk berbelanja berlebihan pada hari Khamis. Sebelum anda belanjakan banyak wang, fikir dua kali apa anda perlukannya atau tidak. Tapi jika anda sudah lama mengimpikan sesuatu yang mewah dan mahal, masa terbaik adalah sekarang.

9.png

Sagittarius

Dalam minggu ini, keuntungan anda bergantung kepada seberapa terbuka, ramah dan berpengetahuannya anda. Beri perhatian kepada panggilan telefon, emel dan malahan risalah. Maklumat kewangan berguna boleh muncul di mana-mana. Tempoh sebulan untuk pembaikan rutin harian dan pejabat rumah akan bermula pada hari Sabtu. Pada hari Ahad, anda akan kekurangan wang, atau perlu menabung untuk sesuatu.

10.png

Capricorn

Mencari wang menjadi keutamaan anda minggu ini. Antara dua gerhana adalah satu waktu yang terbaik untuk perbaiki status kewangan anda: langsaikan hutang, dapatkan kekuatan dan tingkatkan keuntungan. Mungkin anda tidak nampak apa-apa yang berbaloi pada masa ini, tetapi jangan kisahkannya, kerana peluang baru tidak akan buat anda ternanti-nanti.

11.png

Aquarius

Anda ada banyak tenaga positif dan yang bagusnya ia akan membawakan anda kejayaan kewangan minggu ini. Jika anda perlukan pelaburan untuk capai matlamat anda, jangan menyimpan. Pendekatan kewangan yang lain dari yang lain anda akan membantu anda pulih tidak lama lagi. Cuba untuk tidak jengkelkan orang lain pada hujung minggu – khususnya jangan kongsikan pelan bisnes anda dengan sesiapa pun.

12.png

Pisces

Anda akan membayar hutang anda dan melunaskan tanggungjawab kewangan anda pada hari Isnin. Kerjasama atau sokongan bisnes akan berakhir, tetapi jika anda berminat dengannya, cari jalan untuk dorong rakaniaga atau pelabur anda. Mulai dari hari Selasa hingga Jumaat, planet-planet mencadangkan agar tidak kongsikan urusan kewangan dan rancangan dengan orang lain dan rahsiakan keuntungan anda yang semakin meningkat.

Gunakan pengetahuan anda

Popular

Promosi yang akan anda minati

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera