15.01.2018

Horoskop Kewangan 15.01 - 21.01

1.png

    

Aries

Minggu ini anda akan mendapat peluang baru untuk meningkatkan modal anda – jangan lepaskannya! Planet-planet berada di lokasi yang sempurna untuk membuat urusniaga dan pelaburan. Tahan diri dari membuat pembelian spontan dan rancangkan perbelanjaan untuk keseluruhan minggu.

2.png

Taurus

Mulakan bisnes baru, walaupun hanya bisnes sampingan, dan ia boleh mendatangkan wang yang serius. Bintang-bintang akan memberikan anda tenaga yagn cukup untuk menjadikan semua jenis idea kepada kenyataan. Terus bergerak ke hadapan tetapi cuba untuk lebih fleksibel dalam komunikasi.

3.png

Gemini

Minggu ini, cuba untuk menjalinkan kontak baru dengan orang yang betul. Ingat – suasana sosial anda penting untuk membentuk kejayaan masa hadapan anda. Buktikan anda seorang rakaniaga yang boleh diharapkan dan gunakan peluang anda keuntungan yang sangat memuaskan.

4.png

Cancer

Minggu ini, analisa kejayaan dan kegagalan kewangan silam anda untuk mengelak dari mengulang kesilapan lama. Analisa dengan menyeluruh tindakan-tindakan anda dan jangan buat keputusan dengan mendadak. Separuh kedua minggu ini akan sangat-sangat mesra bisnes.

5.png

Leo

Gunakan keuntungan anda untuk mempertingkatkan perkakas kerja anda, tentukan apa yang anda paling perlukan untuk menjadikan proses kerja anda efisien. Fokus bila membuat keputusan kewangan, buang emosi bila bercakap tentang wang.

6.png

Virgo

Minggu ini sempurna untuk menyelesaikan urusan-urusan kewangan dan merumuskan semua persoalan-persoalan penting. Jika anda menantikan suatu bayaran, bersedia untuk menerimanya minggu ini. Hujung minggu bukan waktu terbaik untuk berurusan dengan wang orang lain.

7.png

Libra

Minggu ini anda akan penuh bertenaga untuk menyelesaikan persoalan-persoalan kewangan, membuat wang, dan menguruskan projek-projek penting. Namun ingat, wang akan datang kepada anda bila yakin dan tegas. Gunakan sebarang peluang untuk beroleh lebih.

8.png

Scorpio

Minggu ini akan membawakan anda lebih tenaga untuk pencapaian kewangan. Jika anda mahu membuat pembelian yang mahal, sila maklum minggu ini minggu bertuah untuk tawar-menawar. Di penghujung minggu, ambil sedikit masa untuk membuang barang yang sudah lama dan tidak perlu.

9.png

Sagittarius

Bintang-bintang bersama anda minggu ini! Anda akan memperbaiki kedudukan kewangan, menguruskan operasi-operasi kewangan dengan berjaya, dan membuat pembelian yang menarik dan berguna. Jangan buat keputusan yang sambil lewa, tetapi jika ada idea yang tampaknya seperti benar-benar penting untuk anda, fikirkannya semula bila kepala anda sudah sejuk.

10.png

Capricorn

Minggu ini, anda akan terhubung terus dengan arus tenaga kewangan dari Alam Semesta. Kebolehan anda untuk beroleh pendapatan, menguruskan wang dengan baik, dan menghasilkan idea-idea yang menguntungkan akan benar-benar tidak terhad. Bagaimana pun, di hujung minggu pendapat anda tentang beberapa isu kewangan akan berubah secara radikal.

11.png

Aquarius

Minggu ini, anda akan mendapat kerja sambilan yang bagus atau berjaya melibatkan diri dalam operasi kewangan yang besar. Lebih sedikit anda beritahu orang lain tentang hal ehwal dan rancangan kewangan anda, adalah lebih baik untuk anda. Pada hari Rabu, anda perlu bergantung kepada naluri, dan pada hari Sabtu pula jangan percayakannya langsung.

12.png

Pisces

Pada hari Isnin dan Selasa, ia adalah masa untuk mengutip hutang atau memberhentikan interaksi kewangan dengan seseorang. Dari hari Rabu sehingga Jumaat, pendapatan berkait rapat dengan rakan-rakan dan orang yang “sekepala“ dengan anda. Di hujung minggu, teruskan dengan jadual rutin – inovasi dan perkara baru di dalam hal kewangan tidak akan menguntungkan.

Gunakan pengetahuan anda

  • 0
  • 0
Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera