•  >
  •  >
  • Cara Mendapatkan Ganjaran Dengan Program Kesetiaan FBS
21.12.2018

Cara Mendapatkan Ganjaran Dengan Program Kesetiaan FBS

Program Kesetiaan FBS adalah opsyen eksklusif yang membolehkan para pelanggan FBS mendapatkan ganjaran tambahan… hanya dengan menjadi pelanggan FBS. Bila anda menyertai program ini, anda akan menerima Mata Hadiah khas yang anda boleh tukarkan dengan beraneka hadiah yang hebat-hebat: bermula dari servis-servis istimewa sehinggalah kepada Mercedes S-Class. Berikut adalah panduan tentang cara-cara menyertai Program Kesetiaan FBS dan mendapatkan semaksimum mungkin dari aktiviti perdagangan anda.

cover.jpg

Bagaimanakan Program Kesetiaan FBS berfungsi untuk Pedagang?

Idea di sebalik Program Kesetiaan adalah mudah: dengan mendaftar, anda menyertai kelab pelanggan-pelanggan kegemaran kami dan menerima pelbagai kelebihan di atas kesetiaan anda. Apa yang anda perlu lakukan adalah berdagang, kumpulkan Mata Hadiah, dan tukarkannya untuk hadiah-hadiah eksklusif yang tersedia bagi Status Kesetiaan anda.

Ada 4 Status Kesetiaan: Hijau, Perak, Emas dan Platinum. Anda bermula secara automatik dengan status Hijau dan maju ke status-status seterusnya dengan mengumpulkan Mata Status – amaunnya bergantung kepada total amaun deposit anda. Sebagai contoh, anda akan beranjak dari Hijau ke Perak bila anda sudah mempunyai 300 Mata Status. Bila anda maju ke Status Kesetiaan baru, anda akan unlock set baru pelbagai hadiah lumayan yang anda boleh nikmati.

Anda boleh semak amaun Mata Status dan total amaun deposit yang anda perlukan untuk naik ke status berikutnya di seksyen Status Kesetiaan dalam Laman Peribadi anda.

Artboard 1.jpg

Bagaimanakah Program Kesetiaan berfungsi untuk Rakaniaga?

Syarat-syarat Program Kesetiaan untuk Rakaniaga FBS adalah sama, namun mereka perlu mengumpulkan Mata Hadiah dengan menarik pelanggan. Dalam perkataan lain, lebih banyak pesanan yang pelanggan anda buka, lebih banyak Mata Hadiah yang anda dapat.

Tingkat status yang sama iaitu Hijau, Perak, Emas dan Platinum juga terpakai untuk Rakaniaga, tetapi amaun Mata Status dikira berdasarkan kepada pusing ganti (turnover) pelanggan-pelanggan langsung anda.

Apakah ganjaran yang boleh saya dapatkan?

Ganjaran anda termasuklah pelbagai hadiah dan servis khas VIP:

Start_P_T_1.jpg

Anda boleh jejaki berapa banyak mata yang anda sudah terima dan belanjakan di seksyen Sejarah Mata Hadiah.

Artboard 3.jpg

Bagaimana cara untuk mendaftar?

1. Pergi ke Halaman Peribadi FBS anda dan klik pada tab "Program Kesetiaan" di Menu.

Artboard 4.jpg

2. Tekan butang "Sertai Program Kesetiaan".

Artboard 5.jpg

3. Sila maklum bahawa dengan menyertai Program Kesetiaan, kemajuan semasa anda di promosi “A lot of Apples” dan “Lucky T-shirt” (deposit dan lot) akan dibatalkan. Tekan "Setuju" untuk sahkan dan maju ke langkah seterusnya.

4. Sahkan emel dan identiti anda.

5. Tahniah! Anda ahli berstatus Hijau.

Bagaimana cara mendapatkan hadiah?

Anda boleh memohon hadiah yang diingini bila anda sudah mengumpul amaun mata yang diperlukan dan memenuhi syarat-syarat yang berkaitan dengan bilangan hari aktif berdagang (untuk Pedagang) atau bilangan pelanggan aktif (bagi Rakaniaga). Hari Aktif Berdagang adalah hari bila mana Peserta menutup sekurang-kurangnya satu pesanan; pelanggan aktif adalah pelanggan yang mempunyai akaun yang sudah disahkan dengan lengkap dan membuat pesanan-pesanan yang mendatangkan komisen untuk Rakaniaga mereka.

Untuk mendapatkan hadiah anda, pergi ke seksyen Hadiah dan tekan butang "Dapatkan hadiah anda" untuk melihat senarai hadiah yang tersedia untuk Status Kesetiaan anda. Anda akan melihat berapa banyak mata dan hari aktif berdagang / pelanggan aktif yang anda perlukan bagi setiap hadiah.

Artboard 6.jpg

Pilih hadiah, masukkan amaun mata yang anda mahu belanjakan, pilih akaun dan tekan "Teruskan".

Artboard 7.jpg

Isi borang yang dipapar untuk menerima hadiah. Jika anda memesan hadiah, anda perlu berikan maklumat kontak dan butiran penghantaran anda; untuk menerima servis, masukkan maklumat yang diperlukan untuk servis tersebut.

Artboard 8.jpg

Semak Sejarah Pesanan anda untuk melihat butiran pesanan anda; nombor pesanan, nombor tracking (jika ada), dan status semasa.

Artboard 9.jpg

Jika anda mahu tingkatkan skor Mata Hadiah anda, jemput rakan anda menyertai FBS dan terima 1 Mata Hadiah.

Untuk menjemput rakan, klik pada pautan di seksyen Hadiah.

Artboard 10.jpg

Anda akan diberikan nombor referral yang unik yang anda perlu salin atau kongsikan dengan rakan tersebut menerusi Facebook.

Artboard 11.jpg

Orang yang anda mahu jemput harus menggunakan pautan ini untuk mendaftarkan akaun di FBS. Sebaik selepas rakan anda mengesahkan Laman Peribadi dan berdagang 2 lot, 1 Mata Hadiah akan dikreditkan kepada setiap seorang dari anda berdua. Anda boleh jemput seberapa ramai rakan yang anda mahu.

Nikmati pelbagai faedah eksklusif ini sekarang juga!

Program Kesetiaan FBS peluang unik untuk mendapatkan hadiah-hadiah lumayan hanya dengan berkerja bersama broker yang andal. 

Sertainya, ia percuma!

  • 1755

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera