01.04.2019

'Movie night' bersama FBS

0 banner.png
Apakah yang lebih baik dari "movie night" yang "chill" di hujung minggu? Jawapannya "movie night" khusus untuk para pedagang! Walaupun anda tidak berdagang dihujung minggu, gaya hidup Forex harus diteruskan dengan filem-filem TOP 6 kami yang berkisar tentang perdagangan, kewangan dan pasaran. Berehatlah seperti seorang pedagang sejati dan beritahu kami filem mana yang anda paling sukai!

Wall Street (1987)

Wall Street adalah drama yang dibintangi oleh Charlie Sheen dan Michael Douglas. Kisahnya berlangsung pada tahun 1985 di New York, filem ini berkisar seputar seorang broker muda dan bercita-cita tinggi, Bud Fox, yang sanggup memijak sesiapa pun jika itu yang diperlukan untuk membawa beliau ke puncak, dan idola beliau, Gordon Gekko, jerung besar di pasaran.

Wall Street kini dianggap sebagai filem kultus klasik para pedagang. Ia memberikan penonton gambaran yang tepat mengenai pergolakan yang boleh berlaku di pasaran kewangan. Dipendekkan cerita, jika anda perlukan contoh tentang apa yang "insider trading" mampu lakukan, filem ini untuk anda!

pic1 Wall Street.jpg

Owning Mahowny (2003)

Dan Mahowny berkerja untuk salah satu bank terbesar di Toronto. Beliau dilantik ke posisi penolong pengurus cawangan pada usia 24 tahun, lantas mendapat akses kepada banyak akaun pelanggan. Boss, pelanggan, semua orang di sekeliling beliau menyukai dan menghormati Dan kerana peribadinya. Namun, mereka semua tidak tahu bahawa Mahowny ketagih berjudi dengan amat teruk sekali.

Sebuah filem British-Kanada yang diarahkan oleh Richard Kwietniowski berasaskan kepada kisah benar Brian Molony.

pic2 Owning Mahowny.jpg

Trading Places (1983)

Salah satu filem paling lucu tentang perdagangan. Broker komoditi kelas atasan yang sombong, Louis Winthorpe III dan seorang pengecong jalanan, Billy Ray Valentine, tidak pernah menyangka takdir akan menemukan mereka berdua – terima kasih kepada majikan Winthorpe, Randolph Duke dan Mortimer Duke. Sambil mempertaruhkan satu dolar, dua bersaudara ini memutuskan untuk melihat sama ada seorang pengecong jalanan boleh menguruskan syarikat besar mereka.

Jalan cerita filem ini bermula dari seorang Santa Claus yang mabuk, beralih kepada pelajar pertukaran budaya dari Cameroon, kemudian membawa kepada kisah malang tersilap identiti yang melibatkan sut gorilla. Ia berbaloi ditonton – lihat sendiri jika Duke dua bersaudara itu berjaya dalam eksperimen mereka!

pic3 Trading places.jpg

Floored (2009)

Berbeza dengan filem-filem sebelum ini, filem ini adalah dokumentari – bagi mereka yang lebih gemar untuk tidak bergelak ketawa tentang pasaran. Filem ini berkisar tentang lantai dagangan niaga hadapan Chicago. Floored mengetengahkan isu-isu sebenar dunia nyata dan perbezaan antara berjudi VS perdagangan sebenar.

Dokumentari ini terkenal dengan subteks meta-fiksyenalnya dan juga beberapa komen dan wawancara yang sangat berguna. Filem ini wajib ditonton untuk sesiapa yang berminat dengan niaga hadapan atau perdagangan secara umumnya.

pic4 Floored.jpg

Margin Call (2011)

September 2008. Krisis ekonomi global sudah pun bermula, tetapi Amerika masih belum mengetahui apakah bala yang bakal menimpa mereka, dan hanya sekumpulan pengurus elit di Wall Street sahaja yang memerah otak mencari jalan keluar yang selamat. Filem ini berlangsung dalam tempoh masa 24 jam dan ini adalah waktu-waktu paling runcing di dalam hidup mereka.

Thriller kewangan ini diberikan ranking yang tinggi oleh para pengkritik, malahan dicalonkan untuk Oscar. Lihat jika pengurus-pengurus bank pelaburan ini mampu menyelamatkan bank dari aset-aset toksik bernilai $8 trilion.

Pic5 Margin Call.jpg

The Wolf of Wall Street (2013)

Filem klasik baru yang wajib kami masukkan ke senarai ini. Sebuah biografi, komedi hitam dan filem jenayah (ramuan hebat!) yang disutradara oleh Martin Scorcese telah meletup-letup di pawagam. Berasaskan kepada kisah benar Jordan Belfort, kebangkitan beliau menjadi broker saham yang kaya-raya dengan kehidupan serba mewah sehinggalah kejatuhan beliau disebabkan oleh jenayah, korupsi dan kerajaan persekutuan.

Sebuah filem yang digubah dengan hebat, ia pasti mengingatkan anda kepada pengalaman menaiki roller coaster. Ia mempunyai segalanya: pengembaraan, broker berbakat, gadis-gadis cantik, wang, kegagalan, rahsia, dan intrik. Jika anda masih belum menonton maha karya sinematografi ini, ayuh lekas dapatkannya!

Pic6 The Wolf of Wall Street.jpg

Jom rehat sebentar, tonton filem dulu!

Kini anda tidak perlu pening memikirkan filem apa yang mahu ditonton – hanya pilih dari senarai TOP 6 kami. Apakah anda ada filem kegemaran berkenaan pasaran dan kewangan yang kami tidak sebutkan? Tuliskan namanya di ruangan komen!

  • 462

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera