•  >
  •  >
  • Pertaruhan Besar Dalam Hidup: Kisah Menarik Rakaniaga FBS Penuh Pengajaran
28.06.2019

Pertaruhan Besar Dalam Hidup: Kisah Menarik Rakaniaga FBS Penuh Pengajaran

Ana dan Ahmad menghadapi masalah kewangan. Ana sarankan untuk melabur di Forex, namun Ahmad skeptikal mengenainya. Mari lihat siapa yang memenangi pertaruhan ini.

1.png

Sejarah menjadi saksi kepada banyak kisah menarik yang bermula dari pertaruhan. Pertaruhan antara seorang suri rumah, Ana, dan suaminya, Ahmad, telah merubah kehidupan mereka selama-lamanya. Kisah ini mengajarkan kita sesuatu yang berharga – baca untuk mengetahuinya.

Bila bercakap tentang kisah-kisah mengkagumkan, tiada tempat yang mampu menandingi Forex. Kenali Ana, kini seorang rakaniaga FBS dan pedagang Forex yang berjaya. Kisah hebat beliau bermula kira-kira 1.5 tahun nan lalu, dan ia sebuah permulaan yang pahit.

Zaman Kegelapan

Dahulu, pada tahun 2017, Ana seorang suri rumah, menjaga 3 orang anak-anaknya. Suami beliau, Ahmad, berkerja di pusat servis kereta namun pendapatan beliau tidak mencukupi untuk sebuah keluarga yang agak besar. Menurut Ana, ia satu waktu yang amat sukar untuk mereka – anak-anak membesar dengan pantas dan mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk membiayai kehidupan.

Ana dan Ahmad mempunyai sejumlah simpanan untuk keperluan kecemasan, dan di satu masa mereka duduk bersama dalam sebuah mesyuarat keluarga untuk memutuskan apakah yang langkah-langkah yang akan mereka lakukan. Pasangan ini bersetuju bahawa mereka harus laburkan wang tersebut.

Ahmad mencadangkan agar ia digunakan untuk membantu beliau memulakan bisnes.

Tetapi Ana juga mempunyai idea beliau sendiri.

“Bagaimana jika kita cuba Forex?“ – ujar beliau.

“Jangan jadi bodoh, itu satu penipuan,” – balas Ahmad.

“Mahu bertaruh?" – tanya Ana.

Inilah bagaimana kisah mereka yang mengkagumkan bermula.

Selangkah Ke Dunia Asing

Ana memutuskan bermula secara kecil-kecilan dan berlatih dengan Bonus $50 FBS – sebuah bonus pemula yang ringkas tetapi efektif yang ditawarkan di FBS pada ketika itu. Dia tidak mahu melaburkan wang mereka kerana kedudukan kewangan keluarga itu terlalu lemah, jadi beliau telah menuntut $50 percuma tersebut dan mula "membasahkan kaki" untuk merasai sendiri seperti apa perdagangan itu yang sebenar-benarnya.

Ternyata, dia mencatat kemajuan dengan agak baik dan berakhir dengan keuntungan sebanyak $28. Amaun itu sendiri tidaklah penting berbanding dengan pelajaran dan pengajaran yang beliau dapat: perdagangan Forex itu BENAR tulen dan $28 yang beliau berjaya keluarkan menguatkan lagi keyakinannya.

Kejatuhan Besar

Dibuai oleh kejayaan, Ana memutuskan bahawa beliau sudah bersedia untuk melaburkan amaun wang yang lebih substansial – $100, untuk permulaan.

“Saya tidak takut kerana saya fikir saya sudah cukup berpengalaman. Saya fikir oleh kerana ia berjalan dengan baik untuk kali pertama, jadi saya hanya akan buat perkara yang sama sekali lagi dan ulangi kejayaan saya. Apa mungkin ada apa-apa tidak kena?”

Ternyata ada yang tidak kena berlaku. Beliau hilang seluruh amaun deposit beliau dalam masa 2 hari.

"Kini saya tahu saya gagal kerana masuk ke pasaran tanpa apa-apa ilmu pasaran. Saya tidak memantau berita, saya menggunakan strategi perdagangan yang saya sudah biasa gunakan walaupun ia bukan masa yang sesuai dengan situasi pasaran pada waktu itu. Namun di waktu itu saya sedih dan tidak mengerti di mana silap saya."

Percubaan #2: Lebih Bijak, Lebih Kuat

Kerugian memang mengecewakan, terutamanya mengenangkan pertaruhan dengan Ahmad. Ahmad yakin beliau sudah menang, idea untuk berdagang Forex pasti akan layu dan mati, tetapi Ana ada pandangan berbeza tentang situasi tersebut:

Beliau tidak rugi kerana Forex, beliau rugi kerana kejahilannya sendiri.

Dan ini boleh diperbetulkan.

Kini, beliau ada rancangan baru: belajar tentang bagaimana ekonomi, matawang, dan strategi perdagangan berfungsi sambil beliau berlatih dengan perdagangan sebenar. Sungguh begitu, beliau tidak mahu merisikokan wang keluarga lagi, dan di sinilah bagaimana Trade 100 Bonus FBS memainkan peranan.

2.png

Direka supaya orang ramai boleh berlatih di pasaran sebenar tanpa melaburkan wang mereka sendiri, Trade 100 Bonus adalah apa yang Ana perlukan bagi karier perdagangan beliau ketika itu. Beliau menonton webinar, membaca artikel tentang strategi perdagangan, dan cuba menggunakannya dalam perdagangan sebenar.

Lagi pun, beliau sudah menguasai beberapa strategi yang cocok dengan dirinya, dan berjaya menghasilkan seterusnya mengeluarkan keuntungan $100. Hari tersebut hari kemenangan buat beliau – kini beliau rasa lebih selesa dengan Forex dan sudah bersedia untuk terus melangkah lebih jauh.

Kesudahan Yang Bahagia

Selepas sekian waktu, karier Ana semakin maju dan masalah kewangan keluarga beliau kini menjadi kisah silam. Ahmad akhirnya menerima minat isteri beliau terhadap pasaran kewangan dan mengakui bahawa ia tiada hubung kait dengan penipuan.

Sampai di satu ketika, Ana memutuskan untuk menjadi rakaniaga FBS dan menjana pendapatan tambahan dengan menarik minat orang ramai untuk berdagang serta berkongsi ilmu beliau dengan pedagang-pedagang baru. Ia meningkatkan pendapatan beliau dengan baik sekali.

"Saya fikir perdagangan Forex satu idea yang baik untuk sesiapa pun. Saya bermula dengan sifar pengetahuan kewangan dan berjaya sampai ke tahap ini dalam tempoh sesingkat 18 bulan. Yang bagusnya tentang Forex, saya ada banyak masa yang boleh dikurangkan bersama keluarga – jadual saya anjal, jadi mudah untuk saya uruskan masa saya seperlunya.

Apa yang anda perlu lakukan ialah membuat kerja rumah anda dan pelajari bagaimana pasaran berfungsi. Saya suka berkerja dengan FBS kerana mereka sangat membantu: mereka menawarkan bonus untuk bermula, bahan pendidikan untuk saya mula hasilkan pendapatan, dan segalanya yang saya perlukan untuk berkembang sebagai seorang pedagang.".

Jadi, apakah pengajarannya?

Mujur Ana bertaruh dengan Ahmad kerana ia mencetuskan karier perdagangan beliau. Dia juga berjaya menemui broker yang andal untuk memudahkan langkah pertama beliau. Beliau juga cukup pintar untuk menyedari bahawa ilmu adalah wajib bila anda berkerja di pasaran.

3.png

Kejayaan bukanlah semata-mata nasib baik, atau ketekalan, atau ilmu pengetahuan. Ia kompilasi semua perkara tersebut. Bila ada ketiga-tiga faktor ini, kejayaan itu pasti dan hanya menunggu masa.

Untuk Ana, kesudahan bahagian ini hanyalah satu permulaan.

Bagaimana dengan anda?

  • 602

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera