1. Main >
  2. Blog >
  3. DUNIA FOREX DAN SI GADIS. LEVEL 1
20.07.2018

DUNIA FOREX DAN SI GADIS. LEVEL 1

FBS telah melakukan suatu eksperimen yang menarik: kami tertanya-tanya apakah yang akan terjadi sekiranya seorang gadis yang tidak pernah berdagang walau seminit pun dalam hidupnya cuba membuat wang di Forex? 

Cik Ann telah bersetuju untuk menyertai eksperimen ini dan telah meraih $113 dengan Bonus $50. Kata orang, orang baru memang bertuah. Mari kita lihat Cik Ann mencabar pasaran global sebagai seorang newbie. Bacalah kisah menarik ini yang ditulis sendiri oleh beliau!

Hello! Nama saya Ann, saya seorang gadis berusia 34 tahun yang telah memutuskan untuk mengambil bahagian dalam sesuatu yang boleh dikatakan seperti satu eksperimen. Mampukah seorang gadis seperti saya menghasilkan wang dengan Forex atau adakah saya masih ketinggalan jauh di belakang otai-otai?

Anda tidak perlu percaya cakap saya dan anda juga tidak perlu mencubanya sendiri, tapi saya sudah pun hasilkan $113 saya yang pertama! Jika saya boleh lakukannya, anda pun boleh juga! Sekarang saya mahu ceritakan pengalaman pertama dan tanggapan-tanggapan saya yang mungkin akan buat anda ketawa, dan yang pasti ini bukanlah satu panduan cara-cara berdagang.

Syarat-syarat eksperimen:

  • Saya harus belajar sendiri tanpa mendapatkan bantuan dari para penganalisa FBS
  • Saya harus rakamkan semua kesukaran yang saya hadapi di dalam diari perdagangan saya
  • Penganalisa FBS akan beritahu saya, instrumen apakah yang saya harus dagangkan seterusnya

Hasil dapatan eksperimen:

  • Masa dihabiskan untuk mencari bahan-bahan pembelajaran berkaitan perdagangan: 3 jam (1.5 jam sehari untuk 2 hari)
  • Keputusan kewangan: $113 pada baki akaun saya

BERCAKAP SOAL DUIT

Saya rasa seperti seorang bayi di dalam dunia Forex, justeru saya tidak mahu merisikokan wang saya sendiri. Namun, berdagang dengan akaun Demo terasa seperti tak masuk akal bagi saya. Apalah faedahnya bersusah-susah berdagang dengan wang "mainan" yang tak akan menghasilkan wang sebenar?! Lebih baik saya gunakan masa saya berdagang secara sebenar-sebenarnya dengan bantuan Bonus $50 FBS. Rasanya rancangan ini sudah cukup cantik untuk saya belajar berdagang dan mencuba tuah saya. Lagi pun itu bukan duit saya, tiada kesan buruk terhadap saya jika saya terhanguskan wang tersebut.

Proses pendaftaran 

Memuat turun dan memasang MetaTrader 4 mudah dan pantas.  “I came, I download, I conquered!” (chewah!). Saya rasa macam diri ini sudah profesional, tetapi tidak lama kemudian masalah pertama pun muncul, alamak! Saya cuba untuk log masuk beberapa kali di MetaTrader. Apa silap saya, ya? Saya dapat tahu kemudian – rupa-rupanya bukan hanya kata laluan yang perlu saya isi, malah saya perlu isikan maklumat pelayan yang betul juga! 

Di sini saya sertakan screenshot yang menunjukkan cara mengisi borang tersebut dengan betul 

login.png

Sebelum saya buka MetaTrader, saya sudah pun daftarkan akaun di FBS siap-siap. Jadi saya ada terima sepucuk emel yang mengandungi semua data yang diperlukan. 

server.png

Begini kisahnya – saya telah salin sebaris penuh tu semua, sekali dengan nama pelayan dan alamat IP (apakah ini?) dan memasukkannya ke dalam borang di MetaTrader. Sepatutnya saya pilih dari senarai "drop-down menu" atau taipkan hanya nama pelayan sahaja. Saya lakukan ini beberapa kali. Dah berjaya masuk atau belum?! Aduhai, karier Forex saya musnah sebelum sempat saya mulakan!

Akhirnya, saya berjaya untuk log masuk dengan sempurna hanya selepas menonton video pendidikan FBS bertajuk "How to open your first trade in MT4". Ternyata, rupa-rupanya ikon indikator aktiviti MT4 bersembunyi di bucu kanan-bawah, dan saya betul-betul tidak perasan kewujudannya (masukkan kata cacian di sini)!

correct login.png

Komen dari Penganalisa FBS: 

Berita baik untuk anda, anda tidak tidak perlu menangani masalah log masuk dan pelayan berseorangan. Sebelum bermula, tontonlah video tutorial pendek kami. Selepas itu anda akan pandai mempersiapkan terminal perdagangan anda dengan lancar dan pantas! Kami berterima kasih kepada Ann kerana menemui masalah ini, dan kami sudah pun menyelesaikannya, jadi orang lain tidak perlu berhadapan dengan kesulitan yang sama di masa hadapan.

Berdagang

Saya pasti, kalian pedagang profesional (dan yang newbies juga) akan ketawa dengan pengakhiran cerita saya ini nanti. Tak mengapa, saya tebalkan kulit muka dan teruskan sahaja cerita saya ini.

Timeframe.

Syukur ke hadrat ilahi atas kewujudan timeframe (sekarang saya sudah pandai tukar timeframe). Pada permulaannya, saya hanya nampak pasangan EUR/USD dalam timeframe harian dan berdagang menggunakan apa yang muncul di depan saya. Ia nyaris menjadi satu tragedi kerana saya tidak dapat melihat harga semasa secara terperinci. Nasib saya baik, saya terklik pada butang "H1" di menu atas. Ini membawa saya ke timeframe 1 jam di mana setiap batang empat segi mewakili setiap 1 jam. Kemudian saya klik pada tarikh di bawah carta dan saya seret dia (click and drag). Ini membolehkan saya melihat harga seolah-olah saya sedang menggunakan mikroskop. Akhirnya saya rasa bersedia untuk mula berdagang. Saya fikir, inilah sebab utama "kejayaan yang tidak disengajakan" saya.

timefreim.png

Pesanan. 

Saya beli matawang bila graf di carta semakin menurun, dan saya jual bila nampak peluang untuk untung sekurang-kurangnya $1. Semua pesanan saya pegang tidak lebih dari 5 minit. Kalau tidak salah ingatan saya, strategi ini namanya "Scalping", tapi saya pun tidak pasti sangat, saya kena google lagi nanti. 

Ada beberapa isu di sini:

  • Saya tidak tahu kos untuk 1 lot. Hanya dari percubaan ketiga saya baru saya fahami bahawa dengan modal $50 saya, sepatutnya saya membuka pesanan dengan membeli 0.10 lot.
  • Untuk menutup pesanan, anda perlu klik pada butang "Close" (surprise!). Ada sekali tu, saya telah klik butang "Sell by market" dan kesannya saya ada dua pesanan, sedangkan saya sepatutnya menutup pesanan yang ada.

Apa yang tampak cool pada saya: bila sudah nampak keuntungan selepas membuka pesanan. perasaannya oh sangat menyenangkan sekali.  

sell close.png

Stop-loss

Dari teori yang saya baca, saya mengetahui kewujudan apa yang dipanggil stop loss. Saya perlu menggunakan mereka bila berdagang supaya saya tidak kerugian. Saya tidak mahu mengautomasikan proses perdagangan saya kerana saya fikir bahawa anda tidak akan pandai berenang kalau anda sentiasa mengenakan jaket pelampung keselamatan. Saya mahu mengenali pasaran dan saya mahu kumpulkan keuntungan dan kerugian saya tanpa bantuan sebarang stop loss. Mungkin ini kurang bijak, tapi itulah yang saya rasa.

Sejarah pesanan saya

img.jpg

Keuntungan total untuk 2 hari

result.png

Komen dari Penganalisa FBS:

Stop-loss (renti rugi) adalah penting, begitu juga dengan (ambilan untung). Dagangan yang merugikan adalah lumrah dan stop loss akan membantu meminimumkan kerugian. Dalam masa yang sama, penggunaan take profit membolehkan anda memilih aras harga di mana pesanan anda boleh ditutup dengan keuntungan yang mantap. Ia cara yang bagus, jadi pedagang yang bijak boleh menggunakan kedua-dua stop loss dan juga take profit.

Seterusnya bagaimana?

Saya benar-benar suka dapat buat untung (surprise lagi sekali!). Menurut eksperimen ini, penganalisa FBS tidak akan membantu saya berdagang, sebaliknya beliau akan memberikan topik untuk saya telaah sendiri. Saya mesti baca, tonton, dan fahami banyak hal berkaitan Forex dan berlatih di MetaTrader menggunakan ilmu keramat ini. Ewah!

Kerja rumah saya adalah "Moving Average", dan menurut Liza ia adalah indikator MT yang paling ringkas. Saya akan mula mempelajarinya, hari ini juga!

  • 4411
Ketahui lebih lanjut

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam 00:30:00

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera