1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. TOP 3 pasangan matawang eksotik 2018
2023-03-30 • Dikemaskini

TOP 3 pasangan matawang eksotik 2018

Pasangan-pasangan ini mungkin sudah jadikan anda kaya pada 2018

1_top_3_currencies_640x360.jpg

20180 mengampiri penghujungnya, jadi sekarang masa yang sesuai untuk kita rangkumkan keseluruhan tahun ini. Pasangan eksotik terkenal dengan kenaikan turun dan naiknya yang pantas, dan kadang-kala memberi peluang untuk menceduk keuntungan besar. Mari kita lihat tinjauan pasangan matawang top 3 yang mungkin telah menjadi lombong emas anda pada tahun 2018!

Ini syarat-syaratnya: anda telah memperoleh kuasa sakti untuk melihat masa hadapan, telah laburkan $1000 dan menggunakan leveraj 1:100. Pasangan eksotik gandingan USD yang manakah yang memberikan anda keuntungan terbesar?

Ingat, semua pengiraan termasuk dengan SWAP. SWAP adalah yuran untuk mengekalkan posisi semalaman. Ia dirangka berasaskan kepada kadar faedah bank pusat di negara-negara yang mana wangnya anda sedang dagangkan. Jadi secara mudahnya, ia adalah seperatusan tertentu yang ditarik dari keuntungan yang mungkin diraih jika anda menggunakan strategi perdagangan jangka panjang, yang memerlukan posisi dibiarkan buka selama lebih dari sehari.

Pasangan-pasangan eksotik ini mempunyai kaitan yang sangat kuat dengan USD, jadi salah satu sebab untuk ketiga-tiganya menjunam adalah kerana kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan A. S. Dolar telah menguat – matawang-matawang eksotik ini menuju arah sebaliknya.

TEMPAT KE-3 USD/ZAR

Kehebohan tentang rampasan tanah dan ladang di Afrika Selatan dan kenaikan mendadak kadar hasil bond kerajaan A.S. mendorong modal antarabangsa keluar dari Afrika Selatan dan menolak ZAR tergolek ke gaung. Risiko kemelesetan yang semakin meningkat pada ekonomi Afrika Selatan juga mempunyai impak besar terhadap ZAR

Pesanan beli yang dibuka pada 2 Januari, tutup pada 5 September

Anda ada: $1000

Anda mampu meraih: $15,702

usdzar.jpg

TEMPAT KE-2 USD/BRL

Pada bulan Ogos, BRL telah melemah dengan hebat buat pertama kali sejak Mac 2016. Sebabnya adalah bekas presiden Luiz Inacio Lula da Silva. Di sebalik sabitan rasuah beliau, beliau telah meraih kelebihan terhadap lawan-lawannya – secara langsung dari penjara. Ini membuatkan para pelabur tidak senang dengan masa hadapan politik dan ekonomi negara ini. Kemelesetan ekonomi juga tidak membantu BRL.

Pesanan beli yang dibuka pada 2 Januari, tutup pada 30 Ogos

Anda ada: $1000

Anda mampu meraih: $18,777

usdbrl.jpg

TEMPAT PERTAMA USD/TRY

Salah satu kejatuhan paling dramatik pada 2018 adalah kejatuhan TRY. Ia telah tergolek selepas Donald Trump mengumumkan sekatan baru terhadap Turki dan menggandakan tarif ke atas keluli dan aluminimum. Turki telah menggagahi sekatan ditengah-tengah indikator ekonomi sudah sememangnya negatif.

Pesanan beli yang dibuka pada 2 Januari, tutup pada 8 Ogos

Anda ada: $1000

Anda mampu meraih: $37,367

usdtry.jpg

Matawang eksotik terkenal dengan kemeruwapan tinggi – dan ini mampu menjadi peluang besar anda untuk mengaut keuntungan. Gunakannya pada tahun ini dan buka horizon haru dalam perdagangan Forex!

Lihat pasangan eksotik tersebut

Baca lebih lanjut

  • 4290

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera