1. Main >
  2. Blog >
  3. Promosi Trade To Help: keputusan sukar ditandingi
03.07.2020

Promosi Trade To Help: keputusan sukar ditandingi

1.png

Pada tahun 2020, dunia berhadapan dengan salah satu masalah yang paling dahsyat dalam beberapa dekad kebelakangan ini – CoViD-19. Pandemik koronavirus telah memberi impak yang negatif kepada setiap individu – baik dari segi kesihatan tubuh badan, situasi kewangan, atau kesejahteraan mental.

2.png

Di seluruh dunia, ada beberapa golongan yang lebih terancam di waktu-waktu begini jika dibandingkan dengan kita semua. Keluarga berpendapatan rendah, gelandangan, orang-orang yang berpenyakit kronik, penduduk kawasan pedalaman, marhaen yang kekurangan bantuan kerajaan, dsb. – semua mereka ini mendapati diri mereka berada di dalam keadaan yang membimbangkan dan berbahaya dan memerlukan lebih banyak bantuan berbanding di waktu-waktu biasa.

Sebagai syarikat yang menghargai dan memanfaatkan setiap peluang untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik, FBS tidak dapat berdiam diri. Setiap tahun, kami mengadakan promosi Ramadan – promo kebajikan yang popular di kalangan ribuan pelanggan kami dari negara-negara Islam. Komisen rakaniaga dan spread dari pesanan-pesanan yang ditutup disalurkan kepada kerja-kerja kebajikan.

Kali ini, justeru dari merebaknya pandemik, kami memutuskan untuk membuka promosi ini kepada seluruh dunia dan melancarkan promo Trade To Help (Berdagang Untuk Beramal) pada bulan April 2020. Prinsipnya selari dengan namanya – lebih banyak anda berdagang, lebih banyak anda membantu orang lain menempuhi waktu yang sukar ini. FBS sejak dari dahulu lagi menawarkan syarat-syarat yang terbaik untuk perdagangan, namun untuk matlamat yang amat besar maknanya ini, syarikat menawarkan bonus margin eksklusif 300% untuk memastikan prestasi terbaik di kalangan para peserta. Kami telah mencipta satu persekitaran yang membantu – anda pula berdagang seberapa baik yang mungkin.

3.png

Selepas membuat rangkuman untuk promosi ini, kami tergamam.

Bersama-sama, kita telah mengumpulkan $434 859! Bayangkan: 45 430 orang pedagang dari 150 buah negara telah menyertai promosi ini untuk membantu mereka yang memerlukan. 5 Penyumbang terbesar dari Vietnam, Jepun, dan Turki telah memberikan kejutan yang bukan alang kepalang kepada kami – lima orang pedagang ini sahaja menyumbangkan sejumlah $77 000 dari jumlah keseluruhan!

Angka-angka ini memang benar-benar mengkagumkan, tetapi ia tidak dapat menandingi kesudahan baik yang dibawanya.

Dengan wang ini, FBS berjaya membantu 20,000 orang di 10 buah negara: Indonesia, Malaysia, Mesir, Yaman, Colombia, Brazil, Filipina, Thailand, Afrika Selatan, dan Vietnam. Keluarga-keluarga berpendapatan rendah, gelandangan, kanak-kanak yang menderita pelbagai penyakit, ibu-ibu tunggal... Semua mereka ini menerima kit makanan dan keperluan asas lain seperti kelengkapan perlindungan diri (PPE) yang amat-amat diperlukan di waktu tersebut.

4.png

Kami menerima kerjasama dari rakan-rakan NGO yang menawarkan bantuan menjayakan gerak kerja kebajikan ini: The Angel Network (Afrika Selatan), Egypt Lovers Association (Mesir), For Human Development (Yaman); Housing Development Foundation of Thailand (Thailand); Panti Asuhan Bani Salam, Rumah Perawatan Lansia Titian Banteng Gading, dan Yayasan Kasih Anak Kanker (Indonesia); Colibries Foundation (Colombia); ABIM dan GPM (Malaysia). Kami ingin menzahirkan rasa terima kasih kami kepada setiap organisasi yang terlibat kerana telah membantu pasukan-pasukan tempatan kami menghantarkan kit-kit makanan dengan cermat dan selamat, sambil mematuhi semua peraturan-peraturan kuarantin.

Hero-hero terulung kami, yang mana tanpa mereka promo ini dan segala kebaikan yang datang bersamanya mustahil boleh terjadi – ADALAH ANDA, PELANGGAN-PELANGGAN YANG KAMI SANJUNGI.

5.png

6.png

Kami tahu para pedagang FBS sememangnya pemurah dan pandai memanfaatkan sebaik mungkin bonus-bonus yang kami tawarkan, tetapi kali ini anda membuatkan kami menyanjungi anda dengan lebih tinggi lagi.

Anda telah membantu kami mengukir senyuman di wajah keluarga-keluarga miskin di Brazil, menghangatkan perasaan gelandangan yang kesejukan di Thailand, dan membolehkan kanak-kanak yang menghidap kanser di Indonesia bergaya dengan t-shirt FBS.

7.png

Orangnya adalah ANDA – pedagang fantastik – yang telah menyumbang kepada kesejahteraan dunia. Kami benar-benar tidak cukup perkataan untuk menzahirkan rasa syukur kami, kami cuba untuk melakukannya dengan berkerja lebih keras untuk kalian. Terima kasih, semua, kerana menjadi motivasi terbaik kami untuk meluncur lebih jauh lagi, berkerja keras, mencapai kecemerlangan, melancarkan lebih banyak peraduan dan promosi, membantu badan-badan kebajikan, dan meningkatkan kualiti hidup orang lain.

Always by your side, FBS

  • 428
Ketahui lebih lanjut

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam 00:30:00

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera