1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Dua Pasukan Yang Mantap Di Dalam Dunia Baru
2023-11-22 • Dikemaskini

Dua Pasukan Yang Mantap Di Dalam Dunia Baru

1_002.jpg

Kita menyambut Tahun Baru seperti biasa bersama harapan dan impian untuk tahun 2020. Kemudian kita semua bangun pada suatu pagi untuk menghadapi satu realiti asing yang sehingga hari ini masih kita rasakan janggal. Pengasingan diri kini menjadi manifestasi rasa cinta terhadap orang yang kita sayangi, dan doktor adalah wira baru bangsa. Dunia nampaknya menguji kemampuan kita untuk berasa ihsan, berkerjasama, dan melakukan amal kebajikan. Cabaran ini adalah peluang kita untuk mempertimbangkan semula apa yang penting sebenarnya, dan bersatu untuk masa depan yang lebih baik.

Kami sedang melalui satu zaman baru yang tidak pernah dilalui umat manusia sebelum ini; namun, itu tidak bermaksud bahawa manusia tidak pernah berjuang dan menang sebelum ini. Kami akan menunjukkan bagaimana kedua-dua FBS dan FC Barcelona berjuang menangani krisis sambil terus memastikan obor perjuangan terus menyala.

Mod Kestabilan diaktifkan

Kita semua tahu bahawa pasaran kewangan dan peristiwa global saling bergantung. Oleh itu FBS, sebagai sebuah broker, dipengaruhi oleh turun naik harga yang melanda perdagangan. Sejak ia dilancarkan di pentas antarabangsa, syarikat itu telah menyaksikan sendiri beberapa 'black swans' yang mampu menenggelamkannya dengan cepat namun semuanya gagal.

Pada tahun 2009, negara-negara Eropah mengalami kejutan susulan dari kemerosotan kewangan tahun 2008. Pertama, sistem perbankan Iceland runtuh, dan kemudian sistem Portugal, Itali, Ireland, Yunani, dan Sepanyol mengikuti jejaknya. Negara-negara tersebut mempunyai bilangan penjawat awam yang besar dan tidak ada sumber untuk membiayainya. Boom –dan indeks Dow pula jatuh secara mendadak. Penurunan itu cukup meranapkan sehinggakan sering dibandingkan dengan The Great Depression. Walau bagaimanapun, FBS terus berfungsi dan bahkan berkembang hingga 50,000 pelanggan dalam satu tahun.

Pada tahun 2014, kenaikan permintaan komoditi secara ironisnya memprovokasi kombinasi di antara penawaran yang berlebihan dan penurunan harga minyak mentah dari $110/tong kepada $5/tong. Ini menjejaskan negara-negara OPEC dan Kanada. Bagi FBS, untuk kali keempat berturut-turut, kami telah memenangi anugerah 'The Best Broker in Asia', melancarkan laman web kami, dan menyambut kedatangan lebih daripada setengah juta pelanggan baru.

Pada tahun 2015, China menghadapi Black Monday setelah saham-saham Shanghai menjunam -8.5%. Ia berlaku kerana pinjaman syarikat-syarikat China melebihi kadar pertumbuhan maksimum yang mampu mereka capai. Selain dari itu, akibat dari ekonomi nasional yang memperlahan, pemerintah memutuskan untuk melemahkan pariti CNY melawan USD. Rancangan itu tidak berjaya, dan indeks saham China kehilangan 30% nilainya dan menyebabkan penjualan besar-besaran di pasaran kewangan global. Sekali lagi, FBS berjaya bertahan! Kami dengan cepat berkembang hingga mempunyai satu juta pengguna, mendapat 11 anugerah antarabangsa, dan meningkatkan perolehan syarikat lebih dari dua kali ganda.

1_001.jpg

Kami boleh teruskan dengan peristiwa-peristiwa lain yang telah melanda pasaran selama ini, tetapi saya rasa anda sudah pun dapat logik yang ingin disampaikan — FBS masih ada di sini dan tidak akan ke mana-mana dalam masa terdekat. Sepanjang sejarahnya, FC Barcelona terpaksa menyesuaikan diri dengan perubahan lingkungan dan keluar dari masa-masa yang mencabar sebagai sebuah entiti yang lebih kuat dari sebelumnya.

Momen sukar yang pertama adalah pada tahun 1908. Bola sepak masih popular sebagai hobi. Namun, untuk kelab-kelab yang diperbadankan, sukar untuk menampung semua keperluan kewangan yang berkaitan. Jadi, setibanya bulan Disember, masa depan FC Barcelona sungguh malap sehingga ia dijangka akan lenyap begitu sahaja. Kalau bukan kerana Joan Gamper, pengasas Club, kita tidak akan melihat pasukan yang hebat ini sekarang. Beliau menjadi presiden dan pergi dari pintu ke pintu untuk mendapatkan sokongan dari semua bekas ahli. Tidak lama kemudian, Barca mendapat tajaan yang cukup untuk bertahan.

Satu lagi zaman sukar telah pada tahun 1925. Ia adalah permainan sumbangsih dengan Jupiter di mana satu kumpulan pancaragam Britain telah diminta untuk bermain. Malangnya, pilihan senarai lagu mereka mengundang masalah. Mereka telah memilih lagu kebangsaan Sepanyol di ketika negara itu sedang berada di bawah pemerintahan diktator Primo de Rivera. Untuk menyatakan protes mereka, beberapa orang penonton mulai bersiul, dan pihak berkuasa telah menutup Club selama enam bulan, yang mendatangkan masalah kewangan untuk FC Barcelona. Nasib baiklah, dengan sokongan para peminat dan pemain, pasukan ini berjaya mengatasi masa-masa sukar ini.

Perang Saudara Sepanyol tahun 1936-1939 sangat meranapkan bagi negara Sepanyol, dan pasukan ini harus mencari jalan untuk bertahan menghadapi tempoh sukar ini. Barça telah bersetuju untuk membuat kunjungan kembara ke Mexico dan melawat AS. Keuntungan dari trip itu disimpan untuk membina semula Club selepas perang.

Jadi anda boleh saksikan di sini bahawa tidak kira apa yang berlaku kepada pasukan ini sepanjang sejarah mereka, FC Barcelona tidak pernah berputus asa!

Apabila Krisis Menjelma — Kami Membantu

FBS dan FC Barcelona sentiasa mengutamakan perpaduan dan kasih sayang. Dalam menghadapi penularan wabak CoViD-19, syarikat melabur usaha mereka untuk menyokong populasi yang paling rentan. Mereka membantu mengatasi krisis semasa dengan menyediakan bekalan ke hospital-hospital dan kumpulan sosial yang kurang mendapat perhatian tanpa mempedulikan virus yang sedang menular ganas.

FBS telah melancarkan promosi Berdagang Untuk Beramal untuk memberi inspirasi kepada anda agar bersatu di atas satu tujuan yang baik dan menyumbang kepada pemulihan global. Kami menggandakan tiga kali ganda setiap deposit anda di aplikasi FBS, dan anda berdagang untuk memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan. Keseluruhan spread dan komisen rakaniaga dari pesanan yang anda tutup akan diserahkan kepada sembilan organisasi amal di Malaysia, Afrika Selatan, Indonesia, Columbia, dan Yaman. Sebagai contoh, bersama dengan Angel Network Foundation dari Afrika Selatan, FBS akan menyediakan bungkusan makanan, penjagaan kebersihan, sabun, detergen, dan makanan tambahan multivitamin untuk keluarga yang kurang berkemampuan.

Selain itu, kami telah mengirim topeng mulut, sarung tangan, dan alat pelindung diri (PPE) lainnya ke Rumah Sakit Soreang di Bandung, Klinik Pratama Bandung, Rumah Sakit Borromeus Bandung, Rumah Sakit Bayu Karta di Karawang, Pusat Kesihatan Masyarakat Tasikmalaya. Dan kami merancang untuk meluaskan bantuan ke lebih banyak tempat di Indonesia.

1_003.jpg

FC Barcelona juga aktif menyumbang untuk kesejahteraan dunia. Melalui Yayasan Barça, Club menyokong Dana Anti-Pandemik Global yang dilancarkan oleh Tencent. Dana ini bertujuan menyediakan bekalan penjagaan kesihatan kepada institusi-institusi perubatan. Yayasan Barça dan Tencent bersetuju bahawa Yayasan akan menguruskan dan mengagihkan sebahagian bahan-bahan ini di Catalonia. Mereka telah pun mengirim penghantaran pertama dengan 15,000 set PPE ke hospital-hospital Catalan.

Di antara langkah-langkah lain, Club telah membuka prasarananya untuk digunakan oleh pihak berkuasa kesihatan. Mereka kini menjadi tuan rumah pasukan penyelidikan yang mengumpulkan sampel untuk vaksin CoViD-19. Inisiatif penting lain yang dilancarkan oleh Barça adalah 'T'Acompanyem a casa' (Kami menemani anda di rumah). Ini adalah program kesedaran di mana sukarelawan Palang Merah memberi tahu kepada warga yang berusia mengenai virus ini dan membantu berkenaan sebarang masalah kesihatan yang mungkin timbul.

Kami Mengambil Berat Tentang Duduk-Di-Rumah

Kami faham bagaimana pengasingan diri sangat janggal buat kita semua. Untuk membantu orang ramai terus melakukan kegiatan rutin dan menghabiskan masa mereka di rumah, FC Barcelona dan FBS berusaha membuat penyokong mereka sibuk dan terhibur.

FBS telah menganjurkan Trading Bootcamp — sekolah perdagangan dalam talian untuk pemula baru dan pedagang berpengalaman yang ingin meningkatkan kemahiran mereka dan belajar dari penganalisis terbaik FBS. Anda boleh ambil empat kelas di Facebook. Masing-masing merangkumi topik utama FX seperti cara untuk memanfaatkan berita, analisis teknikal, mindset seorang juara, dan lain-lain. Sebaik sahaja anda lulus semuanya, anda akan mendapat sijil.

1_004.jpg

Barça Innovation Hub membuka kursus dalam talian yang dikhaskan untuk pelbagai tema sukan. Yuran penyertaannya dipotong setengah harga, dan semua dana yang dikumpulkan dari penjualan akan disumbangkan untuk projek-projek yang membantu memulihkan darurat kesihatan.

Tambahan lagi, anda boleh mengikuti #Culersathome di media sosial. Bekerja dengan pemain Barca terbaik, pelajari cara-cara membuat Lionel Messi dari tanah liat, dan menghiasi rumah anda dengan jersi pasukan.

FBS juga turut menawarkan anda untuk berehat dan bergembira. Cubalah peraduan terbaru kami — Barça Striker! Ambil tendangan penalti, menangi bonus perdagangan dari FBS dan cuba nasib anda dalam mendapatkan hadiah utama — jersi FC Barcelona yang ditandatangani oleh para pemainnya. Ceria-ceria selalu dan #tradesafe.

Bersama Kita Mampu Lakukannya!

Kita tempuhi fasa ini bersama-sama — dengan anda dan seluruh dunia. Bersatu, kita akan mengatasi semua kesukaran dan akhirnya menjadi versi diri kita yang lebih baik. Sementara itu, setia bersama pemain-pemain yang paling layak diandalkan — FBS dan FC Barcelona. Belajarlah bersama kami, berehat sambil mengasingkan diri, dan percaya pada masa depan yang lebih baik yang sedang menanti kita tidak jauh di hadapan!

Baca lebih lanjut

  • 2439

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera