1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Kenapa anda masih belum jadi jutawan lagi
2023-11-20 • Dikemaskini

Kenapa anda masih belum jadi jutawan lagi

Sebuah walkthrough tentang 5 fasa yang ditempuh menuju karier perdagangan yang sukses

hat.jpg

Semua orang pasti mahu berjaya – atau sekurang-kurangnya menikmati kehidupan sepuas-puasnya, dan seringkali ia memerlukan wang. Sekali-sekala, Elon Musk mampu membuka sebotol champagne bernilai sebulan gaji kita, sementara yang lain pula… hmm, tidak mampu melakukan yang sama. Dalam pencarian untuk sumber pendapatan tambahan, ramai yang menoleh kepada perdagangan.

Forex dikelilingi oleh mitos, salah tanggapan dan kebimbangan. Para pedagang pemula (beginners) memulakan jihad menuju kejayaan perdagangan dengan menempuh 5 fasa – baca walkthrough kami dan bersedialah untuk membuat wang!

mill-01.jpg

Secara keseluruhannya, berdagang Forex terlalu rumit dan mengambil masa yang panjang

Dari sudut teknikal, perdagangan adalah agak ringkas. Idea keseluruhannya, boleh dijelaskan secara mudah sebagai membeli ketika murah, menjual bila lebih mahal – namun pasti sekali ada banyak lagi perkara yang perlu diambil kira. Dan perkara-perkara inilah yang biasanya menjadi kerisauan para pemula.

Kini perdagangan sudah tidak kelihatan seperti filem "Wolf of Wall Street" lagi. Malah, ia kini suatu proses yang mudah difahami, yang semua orang boleh kuasai jika ada sedikit kesabaran. Kebanyakan pedagang perlukan dua atau tiga jam di MetaTrader untuk memahami bagaimana ia berfungsi. Tambah sedikit lagi masa untuk mempelajari instrumen asas perdagangan dan pasaran itu sendiri – anda sudah mampu berdagang sendiri.

Selepas anda membuka akaun di FBS, tibalah masa untuk membuka pesanan pertama anda di MetaTrader. Semua antaramuka aplikasi agak mudah difahami – terutamanya jika ada yang membimbing.

mill-02.jpg

Prestasi saya agak baik di akaun Demo, tetapi saya takut untuk berpindah kepada deposit sebenar

Akaun Demo adalah cara yang baik sebagai langkah pertama, tetapi anda harus ingat bahawa akaun ini tidak real. Justeru, rasa tanggungjawab ke atas deposit demo anda adalah rendah, lalu tindakan anda juga kurang terkawal – apatah lagi anda beraksi dalam suasana berlatih.

Latihan dan pembelajaran pasaran yang sebenar ada di perdagangan sebenar. Hanya bila anda beroperasi dengan pelaburan sebenar dan memantau perubahan pasaran terkini, baharulah anda menyadari apa itu perdagangan yang sebenarnya, bagaimana anda boleh mengidentifikasi indikator dan bila anda perlu bertindak untuk berjaya. Kesilapan memang tidak boleh dielakkan, ia memang alami dan boleh diminimumkan menerusi pengurusan risiko dan penggunaan maklumat yang anda ada secara bijak.

Di FBS, kami membekalkan para pedagang baru kami dengan maklumat yang sangat berguna dan popular Bonus Alu-aluan $50. Ini cara yang terbaik untuk membiasakan diri dengan pasaran, MetaTrader dan syarikat broker anda: dapatkan $50 percuma anda dan terus berdagang tanpa sebarang modal permulaan. Anda tidak akan rugi apa-apa – tetapi ada banyak yang boleh dicapai.

Tip untuk pemula baru:

Tiada satu pelan yang sesuai untuk setiap orang. Untuk mengetahui apakah strategi yang paling selesa buat anda, matlamat dan pendekatan anda, mulakan tabiat mencatat diari perdagangan. Rakam semua pesanan anda di situ, bila anda membukanya dan mengapa, bila anda menutupnya, apakah indikator yang anda gunakan untuk mengenal pasti langkah yang betul. Tandakan urusniaga yang sukses dan yang gagal, dan analisa mereka selepas itu. Ini akan membantu anda memahami bagaimana strategi anda berfungsi dan jika ia perlukan penambahbaikan.

mill-03.jpg

Saya tidak ada wang yang banyak, dan itu bererti saya tidak boleh membuat wang yang banyak. Berbaloikah saya bertungkus lumus?

Perdagangan Forex mempunyai satu sifat yang bagus: anda boleh bermula dengan berapa pun modal permulaan, dan pelaburan yang kecil mempunyai kelebihannya sendiri. Pelaburan yang munasabah membolehkan anda mengumpul pengalaman, dan membentuk benteng psikologi yang rintang kerugian.

Bagaimana dengan jumlah keuntungan yang berpotensi diraih – ini boleh diselesaikan dengan leveraj yang baik. Di sini di FBS, kami memberikan pelanggan leveraj tertinggi di pasaran – 1:3000. Ini bererti anda boleh membuka pesanan 3000 kali lebih besar dari deposit anda. Anda boleh bermula dengan jumlah yang lebih kecil, dan tetap sahaja beraksi dengan sukses di pasaran.

Di FBS, anda boleh memilih jenis akaun yang sempurna untuk anda, jenis akaun yang paling memenuhi keperluan anda. Ketahui 5 daripadanya dan gunakan sepenuhnya manfaat-manfaat yang anda dapat.

mill-04.jpg

Saya sudah cuba, dan saya telah gagal beberapa kali. Mungkin ia "tidak ngam" dengan saya,

Peraturan utama di Forex adalah "fikir sebelum buat". Bila anda sudah mula belajar Forex, anda akan terkesima dengan bagaimana strategi berfungsi dan bagaimana indikator dipengaruhi oleh sangat banyak faktor – rantaian logik pasaran sangat mengasyikkan.

Namun berhati-hati: adakalanya para pedagang lemas dalam lautan informasi, mereka hilang fokus terhadap objektif pokok – mencari masa yang sesuai untuk membuka dan menutup pesanan. Jangan cuba untuk gunakan semua strategi yang anda pernah pelajari, pilih satu untuk difahamkan dan berusahalah dengannya, kemudian baru beralih kepada yang lain jika perlu.

Berikut ada beberapa tips:

· Asah kemahiran anda dan sistemkan ilmu anda: FBS mengadakan banyak seminar percuma di serata dunia untuk membantu para pedagang mempelajari cara-cara untuk berjaya. Cari satu seminar di kota anda

· Jika anda lebih gemar belajar Forex di rumah, selamat datang kami ucapkan ke kursus online kami: Sertai webinar-webinar FBS yang diadakan oleh para penganalisa kami dan perkuatkan maklumat yang baru dipelajari dengan teori dan kemahiran praktikal dari artikel-artikel pendidikan kami. Lihat bila webinar seterusnya diadakan

· Ingat tentang pengurusan risiko – ia membolehkan para pedagang untuk membuat keuntungan walaupun hanya 30% yang berjaya. Tanpa Renti Rugi (Stop Loss) perdagangan anda seperti tren yang bergerak dengan kelajuan maksimum menuju ke bawah bukit. Baca segalanya yang anda perlu tahu tentang pengurusan risiko di sini – dan lihat juga salah satu video pendidikan yang dibuat oleh penganalisa kami.

mill-05.jpg

Baiklah, saya sudah faham dan saya mahu buat wang di Forex! Tapi saya tidak mahu risikokan terlalu banyak…

Dalam perdagangan Forex, ada banyak perkara yang perlu diambil kira dalam perhitungan, dan walaupun kebanyakan perkara boleh diramal, masih ada ruang untuk perkara luar jangka atau kesilapan mudah.

Pengurusan risiko dan kawalan emosi sangat membantu dalam merancang sesi perdagangan anda dan menjaga kejernihan minda bila membuat keputusan. Namun sebelum itu anda perlu memutuskan matawang apa yang nda mahu dagangkan. Pasangan matawang yang dipilih memainkan peranan besar, termasuk risiko yang mungkin muncul.

Tips:

Jika anda mahukan permulaan yang lancar, anda mungkin mahu bermula dengan pasangan yang kurang berisiko: pasangan major dengan USD biasanya lebih stabil, begiut juga dengan pasangan-pasangan JPY. Jauhi dari pasaran minyak – sekurang-kurangnya buat masa ini. Masa yang sesuai pasti akan tiba untuk menguasai pasaran minyak!

Buat duit seperti seorang Boss – jadilah seorang Boss!

Perdagangan Forex bukanlah seekor naga mistik yang seorang pedagang harus kalahkan dengan pelbagai helah. Perdagangan Forex adalah sebuah sistem, yang mempunyai banyak komponen, tetapi semuanya boleh difahami dan dikuasai dengan bantuan sedikit masa, kesabaran dan semangat yang tinggi.

5 fasa ini adalah lazim bagi setiap pedagang, walaupun yang terhebat di antara kita – dan mereka menjadi hebat kerana mereka tidak berputus asa. Tumpukan kepada matlamat anda, gunakan ilmu dan kemahiran yang anda bina dan terokai segala peluang yang diberikan oleh Forex. Ingat, ramai orang yang berjaya untuk berdagang – ini bermakna anda juga boleh!

MASA UNTUK BERDAGANG

  • 11766

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera