07.02.2018

Nishi Kanie, pedagang FBS dari Jepun menjelaskan bagaimana beliau berdagang dengan menguntungkan

Kami suka melihat para pedagang kami berjaya, dan gembira bila mereka kongsikan pengalaman dengan orang lain. Nishi Kanie adalah seorang pedagang berpengalaman dari Jepun yang ingin berkongsi kepada kita, bagaimana beliau mula berdagang dan bagaimana beliau mencapai keberuntungan.

Sila beritahu kami tentang diri anda. Bagaimana dan mengapa anda mula berdagang?

Nama saya Nishi Kanie. Saya berumur 30 tahun dan saya berdagang Forex serta Saham. Saya telah memulakan karier pelaburan saya sebagai pelajar, cuba untuk mencari sedikit wang tambahan untuk diri sendiri.

Pada mulanya sukar untuk membuat keuntungan. Saya telah rugi sejumlah wang pada permulaan, tetapi kemudian bila saya jadi lebih berpengalaman, saya mula memperoleh pendapatan sekali sekala, dan saya benar-benar menyukainya. Jadi saya putuskan saya mahu mencari rezeki menerusi bidang pelaburan.

Apakah bidang pelajaran anda di universiti? Adakah anda pedagang sepenuh masa, atau ia hanya pendapatan sampingan buat anda?

Saya ambil jurusan Ekonomi Antarabangsa di universiti dan sekarang seorang pedagang sepenuh masa. Saya gemar berdagang pasangan major seperti EURUSD dan USDJPY, dan adakalanya saham dan matawang kripto.

j2.png

Apakah bahagian yang paling sukar bila belajar berdagang? 

Bagi saya, bahagian paling sukar adalah untuk membina peraturan saya sendiri. Saya telah belajar menerusi banyak kegagalan dan kerugian, betapa pentingnya untuk mempunyai peraturan bila berdagang. Anda tidak boleh banyak bergantung kepada nasib, untuk mendapatkan hasil yang anda mahu, anda perluakn strategi. Anda fikir pelaburan bukanlah bidang untuk anda bila anda kerugian, tetapi pokoknya anda harus konsisten untuk menghasilkan keuntungan.

Apakah yang anda suka lakukan selain dari berdagang?

Saya suka pergi ke gim setiap hari. Saya percaya ia penting untuk sentiasa cergas dan sihat. Sewaktu beriadah, saya suka memantau pasaran, supaya tiada masa yang terbazir.

Haha, maaf.

Jangan, saya fikir itu bagus sekali! 

Apakah pernah ada ketikanya bila mana anda putuskan berdagang tidak sesuai untuk anda?

Saya masih ingat dengan jelas waktu di mana saya telah gunakan wang belanja saya yang tidak seberapa untuk berdagang, kerana saya telah rugikan dana pelaburan tersebut kerana berdagang secara emosi. Ia sudah lama berlalu, saya telah ciptakan peraturan untuk diri saya sendiri dan telah menghasilkan banyak keuntungan sejak dari itu. Tetapi saya tahu saya tidak akan untung jika saya berhenti pada waktu itu.

Apakah yang anda cadangkan untuk mereka yang mungkin berada di dalam situasi yang sama?

Saya cadangkan para pedagang untuk mengakaji dagangan silam mereka dan mencari kesilapan mereka: indikator-indikator, volume pesanan, situasi kewangan dan psikologi. Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan kerugian ketika melabur, namun jika anda berjaya mengatasi mereka, ia boleh mendatangkan keuntungan berterusan. Perkara penting kedua adalah untuk mempunyai strategi pengursan wang yang betul dan mantap, dan ia harus mengatasi sebarang motivasi emosional anda. Bila bercakap tentang pengurusan wang, promosi-promosi FBS emmpunyai banyak tawaran bagus kerana anda boleh mengurangkan risiko dan mendapatkan keuntungan di samping perdagangan anda.

Apakah yang Forex tawarkan untuk anda?

Wang, tentunya. Di samping itu, berdagang memberikan saya keseronokan dan fokus. Saya tak boleh hendak memanggilnya "kerja" kerana ia tidak pernah membosankan.

Apakah nasihat anda untuk pedagang baru?

Berdaganglah dengan wang sebenar, dan alami sendiri kerugian dan keuntungan yang sebenar.

Mengapakah anda fikir itu penting?

Perdagangan demo tidak akan memberikan anda pengalaman yang sama seperti wang sebenar. Kini, anda boleh berdagang dengan jumlah wang yang kecil dan kerugian terhad kepada amaun deposit, sekurang-kurangnya di FBS. Berdagang dengan wang sebenar dan melihat angka-angka sebenar boleh memotivasikan anda untuk mengkaji dan berfikir dengan lebih mendalam. Ia sangat berbeza dengan demo. Tetapi untuk newbie demo akan membantu anda memahami asas-asas. Jika anda konsisten dengan perdagangan anda dan telah mendapat pengalaman dan ilmu, anda akan menjadi pedagang yang mampu membuat keuntungan.

Bagaimanakah anda mula membuat keuntungan? Apa strategi yang anda gemari?

Semuanya berkaitan dengan pengalaman. Lebih banyak anda berdagang - anda akan jadi lebih mahir. Tetapi jika perlu untuk saya berikan satu contoh, % keuntungan saya telah meningkat dengan banyak bila saya mulai berhenti meragui untuk menutup posisi yang rugi, jadi saya boleh fokus kepada posisi dengan keuntungan yang lebih besar dan bergerak ke peluang seterusnya.

Berapa banyak masa yang anda luangkan untuk berdagang?

Kurang dari 5 jam sehari. Dan saya suka luangkan beberapa jam membaca dan mengkaji data atau berita baru.

Apakah "gaya hidup perdagang" menurut pendapat anda?

Saya rasa sebahagian besarnya adalah kebebasan. Setiap orang adalah berbeza, jadi kebebasan termanifestasi secara berbeza di kehidupan setiap pedagang. Contohnya, saya bersederhana di dalam kehidupan, tetapi saya sayang kereta saya. Yang di sebelah kanan adalah kereta lama saya, dan yang di kiri adalah yang baru. 

carsj.png

BERDAGANG SEKARANG

29.01.2018

6 mitos yang paling lazim tentang perdagangan Forex

Di sini kami telah menghimpunkan beberapa mitos yang lazim tentang perdagangan Forex. Sebahagian darinya mungkin anda pernah dengar, tetapi kami telah putuskan untuk memberikan penerangan yang lebih ringkas untuk mereka yang mungkn alah dengan butiran teknikal.

Anda percaya dengan mitos-mitos tersebut? Baca dan beritahu kami apa yang anda fikirkan di dalam ruang komentar di bawah.

#1 Anda boleh mencapai kadar keberuntungan 100%

Kerugian adalah natijah yang tidak boleh dielakkan dalam perdagangan, dan setiap sistem/pedagang pasti pernah menghadapinya. Malangnya, kesempurnaan mustahil dicapai, para pedagang yang terbesar pun tetap akan pernah kerugian. Ada ribuan para peserta yang tidak dikenali di dalam pasaran. Setiap dari mereka mempunyai sasaran yang anda akan mampu ketahui. Seseorang pedagang dianggap telah melakukan kesilapan hanya jika beliau gagal mengikut pelannya, tanpa mengira keputusan  perdagangannya (untung atau rugi).

Peluang untuk untung itu wujud hanya kerana wujudnya kebarangkalian untuk rugi. Tanpa risiko, keuntungan mustahil dicapai.  Jika anda pelajari fundamental, telah membina strategi yang bagus, berdagang patuh kepada strategi dan menguruskan risiko dengan baik, akaun anda akan berkembang saiznya.

#2 Sebuah sistem yang bagus boleh digunakan di rangka masa yang berlainan, dan tetap menguntungkan

Pasaran mungkin bersifat 'fraktal' sehingga satu tahap, tetapi pola harga pada rangka masa lebih panjang adalah berbeza secara kualitatif jika dibandingkan dengan yang di rangka masa lebih pendek. Ini cenderung disebabkan oleh faktor-faktor makroekonomi, keratan rentas peserta, pemurataan kolektif yang lebih besar, kecairan yang diperlukan oleh para pemain heavyweight,  kesan relatif pengumuman berita, faktor sesi, dsb. Anda tidak boleh mengubah rangka masa strategi dan berharap ia memberikan hasil yang sama.

#3 Adakah benar tuah boleh habis?

Setakat ini tiada bukti saintifik bahawa jika anda telah membuat keuntungan, anda akan cenderung untuk tidak lagi untung di dagangan-dagangan seterusnya. Berhenti hanya kerana anda telah membuat keuntungan (untuk mengelak dari berdagang sewaktu sudah "kehabisan tuah") adalah berdasarkan kepada kerisauan yang khurafat. Jutaan pedagang mendapat keuntungan dan kerugian setiap hari, pasaran tidak akan mengubah tindak tanduknya hanya kerana disebabkan oleh seorang pedagang.

Secara mudahnya, peluangnya kekal sama hasil dagangan anda menambah atau mengurang, pada bila-bila masa. Tindak tandung dan kebarangkalian pasaran tidak akan berubah hanya kerana anda sudah menang atau kalah beberapa kali berturut-turut.

#4 Adalah lebih baik untuk fokus kepada satu atau dua pasangan major.

Ia mungkin berkesan untuk sesetengah orang, tetapi biasanya para pelabur berpengalaman menasihatkan untuk mempelbagaikan portfolio anda. Ini membantu menguruskan risiko dan juga berguna dalam berdagang.

Sebagai contoh, menggandingkan matawang yang terkorelasi secara paling negatif (paling kuat melawan yang paling lemah) memberikan kebarangkalian menangkap gerakan yang paling kuat dan kemas.

Sebagai contoh, jika GBP/USD dan USD/JPY kedua-duanya sedang dalam trend menaik, dan GBP > USD > JPY, maka GBP/JPY akan berada dalam trend menaik dengan kecerunan yang lebih curam lagi.

#5 Menambah lebih banyak saringan (filter) kepada carta akan mempertingkat perdagangan anda

Semua indikator berasaskan kepada harga (dan dalam sesetengah kes, volum). Ini bererti menambah lebih banyak indikator kepada rangka masa yang sama tidak semestinya akan memberikan pengesahan yang berasingan, atau memberikan nilai tambahan. Tentu sekali, seseorang pedagang itu pasti akan masuk berdagang pada suatu kandil, dan dia boleh masuk pada kandil yang lebih awal atau kemudian hanya dengan mententukur (recalibrating) mana-mana indikator sedia ada.

Indikator-indikator non-linear (yang bertujuan untuk mengurangkan lamban (lag) dan lajakan (overshoots) tanpa mengorbankan kelicinan) tidak semestinya lebih superior dari indikator konvensional. Percubaan untuk memasuki pasaran lebih awal boleh membawa kepada entri yang menangkap pembetulan minor di dalam trend, berbanding dengan pembalikan skala penuh yang dikehendaki.

#6 Semua Pergerakan Harga Adalah Rawak

Ramai pedagang dan penganalisa telah memikirkan tentang perkara ini. Adakalanya ia kelihatan seperti apa sahaja yang anda lakukan, pasaran tetap sahaja tidak boleh diramal. Ramai yang telah terperangkap dengan pola fikir sebegini, namun kita akan terus bersikap rasional dan cuba menganalisa apa ertinya jika ini adalah benar.

Bayangkan jika semua jenis analisis adalah tidak berguna, semua sistem akan mempunyai jangkaan jangka panjang sifar, semua penyata Untung Rugi akan jadi rawak dan semua pedagang akan akhirnya kerugian. Ini bunyinya seperti malapetaka dan dalam masa yang sama tidak realistik.

Ramai pedagang yang cekap sudah pun tahu bahawa ini pastinya tidak benar, tapi mari kita kumpulkan bukti betapa ia tidak rawak untuk mereka yang ragu-ragu.

- Lonjakan besar harga yang berlaku selepas pengumuman berita

- Penstabilan harga atau pengambilan untung cenderung berlaku sebaik selepas tanjakan harga akibat berita.

- Para pedagang cenderung meletakkan stop-stop mereka sebaik selepas titik swing.

- Kemeruwapan sering mereda dengan signifikan bila pasaran menantikan pengumuman berita besar, dsb.

Bagaimana pun, fakta yang mengatakan bahawa wujud sifat tidak rawak tidaklah secara automatik bermakna para pedagang boleh mengeksploitnya untuk keuntungan pada setiap masa. Pepaku (spikes) yang terjadi ketika berita merah diumumkan adalah salah satu contohnya.

Pernyataan "Semua Pergerakan Harga Adalah Rawak" adalah salah. Ia sudah dibuktikan dan secara matematiknya memungkinkan keuntungan dijana secara sistematik menerusi perdagangan. Apa yang tampak seperti rawak, sekali imbas, barangkali hanyalah kekurangan maklumat atau ilmu pengetahuan.

Gunakan pengetahuan anda

29.01.2018

Horoskop kewangan mingguan

1.png

    

Aries

Minggu ini mungkin berbahaya untuk anda di mana anda boleh kehilangan kerjasama kewangan yang menguntungkan, berhati-hatilah. Sabtu adalah hari yang baik untuk perbincangan pentingan tentang wang dengan rakan kongsi/niaga. Hari Ahad cuba untuk tidak melakukan pembelian yang tidak perlu.

2.png

Taurus

Untuk membuat wang pada minggu ini, cuba untuk bina kerjasama yang bagus dengan bos-bos anda. Fikirkan tentang mencipta imej positif dan belanjakan wang untuk membeli objek status yang baru, contohnya 'business suit'. Kerja keras pada hari Selasa kerana hari ini tampak produktif dari segi kewangan.

3.png

Gemini

Pada permulaan minggu anda harus ambil berat tentang diri sendiri, bukan tentang rakan-rakan atau rakan sekerja anda. Tumpuan kepada diri sendiri membantu anda mencari cara baru membuat wang. Rabu bukan hari yang baik unutk apa-apa urusan perniagaan, jadi abaikan semua urusniaga.

4.png

Cancer

Minggu ini sangat penting buat anda - cara anda bertindak akan mempengaruhi keseluruhan tahun kewangan anda. Ia akan menjadi minggu yang ideal untuk membayar semua hutang dan memulangkan barang-barang yang dipinjam. Yang bagusnya, anda dikelilingi oleh rakan-rakan yang boleh diharapkan, yang akan menyokong anda di sebarang pemulaan projek kewangan.

5.png

Leo

Minggu ini adalah minggu untuk anda analisa perasaan dan emosi, bukannya urusan wang. Anda akan belanjakan wang untuk hadiah bagi orang-orang tersayang. Jangan jual apa-apa minggu ini, anda tidak akan mendapat harga yang baik. Hari minggu adalah masa terbaik untuk memulakan operasi kewangan baru.

6.png

Virgo

Minggu ini akan membawakan peluang-peluang berkaitan bisnes yang agak baru untuk anda cuba sendiri. Jika anda memikirkan tentang bertukar pekerjaan - masanya adalah sekarang! Tetapi berhati-hati, jangan percayakan orang baru, ambil sedikit masa untuk kenali mereka lebih rapat dahulu.

7.png

Libra

Minggu kewangan ini akan sangat produktif untuk anda – ada banyak urusniaga bisnes, beli dan jual sesuatu, melabur di dalam projek-projek yang menguntungkan. Mungkin anda akan menemui sumber pendapatan baru. Pada hari Ahad jauhkan diri dari membeli objek-objek mahal yang anda tidak perlukan.

8.png

Scorpio

Minggu ini gunakan semua pengetahuan dan tenaga anda untuk menyelesaikan tugasan-tugasan kewangan. Jangan tangguhkan hal-hal penting ke keesokan harinya, pantau dan tangani dengan cekap dan pantas. Hari kewangan terbaik adalah hari Selasa, terutamanya sebelah petang dan malam, tetapi awas jangan lakukan keputusan terburu-buru.

9.png

Sagittarius

Sagittarius, anda berada di dalam tenaga aliran tunai minggu ini. Namun anda jangan sampai hilang arah. Segalanya terpulang kepada anda. Jika anda pandai mengawal arus ini, anda akan menerima ganjaran besar untuk usaha anda. Belajar untuk bertenang di situasi yang sukar.

10.png

Capricorn

Minggu ini boleh mendatangkan bahaya di mana anda mungkin kehilangan kerjasama kewangan yang menguntungkan, maka berhati-hatilah. Sabtu adalah hari yang baik untuk perbincangan tentang duit dengan rakan kongsi/niaga anda. Pada hari Ahad, cuba untuk tidak membuat pembelian yang tidak diperlukan.

11.png

Aquarius

Minggu ini anda harus lebih proaktif di tempat kerja. Lakukan apa yang diperlukan dan jangan pedulikan orang-orang yang meragui anda. Di separuh kedua minggu, berhati-hati dengan penipu wang yang akan membuat tawaran palsu yang menggoda.

12.png

Pisces

Minggu ini adalah ideal untuk mengetepikan wang bagi akaun simpanan. Nanti anda akan mendapat keuntungan yang baik kerana ini. Di separuh kedua minggu, anda akan menerima tawaran menguntungkan untuk kerja jarak jauh, mungkin ia berkaitan dengan syarikat antarabangsa.

Gunakan pengetahuan anda

26.01.2018

Mari kita selidik, siapakah Sifu Forex sebenar dan di mana boleh kita temui beliau?

Ramai orang-orang biasa dan pedagang-pedagang baru tidak mempunyai idea tentang siapa itu Sifu Forex. Apakah ia pesona licik yang hanya mahu mengambil kesempatan dan faedah dari perdagangan anda atau apakah beliau seorang pedagang berkaliber yang bersedia untuk membantu dan berkongsi pengalamannya dengan anda? Tentunya yang kedua lebih hampir dengan kenyataan. Namun oleh kerana Sifu Forex tidak berkebolehan untuk terbang sambil memakai kostum ketat seperti adiwira, persoalan terbesar kekal "Bagaimana kita boleh mengenal mereka dan di mana boleh kita temui Sifu sebenar?" 

Secara amnya, Sifu adalah pengajar dan pembimbing intelektual dalam hal-hal yang fundamental. Jika mencari mentor yang boleh diharapkan, sila ingati bahawa perdagangan Forex bukanlah tentang meramalkan apa yang akan berlaku seterusnya. Ia adalah tentang mempunyai sistem yang berkebolehan. Jangan percayakan seorang guru tanpa rekod prestasi, kerana biasanya para pedagang seperti itu mahu menyembunyikan kegagalan sendiri dan terus menyediakan servis mengajar dan perdagangan kelas dua. Saya pasti anda akan berhati-hati dalam memilih Sifu perdagangan, namun beberapa petua untuk mengesan penipuan pastinya boleh dimanfaatkan. 

Pertama sekali, berhati-hati dengan mereka yang konon-kononnya Sifu yang suka post dengan kerap, tetapi semua setup mereka adalah selepas kejadian. Ini bermakna perdagangan sudah pun berlalu dan ia menunjukkan kejayaan jika anda mengikut strategi beliau. Sesiapa pun boleh melakukan perkara yang sama dengan berdagang secara ke belakang. Tindakan sebegitu tidak ada apa-apa makna kecuali untuk mengelirukan massa.

Satu kumpulan Sifu palsu yang lain cenderung untuk post sebilangan setup perdagangan. Bagaimana pun dari semua setup yang mereka post, hanya sebahagian sahaja akan menjadi perdagangan yang untung. Bakinya yang lain merugikan. Bila dagangan yang menguntungkan diperoleh, mereka akan menjajanya di serata internet. Memberikan tanggapan bahawa mereka adalah sangat tepat dan jitu, tidak mengalami sebarang kerugian. Apa yang berlaku pada dagangan yang rugi? Mereka sembunyikan dan tutup mulut mengenainya. 

Golongan Sifu palsu yang terakhir lebih pintar dari yang sebelum-sebelumnya. Mereka berperangai yang sama kecuali golongan ini ada juga post kerugian mereka. Sebagai contoh, mereka post 10 dagangan dan hanya mempunyai 3 dagangan yang untung dan 7 yang rugi. Mereka akan pusing keliling kota menjaja 3 dagangan yang menguntungkan itu, tetapi bila berkaitan dengan perdagangan yang merugikan hanya 1 dari 7 akan disebut. Ini justeru memberikan tanggapan bahawa mereka jujur dan berkredibiliti. Mereka lupa, kita ini pun bukanlah bodoh.

Kita tahu bahawa salah satu contoh terbaik pengesahan servis perdagangan yang memeriksa dengan pelayan untuk memastikan sang pedagang jujur tentang dagangan mereka disediakan oleh perkakas analitik terautomasi Myfxbook. Anda tidak sepatutnya mempercayai sesiapa pun yang menawarkan servis tanpa mengemukakan laporan prestasi yang disahkan. Myfxbook mempunyai beberapa kaedah untuk mengelak manipulasi perdagangan: anda masih boleh meletakkan Myfxbook yang sudah dimanipulasi di laman web, tetapi Myfxbook akan menandakannya dan terpulang kepada para pedagang lain untuk mengiktiraf tanda ini atau tidak.

Mungkin cerita saya tentang para penipu ini sudah mencukupi. Sekarang waktunya tiba untuk kita bercakap tentang para pedagang super profesional yang nasihatnya akan banyak membantu anda berjaya di dalam perdagangan Forex. Saya tidak mahu membosankan anda dan membebel panjang tentang bagaimana hendak mencari Sifu yang tulen: saya hanya akan memberikan anda senarai Sifu paling ngetop, paling dipercayai dan paling boleh diandalkan. Ikut mereka ini, anda akan mendapat dos harian berita Forex, analisis berwawasan dan sedikit lawak jenaka sebagai selingan.

1. Kathy Lien adalah seorang pengarang antarabangsa dan Ketua Strategi DailyFX.com, salah satu dari laman wbe palign popular di dunia untuk kajian matawang. Seorang penganalisis dan pedagang FX veteran, Kathy mempunyai pengalaman interbank secara langsung. Sebelum menyertai FXCM, Kathy berkerja di bahagian Pasaran Silang dan Perdagangan Matawang Asing di JP Morgan Chase, menggunakan analisis fundamental dan juga teknikal untuk berdagang Forex spot dan opsyen. 

2. Katie Martin adalah ketua fastFT, servis berita terkini The Financial Times. Beliau juga menulis untuk lain-lain seksyen FT, terutamanya berkaitan pasaran. Sebelum itu beliau bertugas di Wall Street Journal dan Dow Jones.

3. John Kicklighter adalah Pakar Strategi Matawang Senior dan ketua DailyFX di New York City dan San Francisco di mana beliau mengkhusus dalam pelakuran analisis fundamental dan teknikal berserta pengurusan kewangan. Beliau telah berdagang secara aktif sejak berumur belasan tahun, pengalamannya mencakupi matawang spot, niaga hadapan kewangan, komoditi, saham dan opsyen, dan semua instrumen ini di akaun peribadinya.

4. Blake Morrow adalah Ketua Strategi Matawang bagi Wizetrade. Blake mempunyai pengalaman berdagang selama lebih 18 tahun dan telah menjadi rakan kongsi di sebuah firma perbrokeran berpangkalan di Dallas dan LiquidTrader Technologies. Pada masa ini Blake membuat analisis bagi ribuan pedagang individu menerusi webinar "The Morning Edge" mencakupi hubungan inter-pasaran dan Forex.

5. Ashraf Laidi adalah pakar strategi bebas pasaran global dengan pengalaman lebih 15 tahun. Beliau adalah pengarang "Currency Trading & Intermarket Analysis" dan pengasas AshrafLaidi.com.

Sekarang anda sudah pun mendapat semua tip-tip dan senarai berharga mengandungi para pedagang paling berpengalaman dan dipercayai di dunia Forex, justeru saya pasti dengan kejayaan masa depan Forex anda. Ambil masa yang diperlukan untuk benar-benar belajar dari Sifu perdagangan terbaik, dan sentiasalah waspada dengan penipu!

22.01.2018

Horoskop kewangan mingguan

1.png

    

Aries

Sama ada anda akan mendapat banyak peluang, atau cuma satu tetapi ia peluang yang besar dan menguntungkan melibatkan wang orang lain. Minggu ini minggu yang bagus untuk buat wang dari pelaburan yang telah dilakukan di masa silam.

2.png

Taurus

Separuh pertama minggu ini, pendapatan dan perbelanjaan anda berkait dengan negara luar dan orang asing. Di separuh kedua pula, pendapatan anda bergantung kepada kualiti hubungan anda dengan boss.

3.png

Gemini

Isnin dan Selasa tidak sesuai untuk usaha baru melibatkan wang orang lain. Minggu ini bagus untuk menyelesaikan urusan-urusan kewangan: pelangsaian hutang, penamatan kerjasama bisnes, agihan hutang.

4.png

Cancer

Pada permulaan minggu, adalah lebih menguntungkan untuk berfikir, bukan bertindak. Fikirkan apa yang tidak sesuai dengan anda untuk situasi kewangan anda dan bagaimana anda harus memperbaikinya. Pada hari Rabu, anda boleh mulakan perubahan dalam hidup anda, termasuklah situasi kewangan.

5.png

Leo

Di permulaan minggu, anda akan habiskan sedikit kerja dan terima wang untuk itu. Rabu akan membawakan sinar harapan berkaitan kerja. Jumaat dan Sabtu, dengar berita untuk dapatkan idea pendapatan baru.

6.png

Virgo

Pada separuh pertama minggu ini, belanjakan wang pada perkara yang membuatkan anda gembira. Jika anda mahu perolehan yang lebih dari perbelanjaan, fikirkan cara untuk menjana wang dari hobi anda. Di separuh kedua minggu, servis-servis yang anda boleh sediakan untuk orang lain boleh menjadi sumber pendapatan anda.

7.png

Libra

Minggu ini terkait dengan peristiwa-peristiwa yang signifikan dan menyenangkan. Situasi kewangan anda akan semakin baik. Mungkin akan ada kenaikan gaji dan pendapatan. Anda akan membeli beberapa benda mahal. Keputusan kewangan anda akan berjaya.

8.png

Scorpio

Peruntukkan minggu ini untuk pembelajaran - buat pelaburan untuk ilmu dan kemahiran baru, dalam masa terdekat anda akan mendapat pulangannya. Pada hari Selasa anda boleh mengambil risiko dan mendapat keuntungan mendadak, tetapi ikut naluri hati dan jangan tamak.

9.png

Sagittarius

Pada hari Isnin dan Selasa, bayar hutang anda. Bulan Lunar baru bermula pada hari Rabu, dan ia dikhususkan untuk sisi materi kehidupan. Anda akan mendapat bisnes baru dan peluang yang baik untuk pendapatan dan kerja yang yang sukses.

10.png

Capricorn

Pada hari Isnin dan Selasa, cuba untuk selesaikan semua urusniaga yang dimulakan tahun lepas. Rabu terkait dengan pelan dan harapan baru. Sebahagian daripadanya berkaitan dengan wang. Mulai Khamis, urusan kewangan anda akan semakin membaik dengan drastik.

11.png

Aquarius

Khususkan bahagian awal minggu untuk menganalisa kewangan anda. Mungkin anda akan mengesan beberapa masalah yang tidak anda sedari sebelum ini. Mulai Khamis, anda akan menikmati waktu-waktu terbaik untuk permulaan baru kewangan - kerja keras dan anda akan terima ganjarannya.

12.png

Pisces

Sepanjang separuh pertama minggu, bersantai dengan rakan-rakan akan mendatangkan perbelanjaan luar jangka. Khamis dan Jumaat sesuai untuk bereksperimen - cuba bisnes baru dan anda mungkin akan mendapat untung. Jangan kerja terlalu kuat dan beri perhatian kepada kesihatan, kerana ia berkaitan dengan kemampuan anda mencari wang.

Gunakan pengetahuan anda

22.01.2018

Kecerdasan Buatan akan mengubah Pasaran selama-lamanya

Awal tahun adalah waktu terbaik untuk bercakap tentang masa hadapan. Selain dari berita-berita ICO yang mendominasi media, anda mungkin pernah mendengar tentang satu lagi subjek hangat – kecerdasan buatan (AI, artificial intelligence). Jika ia tidak kedengaran menarik untuk anda, anda harus fikirkannya semula, kerana tidak kira sama ada anda mahu atau tidak, tidak lama lagi AI akan mengubah hidup anda selama-lamannya.

Kami telah melihat secara mendalam beberapa senario masa hadapan yang dibawakan oleh AI, dan telah menghimpunkan perkara-perkara yang paling akan mempengaruhi para pedagang.

Perlumbaan global AI

Dunia dihebohkan dengan teknologi-teknologi yang kononnya akan dibawakan oleh AI. Wang sudah pun dicurahkan ke dalam AI seperti air terjun dan ia tidak akan mengurang malah hanya akan bertambah di tahun-tahun mendatang. Menurut Bloomberg, AI akan menyumbang sebanyak $15.7 trilion kepada ekonomi dunia pada 2030. Itu sudah lebih dari gabungan KDNK China dan India.

Hampir setiap negara telah mengambil inisiatif untuk bersiap-siap menghadapi era AI. Bukan lagi satu pernyataan remeh untuk mengatakan siapa yang pertama berjaya mencipta dan mengimpelimentasikan AI akan mendapat lonjakan besar dalam ekonomi mereka. Sukar dinafikan, ini pastinya akan memberikan impak ke atas pasaran matawang.

P ms.jpg

Namun jika Rusia pada waktu ini sibuk dengan teknologi autopilot AI, China pula berharap untuk menjadi negara nombor satu di dalam mengeksploitasi teknologi ini sebelum 2030.

AI boleh meningkatkan kadar pertumbuhan tahunanChina sebanyak 1.6 titik peratusan kepada 7.9% sehingga 2035 dari segi nilai tambahan kasar (gross value added), satu proksi yang dekat dengan KDNK, menambah lebih dari $7 trilion menurut Frontier Economics.

"Impak AI ke atas China dijangka besar dan lebih besar dari impak kepada A.S.," Anand Rao, penyelidik AI di PwC.

jbareham_170802_1892_0001b.0.jpg

Sementara itu White House tidak mahu kalah kepada China di dalam perlumbaan ini, menurut beberapa sumber ini mungkin akan terjadi. “Kini, AI adalah perlumbaan dua ekor kuda antara China dan AS. China mempunyai semua ramuan yang diperlukan untuk mendahului. Ini termasuklah dana dari kerajaan, populasi yang besar, komuniti penyelidik yang meriah, dan masyarakat yang tampaknya bersedia untuk perubahan teknologi," Anthony Mullen, pengarah kajian di firma penganalisa Gartner.

AI dijangka akan sangat mempengaruhi ekonomi AS dan ia bukan sahaja di dalam cara yang baik. Produktivi dan pertumbuhan ekonomi yang bertambah baik akan berlaku seiring dengan kehilangan pekerjaan jangka pendek dan panjang. Walaupun kerajaan AS telah pun mengambil beberapa tindakan untuk memastikan penghujung yang positif:

·        Pelaburan dalam R&D AI

·        Pembangunan AI untuk pertahanan siber dan pengesanan fraud untuk mengenal pasti dan bertindak balas kepada ancaman siber yang sentiasa berevolusi, mengesan transaksi kewangan palsu dan mengelak kecurian identiti.

·        Menggalakkan persaingan pasaran dengan memudahkan kemasukan startup dan menyediakan insentif untuk syarikat sedia ada agar memajukan lagi inovasi.

Analitik A.S. menyarankan penggabungan pertumbuhan dan automasi kerana ia akan memperkayakan proses pertumbuhan, termasuk memberikan kesan kepada pertumbuhan masa hadapan dan agihan pendapatan.

Mesin-mesin sudah pun mahir berdagang

Anda mungkin terkejut bila diberitahu bahawa keupayaan mesin untuk mempelajari dan melaras sendiri dana lindung nilai (hedge funds) kini berprestasi jauh lebih baik dari dana perlindungan analisis kuantitatif, malah dana lindung nilai yang diuruskan manusia juga, menurut laporan dari Eurekahedge.

Kehadiran mesin-mesin di pasaran bukanlah perkara baru pastinya, namun kebelakangan ini ia telah mempunyai ketepatan yang luar biasa. Expert Advisor yang lebih pintar dari manusia dan menguntungkan masih belum tiba lagi, tetapi perekembangan teknologi terkini semakin hampir untuk merealisasikan ini dan ia sudah memberikan bayangan apa yang bakal terhadap. Ramai pelabur bersetuju bahawa AI akan banyak membantu, dalam banyak segi, baik penganalisaan, pengiraan risiko, pengunjuran dan mencapai keputusan.

Fotolia_138190153_S.jpg

Sebagai contoh, impak emosi manusia ke atas keputusan perdagangan sentiasa menjadi masalah utama. Menyisihkan faktor manusiawi adalah penyelesaian yang logik untuk ini. Pada masa hadapan para pedagang kebarangkalian besarnya akan menggunakan AI, yang akan membuat keputusan dan melaksanakan dagangan untuk mereka, dan itu pastinya lebih pantas dan lebih efisien dari mana-mana manusia.

Pada masa ini pun mesin sudah berupaya belajar dari memproses jumlah data yang amat besar, biasanya dari data silam. Data-data tersebut terdiri dari pembolehubah yang dipanggil angkubah peramal (predictors) dan juga angkubah sasaran (target variable), yang merupakan kesudahan yang dijangkakan. AI belajar untuk menggunakan angkubah peramal untuk mengira angkubah sasaran. Secara mudahnya, sebuah algoritma mempelajari data silam, mencari trend dan meramal pergerakan seterusnya.

Ada pelbagai strategi yang menggunakan pembelajaran mesin untuk mengoptimumkan algoritma, termasuklah: regresi linear, rangkaian neural (neural networks),  deep learning, mesin sokongan vector dan naive Bayes.

Buat masa ini kita sedang berada di peringkat awal pengadaptasian perkakas ini ke dalam strategi perdagangan kami, yang bermakna peluang adalah cerah untuk menjadi yang pertama mendapat manfaat daripadanya sebelum sebarang komplikasi muncul.

Kesimpulan

Servis-servis kewangan akan menjadi salah satu sektor utama yang bakal berubah besar kerana kecerdasan buatan. Malahan teknologi hari ini di bidang ini sudah pun berupaya merubah hidup kita, ia hanya menanti untuk diimplimentasikan sahaja.

NG ms.jpg

Di sebalik semua kontroversi, kemungkinan adalah cerah bahawa AI akan memberikan kita peluang yang signifikan untuk membuat wang dengan mempengaruhi ekonomi global, dan ia juga akan memperkaya pengalaman perdagangan kita dalam banyak cara.

19.01.2018

Temui sebuah industri perdagangan matawang yang menyeronokkan dengan salah satu Panduan Forex terbaik.

Pastinya anda tidak pernah bayangkan saat hebat di mana anda putuskan bahawa anda akan menjadi seorang pedagang Forex. Pertama sekali, saya mahu katakan betapa saya kagum dan hormat dengan orang seperti anda, sentiasa terbuka dengan peluang-peluang baru, bersedia untuk mempertingkatkan hidup anda dan mencapai kejayaan yang besar. Teruskan!

Mujur sekali anda sekarang ini berada di laman web FBS, dan ini bermakna pengenalan anda tidak terlalu berpanjangan kerana ia mempunyai salah satu Panduan Forex yang paling mesra pengguna. Anda pasti tertanya-tanya di mana anda boleh bermula? Jangan khuwatir; saya akan bawa anda makan angin menerusi sebuah lawatan maya.

Titik permulaan bagi perjalanan kita adalah FBS.com  Laman utama . Silalah lihat-lihat: Ia seperti Broadway, ceria dengan pelbagai tawaran bonus, promosi, jemputan dan tawaran khas. Ia sungguh menarik, tetapi kita tidak boleh singgah terlalu lama. Jangan bimbang, kita akan kembali ke sini lagi. Kita cuma perlu pergi dapatkan sedikit pengetahuan asas untuk bermula. 

Untuk memperkenalkan broker online FBS secara lebih baik, langkah kita seterusnya adalah ke seksyen  Tentang FBS . Di sini anda akan mempelajari mengapa FBS dianggap salah satu broker Forex yang paling jujur dan dipercayai di lebih 197 negara di dunia. Anda pasti akan terkejut betapa mudah dan selesanya berdagang Forex bila ada syarikat yang profesional berdiri di belakang anda.

Langkah seterusnya bergantung kepada cara yang anda gemari untuk mendapatkan informasi. Kita boleh pergi ke seksyen  Tutorial Video  yang akan memberikan gambaran jelas apakah itu pasaran Forex dan bagaimana kita boleh berurusan dengannya, atau kita boleh pergi ke  Buku Panduan Forex  yang mengandungi kursus Forex komprehensif untuk pedagang dari semua tahap kemahiran. Sama ada anda seorang pemula, mempunyai pengetahuan asas, pertengahan atau pedagang berpengalaman, anda akan mendapati seksyen ini berguna. Sila luangkan masa untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat yang diperlukan untuk melangkah lebih pantas ke garisan mula.

Sekarang, setelah anda mengetahui perkara-perkara yang asas, mari kita lihat  Akaun Perdagangan. Di sini kita mempunya tawaran yang sangat menarik bermula dari standard, micro, dan malah akaun sen dengan deposit permulaan bermula dari hanya 1 dolar As. Spread terapung dari 1 pip, 200 posisi aktif dan tertunda, leveraj sehingga 1:1000 – semuanya lengkap. Bagus sekali, bukan? Jangan terburu-buru, kerana ia satu keputusan yang penting. Jika anda berdepan dengan kesukaran memilih, mulakan berdagang dengan jumlah wang yang kecil. Kelak, anda boleh tingkatkan amaun modal yang anda dagangkan, memperluaskan zon selesa anda sedikit demi sedikit.

Memandangkan kita sudah memilih akaun yang paling sesuai dengan personaliti anda dan telah tetapkan sasaran perdagangan, kini tiba masanya untuk mendapatkan tips untuk mempertingkatkan kemahiran berdagang anda. Ikut saya, jom! Kita pergi ke seksyen  Tip Untuk Pedagang . Lihat, apa yang kita temui – jawapan bagi soalan-soalan perdagangan yang paling mendesak, seperti Bitcoin, robot FX, pelbagai strategi perdagangan, indikator analisa Forex, psikologi perdagangan, contoh dagangan terbaik dan banyak lagi. Ia pastinya akan membuat anda ralit untuk satu masa yang panjang. Jika anda mempunyai sebarang persoalan tentang istilah, jangan ragu untuk melawat seksyen  Glosari .

Bila anda rasa akhirnya anda sudah bersedia untuk berdagang, gunakan peluang untuk mendapatkan kelebihan dengan menggunakan perkakas analitik pasaran seperti  Berita Forex  untuk menjejaki pergerakan matawang terkini sewaktu ia sedang terbentuk dan kemaskini maklumat penting untuk perdagangan yang menguntungkan.  Analisis Pasaran Harian  menyediakan analisis teknikal dan fundamental untuk matawang dan komoditi, manakala  Forex TV  memberikan tinjauan pasaran yang pantas tetapi bermaklumat serta idea-idea perdagangan.  Kalendar Ekonomi  menyenaraikan pengumuman-pengumuman ekonomi yang penting,  Kalendar Bank Pusat  menjejaki polisi bank-bank pusat utama dan  Kalkulator Pedagang  membantu anda mengira pendapatan – semua opsyen ini diadakan untuk menjadikan perdagangan lebih mudah dan memanfaatkan.

Setelah puas kita meninjau, kita kini kembali ke laman  Akaun  dan  Promosi  terkini sekali lagi. Kini, bila anda sudah kenal pasaran Forex dan perkakas perdagangan dengan lebih rapat, setelah anda mempunyai pemahaman apa sebenarnya yang anda mahukan dari perdagangan, adalah lebih mudah untuk memilih tawaran terhebat yang paling sesuai dengan anda. 

Sudah tentu sekali ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengkaji laman web FBS dengan lebih terperinci kerana ia mengandungi jumlah maklumat yang sangat banyak, tetapi saya berharap anda menikmati tinjauan kita. Gunakan kelebihan dari maklumat yang telah diterima untuk menjana keuntungan yang besar dan nikmatilah perdagangan anda!

Bentuk masa hadapan anda!

Saya tiada akaun

19.01.2018

Ketahui cara-cara mendapatkan keuntungan besar dari perdagangan emas di Forex .

Emas adalah logam yang mempunyai kuasa tarikan sakti sepanjang zaman dan menjadi simbol status serta kekayaan di seluruh dunia. Walaupun era gold rush sudah lama berlalu, namun ia masih mampu membuatkan mata seorang bersinar-sinar. Sejak dari zaman Inca, emas mempersona manusia dan menimbulkan kehendak untuk memilikinya. Mari kita bersikap jujur. Tidak seperti tunai atau minyak, emas itu romantik. Memiliki emas lebih dari sekadar mengkagumkan. Saya pasti anda pernah tertanya-tanya, "Bagaimana saya boleh memiliknya?" dari masa ke semasa.

Mudah! Emas boleh didagangkan dalam banyak cara. Salah satunya adalah dengan memilikinya secara fizikal dan melabur secara langsung ke atas syiling dan jongkong emas. Anda juga boleh melabur ke atas syarikat perlombongan emas dengan membeli saham mereka. Ada sebilangan syarikat perlombongan emas dan perak yang masih baru dan boleh menjadi pelaburan yang bagus. 

Satu cara lain adalah dengan berdagang emas di pasaran Forex. Emas mungkin peluang pelaburan terbaik yang anda tidak patut lepaskan. Perdagangan emas di  Forex  sangat mirip dengan perdagangan pasangan matawang. Dalam masa yang sama, tentu sekali, perdagangan jenis ini mempunyai ciri-cirinya yang spesifik. Jika anda bercadang untuk memperdagangkan emas di pasaran Forex, yang menarik minat ramai pedagang, anda boleh mempelbagaikan koleksi perkakas perdagangan anda. Ia menampilkan spread yang agak tinggi dan leveraj yang lebih rendah, ditetapkan oleh broker perdagangan emas tersebut. Tambahan lagi, dengan menganalisa perdagangan emas di Forex dan perubahan pada pasangan XAU/USD di carta, anda akan menemui beberapa trend pasaran yang penting. Ia akan membantu anda memahami perdagangan di pasaran matawang dengan lebih baik.

Satu kelebihan berdagang emas adalah ia melinduingi portfolio yang dipelbagai dari mengalami kerugian besar dalam iklim pasaran ekonomi yang meruwap. Para pelabur yang memilik portfolio dengan aset yang pelbagai mungkin mengalami penurunan di beberapa saham dan bond, tetapi menyaksikan peningkatan pada harga emas di dalam ekonomi yang sedang kesukaran. Satu keburukan melabur pada emas adalah harga emas terkesan dari dagangan harian para spekulator, yang menjadikan harga emas meruwap.

Emas adalah indikator awal ekonomi, dan perubahan pada harga emas boleh mempengaruhi naluri pelabur tentang keadaan semasa ekonomi A.S. dan dunia. Peningkatan harga emas biasanya mengisyaratkan ekonomi A.S. sedang susah. Faktor-faktor yang menyumbang kepada peningkatan harga emas termasuklah dolar yang lemah, peningkatan inflasi dan kadar faedah yang rendah bagi jangka panjang. Individu-individu yang melabur pada emas harus memahami saling hubung antara harga emas dan pasaran  Forex . 

Mungkin contoh terbaik kenaikan mendadak harga emas adalah ketika pilihanraya Presiden AS dan undian Brexit di UK yang melambung harga emas kepada kenaikan tertinggi dalam 21 bulan, meningkat 3.1%. Pilihanraya Presiden AS adalah waktu yang mana pasaran sangat meruwap, jadi perdagangan pada waktu sebegitu hanya sesuai untuk mereka yang berfikiran scalping. Para pedagang harus sedia menghabiskan banyak masa di depan komputer melihat carta Forex secara masa-nyata dan memantau berita.

Dengarkan nasihat ini, bila berdagang Forex anda perlu menunggu sehingga kandil tutup sebelum masuk dan keluar posisi. Masuk dagangan dengan tepat. Jika anda perhatikan minit-minit terakhir kandil, sama ada kandil 30 minit, kandil 1 jam, atau kandil 4 jam, emas boleh berubah arah dengan pantas dan bertukar arah. Jangan berspekulasi menjangkakan apa emas akan lakukan pada sesuatu masa, kerana anda mungkin akan mendapat kejutan yang tidak enak.

Seperti mana-mana instrumen perdagangan, tiada wujud satu cara "terbaik" tunggal untuk mendagangkan emas. Ramai pedagang dari pasaran lain mendapati strategi perdagangan teknikal yang mereka gunakan di instrumen lain boleh diadaptasi ke pasaran emas dengan mudah, terutamanya dengan kecenderungan emas untuk membentuk trend yang kukuh.

Untuk para pedagang jangka pendek, satu cara klasik untuk membuat keuntungan dari trend yang kerap berubah pada emas adalah dengan menggunakan strategi persilangan purata bergerak (moving average crossover). Dalam strategi ini, seorang pedagang akan membeli emas jika Ma tempoh pendek menyilang ke atas Ma tempoh panjang, dan beliau akan menjual boleh Ma tempoh pendek menyilang ke bawah Ma tempoh lebih panjang. Para pedagang dan pelabur jangka lebih panjang pula boleh memberikan lebih fokus kepada fundamental yang mendorong harga emas, seperti aras kadar faedah. 

Bagaimana dan bila-bila pun anda bersedia untuk berdagang emas, anda harus berwaspada. Terapkan rasa hormat pada sifat emas yang meruwap dan boleh swing dengan liar ke mana-mana arah yang ia mahu. Beri perhatian kepada apa yang berlaku di dunia, kerana ia boleh mempengaruhi harga emas. Ia boleh ditambat kepada matawang yang mengapung, atau digunakan di dalam elektronik kerana sifat anti-hakis dan kekonduksiannya. Atau, ia boleh digunakan dalam pembuatan barang kemas atau untuk simpanan nilai oleh keluarga-keluarga diraja atau dinasti. Tidak seperti komoditi, ia sukar diramal apa yang akan memberikan kesan ke atasnya, jadi sediakan satu pelan dan bersedialah untuk bertindak pantas. Dalam masa yang sama, jangan lupa bahawa emas dianggap oleh pakar-pakar sebagai sebahagian daripada produk pelaburan paling berprestasi bagi tahun ini.

Berdagang dengan emas!

29.12.2017

Ketahui strategi perdagangan Forex yang mana paling serasi dengan personaliti anda.

Ramai pelabur baru tiba ke dunia Forex dengan harapan boleh kaya dengan cepat. Malangnya, majoriti dari individu-individu ini gagal untuk membuat keuntungan yang signifikan. Ini justeru untuk berjaya dalam pasaran Forex, anda perlu mempunyai strategi berdagang yang jelas yang paling serasi dengan personaliti dan matlamat perdagangan anda.

Para pedagang Forex mengaplikasikan sejumlah besar strategi dan teknik untuk menentukan titik masuk dan keluar yang terbaik – dan juga masa yang sesuai – untuk membeli dan menjual matawang. Penganalisa pasaran dan para pedagang terus menerus menginovasi dan memperbaiki strategi untuk mencipta kaedah-kaedah analitik untuk memahami pergerakan pasaran matawang. Berikut adalah tiga jenis utama pedagang dan strategi berdasarkan contoh-contoh kejayaan yang paling mengesankan.

Pedagangan trend (atau mengikut trend) adalah cara yang ampuh untuk membuat keuntungan dari pergerakan besar di dalam pasaran tanpa perlu menghabiskan banyak masa di hadapan komputer. Para pedagang trend mengenal pasti trend dan mencari titik masuk yang rendah risikonya, dan mulai dari situ, mereka memegang posisi tersebut sehinggalah trend menyongsang. Gaya ini berkesan untuk hampir semua kelas ast dan mampu memberikan keuntungan tinggi jika disertakan kepelbagaian yang cukup, kawalan risiko yang ketat dan berdisiplin untuk teguh berpegang kepada sistem tersebut.

Dagangan-dagangan besar di pasaran matawang biasanya tidak dketahui kerana pasaran adalah terlalu besar untuk kita dapat cam para pedagang secara individu. Juga, adalah sangat tidak mungkin seorang pedagang boleh mempengaruhi semua ekonomi. Bagaimana pun, George Soros adalah terkecuali. Beliau dijuluk sebagai pedagang paling berjaya di dalam sejarah dan "Orang Yang Mempokaikan Bank Inggeris". Beliau telah mendapat $1 bilion memperdagangkan pasangan matawang GBPDEM.

Strategi utama beliau adalah untuk mengesan kelemahan ekonomi sesebuah negara di masa hadapan, dan kemudian melakukan short kepada matawang negara itu sebaik sebelum kegawatan melanda. Potensi terbesar untuk turun naik matawang – dan seterusnya, keuntungan – adalah bila sesuatu matawang itu mempunyai kadar tetap yang ditambat kepada suatu matawang lain.

Hampir semua jenis aktiviti perdagangan berkisar sekitar analisis teknikal kerana kepelbagaiannya dan pendekatan-pendekatan berbeza yang wujud untuk menganalisa permintaan dan penawaran di dalam pasaran saham. Asalkan anda tahu bagaimana hendak menggunakannya, anda boleh menjadi pedagang harian (day trader), pedagang swing, atau pedagang posisi. Ilmu pengetahuan yang menjadi asasnya adalah sama. Bagaimana pun, ia mungkin tidak relevan sepenuhnya bagi gaya berdagang berikut dan konsep menganalisa peluang-peluang adalah berbeza sepenuhnya. Hampir semua pedagang termasuk dari institusi, bank, dsb. menggunakan analisis teknikal untuk membaca pasaran dan juga untuk meramal prospek masa depan pasaran saham.

Larry R. Williams adalah pedagang saham dan komoditi terkenal, yang lahir pada tahun 1942 di AS. Dalam dunia perdagangan Forex, nama beliau menjadi sebutan bagi bilangan besar indikator pasaran yagn beliau telah cipta, termasuk Ultimate Oscillator, indikator Williams %R, sentimen pasaran, indeks COT, ramalan kitaran, dan lain-lain lagi.

Pada tahun 1987, Larry R. Williams telah memenangi Kejohanan Piala Dunia Perdagangan Niaga Hadapan, dengan menghasilkan $1,100,000 dari pelaburan permulaan cuma $10,000. Kejayaan menakjubkan ini dicapai dalam tempoh 12 bulan dan berdasarkan kepada kaedah perdangan niaga hadapan beliau yang menggemparkan. Beliau kemudiannya menerbitkan sebuah buku tentang pengalaman ini yang diberi judul "Bagaimana Saya Menghasilkan Satu Juta Dolar Tahun Lalu Dengan Berdagang Komoditi.

Pedagang Harian membeli dan menjual saham sepanjang hari dengan harapan harga saham akan turun naik nilainya bagi hari tersebut, membolehkan mereka membuat keuntungan cepat. Seorang pedagang harian akan memegang suatu saham dari beberapa saat sehingga beberapa jam, tetapi selalunya akan melepaskan pegangan sebelum hari berakhir. Pedagang harian tidak mengekalkan pegangan pada penutup sesuatu hari jadi ia kebal dari risiko semalaman. Objektif perdagangan harian adalah untuk masuk dan keluar dari sesuatu posisi dengan pantas untuk mencari keuntungan secara intra-hari.

Mungkin contoh terbaik seorang pedagang harian adalah jutawan berpengkalan di AS, Timothy Sykes. Beliau salah seorang tokoh pelopor dunia perdagangan saham murah. Bukan sahaja beliau telah membuat banyak wang dengan berdagang saham di bawah $5 seunit, tetapi beliau juga mengabdikan diri untuk mengajar orang lain cara untuk mencari kejayaan dan keuntungan, termasuk di Wall Street.

Walaupun $12,000 kelihatan banyak untuk majoriti remaja yang masih bersekolah, namun Timothy Sykes melihatnya sebagai peluang untuk membuat keuntungan di masa depan. Beliau mula berdagang saham murah ketika masih di sekolah menengah, menggunakan wang Bar Mitzvah. Menariknya, beliau berakhir dengan $1.6 juta pada usia 21 tahun. Ini adalah permulaan bagi karier lumayan beliau, dan tidak syak lagi salah satu dari pencapaian paling mengkagumkan di dalam hidupnya.

Harapnya anda terinspirasi dari contoh-contoh kejayaan besar dan mengambil ujian pendek untuk menentukan strategi perdagangan yang manakah yang akan membawa anda mencapai matlamat perdagangan anda serta memberikan keuntungan yang signifikan.

28.12.2017

Pelajari tentang pasaran Forex, ciri-ciri terasny dan tip-tip berguna untuk memulakannya.

Pasaran Forex adalah sarat dengan peluang kewangan, menyediakan pelbagai perkakas perdagangan yang membantu dan ilmu pengetahuan yang mendalam. Seseorang yang bersedia untuk berkerja, menyerap bertan-tan ilmu pengetahuan, menganalisa arus data dan mencuba pengalaman pedagang-pedagang berjaya, akan pasti mencapai kejayaan akhirnya. Seperti di lain-lain bisnes, dengan mempunyai sasaran dan strategi yang spesifik, bersama dengan keupayaan kewangan yang kuat, seseorang boleh memulakan pendakian sukar ke puncak kejayaan Forex.

Pasaran Forex adalah pasarn tukaran matawang yang terpencar secara global (globally decentralized), di mana 5.1 trilion dolar A.S. bertukar tangan setiap hari. Ada lima pusat utama pasaran Forex di serata dunia – New York, London, Tokyo, Frankfurt dan Zurich. Ini bermakna seseorang tidak peru berada di lantai dagangan untuk terlibat dengan pasaran Forex. 

tradingfloor.jpg

Pasaran tukaran matawang asing terdiri dari beberapa peserta berbeza, dipanggil pemain pasaran Forex, yang berdagang di pasaran untuk sebab-sebab yang agak berbeza. Ini bermakna, penyertaan dalam transaksi pasaran Forex tidak berlaku hanya untuk tujuan spekulatif. Setiap peserta memainkan peranan di pasaran, menjadikan pasaran lebih lengkap dan stabil.

Sebelum ini, ketika internet masih belum tersedia untuk orang awam, hanya kepada pemain besar pasaran, seperti bank-bank antarabangsa dan pusat kewangan besar, boleh menyertai perdagangan matawang. Sekarang setelah revolusi internet berlaku, perdagangan Forex boleh dilakukan dari rumah menggunakan komputer peribadi oleh mana-mana orang dewasa yang ingin berdagang. 

Pasaran Forex aktif di semua zon masa, ia memberikan pedagang peluang untuk berdagang 24 jam sehari dan 5 hari seminggu kerana bila pasaran tutup di A.S. hari perdagangan baru berluma di Tokyo dan Hong Kong. Fleksibiliti masa adalah sangat membantu buat pedagang yang sibuk berkerja. Mereka tidak perlu khuwatir tentang waktu pembukaan dan penutupan pasaran dan bebas untuk menyusun dagangan mereka bila-bila mereka mahu.

14079620_1067772546633641_2198290038869311924_n.jpg

Para novis mungkin berfikir bahawa untuk memulakan perdagangan di pasaran Forex memerlukan pelaburan modal yang besar. Sebenarnya, ia bergantung kepada strategi perdagangan yang anda pilih. Adalah lebih baik untuk bermula dengan mengaplikasikan Teori Langkah-langkah Kecil (Theory of Small Steps). Banyak broker-broker Forex online menawarkan akaun perdagangan mikro dan cent dengan deposit minimum 1 dolar A.S. Sesetengah broker tertentu membenarkan anda mencuba akaun demo terlebih dahulu untuk berlatih dan mendapat pengalaman tanpa merisikokan pelaburan sebenar. 

Satu langkah penting untuk menguasai pasaran Forex adalah pembangunan pelan perdagangan. Para pedagang novis mungkin perlukan bantuan seorang mentor atau sistem perdagangan dari pedagang yang lebih berpengalaman untuk memahami bagaimana pelan berdagangan tersebut harus dioperasikan secara praktis. Mereka juga boleh mendapat manfaat dengan mempelajari analisis teknikal dan bagaimana ia boleh membantu anda menghasilkan signal perdagangan dan menetapkan aras ambilan untung serta renti rugi. Sesetengah pedagang juga membuat ulasan analisis fundamental atau mempunyai pelan perdagangan untuk memperdagangkan kemeruwapan yang biasanya terjadi ketika pengumuman berita besar atau sewaktu pembukaan pasaran.

Apabila anda telah memahami asas bagaimana pasaran Forex berfungsi dan bagaimana hendak menghasilkan signal dagangan, melakarkan pelan perdagangan boleh menjadi suatu proses permulaan yang sebenarnya mudah dan ringkas. 

Sebuah pelan perdagangan mentakrifkan apa yang harus dilakukan, mengapa, bila, dan bagaimana. Ia harus meliputi personaliti pedagang, jangkaan peribadi, peraturan pengurusan risiko, dan sistem perdagangan. Adalah penting untuk ingat bahawa pelan perdagangan harus disuaikan khas untuk anda, pelan yang serasi dengan sasaran anda, tolerans risiko, dan gaya hidup individu. Secara praktisnya, sesebuah pelan perdagangan adalah suatu perkara yang sentiasa dalam pembangunan kerana kita belajar dari pengalaman dan dari pembacaan tentang teknik-teknik serta cara fikir baru.

Freelance.jpg

Yang terakhir sekali adalah memilih broker/platform, selepas anda tahu perangai matawang yang anda boleh kenal pasti dan indikator yang anda suka. 

Apa jua yang orang katakan, sebahagian besar kejayaan pedagang Forex novis masih bergantung kepada pemilihan broker, yang utuh dan jujur, dengan tepat. Broker online yang bagus menyediakan syarat perdagangan yang ideal dan perkakas yang paling berguna untuk memaksimumkan efisiensi seseorang pedagang Forex. Pelbagai platform dagangan, analitik, pendidikan, pelayan VPS, signal Forex, berita Forex terkini, kalendar ekonomi, kadar bank pusat, tips-tips berguna dan pelbagai lagi biasanya ditawarkan kepada para pedagang yang memutuskan untuk membuka akaun dengan broker yang boleh dipercayai.

Sekarang, apabila anda sudah pun mempunyai pemahaman asas tentang pasaran Forex, tahu di mana harus memulakannya dan apa caranya untuk maju terus ke hadapan, tiada apa yang menghalang anda dari memulakan perjalanan dari seorang pemula kepada seorang pedagang yang berjaya dan berpengalaman. Semoga anda berjaya!

BERDAGANG SEKARANG

22.12.2017

Horoskop Kewangan 2018

1.png

    

Aries

Tahun baru yang bakal mendatang ini kelihatannya akan membawakan banyak peluang kewangan luar jangkaan. Anda akan berusaha lebih untuk meningkatkan dana anda. Tahun ini juga bagus untuk pelaburan strategik demi untuk perolehan keuntungan yang lebih besar.

2.png

Taurus

Pada awal tahun, anda mungkin berasa seperti sudah membuat keuntungan yang besar dengan sedikit usaha. Namun, anda akan kembali ke realiti tidak lama kemudian. Pada pertengahan tahun, anda akan cuba untuk menjalinkan hubungan dengan orang-orang berpengaruh untuk membina bisnes anda sendiri.

3.png

Gemini

Tuah menyebelahi anda, Gemini. Permulaan tahun penuh dengan peluang dan anda boleh jangkakan kenaikan gaji. Prospek karier akan cerah di separuh kedua tahun.

4.png

Cancer

Nasib lebih menyebelahi anda di separuh kedua tahun hadapan. Pada permulaan tahun, anda perlu kerja lebih keras dari sekarang. Anda mungkin mahu berbelanja sedikit untuk mendapatkan kemahiran baru tahun in. Ia akan membantu meningkatkan pendapatan anda.

5.png

Leo

Pendapatan utama 2018 akan menyediakan tempat kerja yang kekal. Memang berbaloi menambahkan sedikit wang untuk pembangunan ikhtisas dengan menghadiri latihan topik khusus dan kelas master.

6.png

Virgo

Tahun ini, akan datang satu tempoh yang kewangannya tidak menentu untuk Virgo. Anda perlu betul-betul teliti tentang pendapatan anda. Anda juga harus berhati-hati dengan pelaburan. Ini bukanlah tahun yang baik untuk melabur secara membabi buta.

7.png

Libra

Beberapa bulan pertama tahun ini menyaksikan aliran tunai yang sukar, dan begitu juga dengan hal berkaitan karier. Akan ada keuntungan kewangan yang besar dan peluang di separuh masa kedua 2018. Jika anda kerja dengan cukup kuat, kesejahteraan akan menyusul.

8.png

Scorpio

Tahun ini menjanjikan Scorpio beberapa peluang untuk pendapatan tambahan. Tetapi anda perlu meningkatkan kemahiran tentang penggunaan wang dengan bijak. Tambahan lagi, orang-orang yang lahir di bawah tanda zodiak ini boleh menjadi kaya pada tahun Anjing Kuning.

9.png

Sagittarius

Sagittarius, anda perlu kerja keras tahun ini. Kejayaan tidak akan datang dengan mudah. Inilah tahunnya untuk berkerja keras bagi mengatasi kelewatan dan rintangan yang disebabkan oleh Saturn. Rancang kewangan anda dan rangka bajet yang sesuai dengan dompet anda.

10.png

Capricorn

Tahun ini adalah tahun yang super progresif dari segi perkembangan karier. Anda juga berkemungkinan akan mendapat kenaikan gaji pada separuh kedua tahun. Tetapi dalam masa yang sama, jangkakan juga kenaikan perbelanjaan ke satu tahap yang baru.

11.png

Aquarius

Jupiter akan menguruskan "kewangan" rumah kedua anda bagi sebahagian besar 2018, bermakna indikator kekayaan anda akan meningkat. Kejayaan kewangan akan meletus dari pertengahan April sehingga pertengahan Julai, dan mulai pertengahan November sehingga penghujung tahun: ia adalah masa yang sangat baik untuk membeli hartanah, pelaburan, dsb.

12.png

Pisces

Individu yang berada di bawah tanda Piesces, para nujum berjanji tahun ini tahun kewangan yang baik. Ia tidak bermakna wang akan mengalir ke dalam poket dengan sendirinya, sebaliknya “no pain no gain” akan menjadi motto anda.

Gunakan pengetahuan anda

20.12.2017

Kukuhkan keselamatan operasi perdagangan anda dan dapatkan manfaat dari penggunaan Pelayan Persendirian Maya (Virtul Private Server, Vps).

Secara tiba-tiba masa hadapan terealisasi dan pemayaan (virtualisation) mengambil peranan penting di dalam banyak bidang dalam bisnes, seperti perdagangan Forex, menjadikan pengehosan VPS untuk aplikasi kewangan lebih selamat dan efisien. Ia memberikan pengguna manfaat seperti privasi, kawalan, alokasi sumber yang terjamin, dan penyesuaian spesifikasi. Dengan tanggapan bahawa aplikasi perdagangan dan kewangan seringkali memerlukan lebih kestabilan dan kelajuan sambungan berbanding aplikasi lain, manfaat dari pengehosan maya adalah sangat besar.

VPS  Forex  atau Virtual Private Server adalah sesuatu yang sangat mirip dengan Cloud atau Virtual Box dan membolehkan kita menjalankan seberapa banyak sistem perdagangan yang mungkin di dalam satu mesin. Secara ringkasnya, ia adalah satu sistem maya yang dihoskan di sebuah pelayan yang tegap dan berkuasa tinggi khusus untuk menjalankan expert advisor tanpa henti dan bebas dari masukan dan komputer pedagang. Pelayan ini berjalan 24 jam sehari dengan perisian yang direka untuk mengatasi isu-isu sambungan internet yang boleh memperlahan atau menyekat kefungsian sebuah sistem perdagangan. Masalah seperti gangguan bekalan kuasa, kesulitan teknikal, serangan virus, dan lain-lain isu meletakkan pedagang dalam keadaan merugikan kerana risiko perlu menghentikan perdagangan. Dengan strategi yang mantap strukturnya dan keadaan pasaran menarik, perdagangan dengan mesin maya menawarkan prospek yang cerah dan potensi yang besar.

 Perdagangan Forex  menggunakan VPS sangat popular di kalangan komuniti Forex runcit baru-baru ini. Intipati servis pengehosan VPS Forex adalah untuk menyediakan desktop maya Windows yang lengkap kepada para pedagang, yang boleh diakses dan digunakan 24 jam sehari dari mana-mana pelusuk dunia, membolehkan pedagang mengekalkan ketersambungan platform dagangan setiap masa. Mari kita lihat bagaimana ia berfungsi.

graph3.png

Apabila servis pengehosan VPS forex sudah dipasang dan berfungsi, pedagang dikhususkan sebuah alamat IP, bersama dengan kata nama dan juga kata laluan yang akan digunakan untuk mengakses VPS Forex tersebut, Jika pedagang mempunyai sistem operasi Windows, sebuah program bernama 'Remote Desktop Connection' boleh diakses dengan mengklik butang menu Start. Tiada apa-apa yang perlu dipasang kerana program tersebut memang datang bersekali dengan sistem operasi Windows. Apabila program tersebut sudah dilancarkan, pedagang hanya perlu memasukkan kata nama dan kata laluan yang diberikan oleh penyedia servis pengehosan dan sambungan ke VPS Forex pun terjalin. Apabila maklumat login dimasukkan, pedagang ditampilkan dengan "desktop maya". Dari sini, pedagang boleh memilih untuk muat turun platform MT4 dari pelayar VPS, atau salin dn pindah fail-fail expert advisor dari komputer beliau ke VPS.

Ketiga-tiga entiti – PC pedagang, VPS bersama EA dan pelayan MT4 broker – tersambung dengan internet. Pedagang masih mempunyai peluang untuk mengawal VPS dan memuat naik EA baru dan mengawal serta memantau akaun dagangannya dengan broker Forex. Yang bagusnya, tiada antara tindakan-tindakan ini memerlukan masa kendali 24/7 dari PC atau sambungan internet pedagang. EA yang dipasang pada VPS menghantar pesanan ke pelayan MT4 secara autonomi 100% – perdagangan sebenar memerlukan masa kendali 24/7 dan ia disediakan oleh VPS.

Jenis-jenis penyedia VPS adalah sangat pelbagai. Untungnya, kita tidak perlu menghabiskan masa yang banyak untuk membuat penyelidikan, kerana banyak broker Forex yang utuh dan sah seperti FBS menawarkan pelayan VPS mereka sendiri.

FBS adalah broker antarabangsa dengan kehadiran di 102 negara, 5,000,000 orang pedagang dan 130,000 rakaniaga. Ditubuhkan pada 2009, FBS telah menerima pelbagai anugerah, membuktikan harganya kepada para pelanggan. FBS menawarkan pelbagai servis perdagangan termasuk salah satu pelayan-pelayan VPS yang terbaik.

Sejak November 2016 FBS telah mengadakan promosi unik: andai anda membuat deposit dan berdagang sejumlah lot yang spesifik, anda akan mendapat peluang untuk menggunakan pelayan VPS secara percuma. 

Lawati fbsmy.com untuk butiran selanjutnya tentang syarat promosi.

Cuba VPS sekarang

Ketahui lebih lanjut

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam 00:30:00

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera