18.12.2017

Memperbaiki kehidupan anak-anak sekolah dari Mae Chaem, Thailand

Bagi kami, pendidikan anak-anak di kawasan pedalaman adalah suatu subjek yang sentiasa dekat di hati. Ibu bapa dari kejiranan yang daif tidak mampu menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang elok. itu pun jika mereka mampu menghantar mereka ke sekolah. Sekolah pedalaman beroperasi sebahagian besarnya bermodalkan semangat para guru untuk memberi sebanyak mungkin yang mereka mampu. Duit tidak pernah mencukupi untk buku-buku, pakaian seragam persekolahan, bahan mengajar dan pembelajaran yang baik, dan malah lebih dari itu anak-anak sering tidak mempunyai tenaga yang cukup untuk belajar dengan baik kerana perlu membantu ibu bapa di rumah dan menempuh perjalanan jauh pergi balik antara rumah dan sekolah. Proses pendidikan menjerihkan dan ramai pelajar yang terkandas, menyumbang kepada penerusan kitaran roda kemiskinan. 

thai kids blog1.jpg

Kami telah memutuskan untuk melawat salah satu tempat sebegini untuk melihat sendiri situasinya, menawarkan pertolongan di mana ia paling diperlukan dan yang paling penting sekali untuk membawa perhatian masyarakat kepada masalah pendidikan anak-anak ini. 

Ada sebuah kampung terpencil di pergunungan wilayah Mae Chaem, Thailand. Penduduknya adalah orang-orang yang berkerja keras dan menghabiskan kebanyakan masa mereka membanting tulang di bendang. Berkerja di sektor pertanian berpendapatan rendah tidak mendatangkan banyak wang untuk kemewahan seperti bahan pendidikan atau malah pakaian panas sekali pun. 

Kebanyakan penduduk tempatan tidak mampu menyediakan semua keperluan anak-anak mereka, malahan anak-anak kecil diharap membantu ibu bapa mereka bertani. Mereka yang berkerja di bendang jarang menghantar anak-anak mereka ke sekolah untuk tempoh berpanjangan kerena anak-anak itu diperlukan untuk membantu membuat kerja-kerja rumah. 

Baan Sam Sop adalah sekolah yang paling hampir dengan kampung itu, terletak sejam perjalanan berjalan kaki menerusi cerun yang sukar dan merbahaya, dan ia tidak boleh diakses menggunakan kenderaan. Anak-anak kecil perlu menempuh perjalanan mencabar setiap hari untuk ke sekolah. Walaupun mereka sudah terbiasa dan kelihatan optimistik, bahaya perjalanan sebegitu masih lagi satu realiti yang jerih. Sehingga hari ini penduduk tempatan masih ingat dengan tragedi menyayat hati apabila beberapa anak-anak tempatan ditimpa runtuhan batu berhampiran satu cerun dalam perjalanan biasa ke sekolah. 

21533976.jpg

(Jalan menuju ke sekolah Baan Sam Sop melewait tempat-tempat yang cantik tetapi acap kali berbahaya)

Bila orang-orang tempatan bercakap tentang jalan tersebut, bukan cerun berbahaya yang mengganggu mereka, atau cuaca buruk. Mereka tahu tidak ada sekolah lain jadi mereka tidak boleh mengubah laluan tersebut. Masalah terbesar adalah bahawasanya mereka tidak mampu mengadakan pakaian panas untuk anak-anak mereka. Secara purata, setiap anak-anak lelaki dan perempuan di kampung ini mempunyai hanya satu atau dua pasang pakaian, dan ini sama sekali tidak cukup untuk menempuh cuaca sejuk dengan selesa. Iklim di pergunungan boleh menjadi ancaman, cuaca panas boleh bertukar menjadi sejuk dengan pantas.

Bila fajar menyinsing, anak-anak kampung bersedia untuk perjalanan panjang dan sejuk ke sekolah. Laluan mereka menerusi gunung-gunung disulam dengan batu-batu licin, jalan berlecak yang panjang dan berbahaya, serta jambatan yang sempit dan goyah. 

Optimisme dan kesungguhan yang mengkagumkan terus mendorong anak-anak ini mengatasi segala rintangan dalam perjalanan mencari ilmu, dari usia kecil mereka telah mempelajari semuanya, termasuklah betapa ilmu itu harus dikejar. Tetapi kami percaya usaha keras harus diberikan ganjarannya.

Selepas berbual-bual dengan anak-anak itu, guru sekolah Baan Sam Sop dan beberapa ibu bapa mendapat idea apa hadiah yang paling baik untuk anak-anak ini. Pasukan kami mengambil ukuran dari setiap anak dan mereka cipta pakaian seragam baru persekolahan yang paling sesuai dengan mereka.

Bila membuat rekaan pakaian seragam kami cuba untuk ingat beberapa perkara: pertama sekali ia haruslah berupaya memanaskan tubuh. jadi kami perlu menggunakan bahan yang sesuai yang mampu memerangkap haba. Sifat penting yang kedua adalah ia perlu ringan dan longgar, jadi ia tidak mengekang pergerakan. Anak-anak ini berjalan kaki dalam jarak jauh dan sering perlu mengatasi rintangan dalam perjalanan. Akhir sekali, pakaian seragam ini harus cukup lasak untuk dipakai merentasi hutan tebal, serta mudah pula dibasuh selepas menempuh jalan berlecak. 

Kami kembali semula ke Mae Chaem, tetapi kali ini dengan hadiah. Pakaian seragam yang dibuat khas untuk anak-anak sekolah Baan Sam Sop, bahan-bahan pelajaran dan makanan untuk jamuan sekolah. Anak-anak tersebut sungguh gembira sekali, begitu juga dengan kami. Ini benar-benar sebuah inspirasi, betapa anak-anak Mae Chaem menunjukkan walau siapa pun anda, dari mana asal anda, anda sentiasa boleh mencipta peluang untuk diri dan mencapai sesuatu yang lebih baik, yang anda perlu lakukan adalah untuk kuatkan tekad dan percaya dengan diri anda sendiri.

Jalan menuju kejayaan kerap disulami dengan batu-batu tajam dan menyusuri jambatan yang goyah, tetapi tidak kira apa yang mendatang kami akan sentiasa bersama anda. 

29.11.2017

Di sebalik tabir pasukan Khidmat Bantuan Pelanggan Broker FBS: "Ini robot atau orang betul?"

Salah satu pra-syarat untuk kemajuan dan kejayaan syarikat perbrokeran adalah komunikasi yang stabil dan sopan dengan para pelanggannya. Jelas sekali akses perhubungan 24/7 dengan sebuah broker memberikan kepercayaan yang lebih tinggi, khidmat bantuan pelanggan adalah wajah insani sesebuah broker.

Mana-mana pedagang yang berjaya memerlukan khidmat bantuan yang ramah dan memberikan pengetahuan tentang proses [perdagangan Forex], justeru tidak membiarkan fikiran dan jangkaan mereka terus berkecamuk. Ada satu kumpulan kerja yang besar di belakang setiap pedagang yang dipanggil sebagai Khidmat Bantuan Pelanggan, dan pasukan ini sentiasa ada di sisi mereka.

Di dalam Khidmat Bantuan Pelanggan FBS 

Apakah yang ada di sebalik kotak sembang di laman web FBS? Khidmat pelanggan FBS terdiri dari sekumpulan pegawai yang masak dengan [pasaran Forex], pembangunan web, dan sains komputer. Dengan kemahiran-kemahiran ini, pasukan khidmat bantuan FBS boleh menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh para pelanggan ketika berdagang. 

Menjadi ejen Khidmat Bantuan Pelanggan bermakna mempunyai sifat-sifat seperti empati, mendengar, memerhati dan tengkas. Ejen bantuan pelanggan FBS perlu bersedia untuk menjaga pelanggan dari serata dunia setangkas yang boleh. Jadi purata waktu menjawab ejen tidak lebih dari 2 minit. Beliau perlu mengkaji setiap butiran pertanyaan pelanggan di dalam masa yang singkat. Biasanya, seorang ejen memulakan harinya dengan secawan kopi dan membaca berita pasaran dan syarikat agar bersedia untuk menjawab sebarang soalan. 

Iltizam Menjadi Multinasional

Khidmat Bantuan Pelanggan FBS terdiri daripada, anggaran mudahnya, sekitar 70 orang ejen yang bertutur dalam 14 baahsa. Mereka menjawab sejumlah 4300-4700 perbualan setiap hari kerja dan sekitar 3500 pada hujung minggu. Juga, para ejen menguruskan persoalan rumit menerusi emel: mereka menerima sekitar 500 emel sehari. Ejen-ejen bahasa Inggeris, Arab, Sepanyol dan Indonesia membuat sekitar 40 panggilan telefon sehari. Setiap negara mempunyai kaedah komunikasi kegemaran masing-masing, jadi ejen bantuan pelanggan sentiasa mengikuti trend. Sebagai contoh, para pelanggan dari China boleh berhubung menerusi WeChat dan QQ.  

Insan-insan Di Sebalik Kotak Sembang

Ejen-ejen bantuan pelanggan kami berkhidmat dari serata dunia – Brazil, Russia, Cuba, Myanmar, China, Indonesia, Malaysia, Thailand, Turki, Pakistan. Sesetengah dari mereka berkerja dari ibu pejabat, sementara yang lain berkerja secara jarak jauh. Yang menariknya, pasukan antarabangsa yang cerdas ini terdiri dari pelbagai bakat: dari gadis pemain cello sehinggalah pelatih kawalan trafik lalu lintas udara. Sejujurnya, definisi "bantuan" telah menjadi lebih dari sekadar jawatan bagi kakitangan FBS. Ia adalah cara berfikir. Kebanyakan dari mereka menjadi rakan di luar pejabat.

Soalan-soalan: Bahagian Yang Menyeronokkan

Biasanya, seseorang pelanggan akan menanyakan 1-3 soalan di chat. Soalan paling popular (tetapi tiada dalam senarai FAQ) adalah "Ini robot atau orang?". Ini bukanlah suatu yang mengejutkan kerana neural network semakin popular kebelakangan ini. Tempat kedua dimenangi oleh soalan mudah: "Apa ini?". Soalan ini seperti blind date untuk kedua-dua pihak – pelanggan dan broker perlu mengenali antara satu sama lain untuk kerjasama menang-menang dan meningkatkan kadar keuntungan perdagangan mereka.

Pasukan khidmat pelanggan juga sering memeriksa pengeluaran dan deposit, ralat HTML, keserasian versi peranti dsb. Perbualan chat paling pendek diterajui oleh pelanggan-pelanggan Burma, dan yang paling panjang pula dari Brazil. Kebanyakan pedagang dari Iran berminat dengan strategi-strategi dan perbezaan di antaranya, dan rata-rata pelanggan Afrika tidak menyukai dengan program rakaniaga.

Pasti sekali tidak semua soalan adalah berkenaan topik ekonomi atau cara kerja laman web. Sebahagian dari soalan-soalan yang ditanyakan setaraf dengan sinopsis sebuah sitkom. Adakalanya para ejen dijemput menyertai rancangan ujibakat di Afrika Selatan atau ke acara perbomohan di Peru. 

Seperti yang boleh diramalkan, pasukan khidmat pelanggan FBS menyatukan orang ramai dari pelbagai latar belakang berbeza. Sebuah pasukan antarabangsa seperti ini perlu memahami matlamat syarikat dan peribadi mereka sendiri, menjadikan komunikasi terbuka, jujur, sopan dan mencetus rasa kebersamaan di dalam kumpulan. 

Tidak syak lagi, mereka melakukannya dengan sempurna sekali. Natijahnya, para pelanggan yagn menghubungi Khidmat Pelanggan berasa seperti masalah mereka didengari oleh ejen pasukan yang cuba memahami mereka. Pendekatan insai ini membolehkan FBS Support dinobat sebagai salah satu yang terbaik. Memilih FBS sebagai broker menjamin bahawa seseorang pedagang akan sentiasa dilayan dengan cermat di mana semua permintaan dan soalan dijawab.

26.10.2017

Mengapakah orang bersangka Forex satu penipuan?

Sesetengah orang masih berfikir bahawa Pasaran Forex adalah satu penipuan. Tentu sekali, ia kedengaran mengarut bagi para pedagang dan orang-orang yang mempunyai ijazah kewangan, tetapi masyarakat umum sering mengambil pernyataan ini dengan serius.

Kekurangan pemahaman tentang ekonomi mampu menghasilkan mitos dan penipuan tentang Forex, dan malang sekali ini menjauhkan ramai orang yang mempunyai potensi tinggi.

"Forex hanyalah pasaran untuk matawang. Ia sama speerti pasaran hartanah atau kenderaan. Anda tidak boleh mengatakan pasaran kenderaan satu penipuan." - Robert Parker, CEO Holborn Assets - Holistic Financial Planning Services, Dubai

17086570218_70271813b1_b.jpg

Forex hanyalah sebuah pasaran. Ia digunakan oleh kerajaan, bank, syarikat dan orang kebanyakan. Pernahkah anda mengembara ke luar negara? Jika ya, anda pasti tahu bahawa anda akan memerlukan matawang asing untuk kembara anda, dan ia boleh anda dapatkan dari bank tempatan anda (walaupun kebarangkaliannya tinggi harganya bukan yang terbaik).

Anda ingin membeli produk import? Boleh sahaja, kerana ada pemilik perniagaan yang telah membeli matawang asing untuk memborong produk tersebut dan menjualkannya kepada anda pada harga yang lebih tinggi dalam matawang tempatan. Namun tiada siapa yang akan memanggil peniaga ini seorang penipu Forex.

Semua orang menggunakan Forex dalam kehidupan seharian, tetapi tidak semua orang mendapat keuntungan darinya. Jika begitu, mengapakah ia dianggap satu penipuan? Jawapannya mudah sekali: mereka tidak memahaminya.

Orang yang datang ke Pasaran tanpa sebarang ilmu atau persediaan dan berharap untuk menjadi jutawan di dalam sehari tidak berkemampuan untuk menghadapi kesan dari tindakan mereka sendiri. Mereka mencampakkan wang kepada broker mereka dan berharap untuk jadi kaya dengan satu klik, dan bila mereka gagal, mereka menyalahkan pasaran.

“Pasaran tidak pernah salah – kalau pendapat memang selalu.” - Jesse Livermore

Menurut Bank Penyelesaian Antarabangsa (Bank for International Settlements), purata perdagangan di pasaran tukaran asing adalah $5.1 trilion sehari pada April 2016. Realiti bahawa ada sesetengah orang tidak boleh membuat wang dengan berdagang Forex tidak bermakna Forex satu penipuan – ada banyak pedagang Forex yang menjadikannya kerjaya seumur hidup.

stock-exchange-738671_1280-1.jpg

"Kebanyakan orang berputus asa sebelum sampai ke tahap ini. Mereka memusnahkan akaun perdagangan pertama mereka dan tawar hati, mereka fikir broker mensabotaj mereka" - Felix De Vliegher, pedagang Forex berpengalaman 10+ tahun.

Jika perdagangan Forex itu sah, mengapa ada orang yang berputus asa? Jawapannya, kerana mereka tidak membuat persediaan, mereka hilang kawalan terhadap emosi mereka, mereka tidak cekal berpegang kepada perancangan perdagangan mereka, dan mereka tidak mendidik diri mereka. Hasilnya, mereka kerugian dan menyalahkan pasaran, seperti perniagaan lain juga. Tetapi jika anda bersedia, Forex boleh menjadi sumber kebebasan kewangan anda.

25.09.2017

Apakah manfaat berdagang bitcoin di FOREX?

Pasaran Forex adalah salah satu pasaran terbesar di dunia. Ia tidak pernah berhenti, pesanan dibuat 24/7 di seluruh dunia. Agak aneh jika pasaran Forex tidak bertindak balas terhadap perkembangan menarik matawang kripto. Hari ini, hanya beberapa broker FOREX menawarkan peluang untuk berdagang Bitcoin (untungnya, FBS termasuk dalam senarai ini).
Apakah kelebihan-kelebihan yang pedagang boleh terima dari matawang sebegini?
Pertama sekali, anda boleh yakini bahawa ianya selamat - anda tidak perlu mendedahkan maklumat perbankan atau kad kredit sewaktu deposit atau mengeluarkan wang.
Keduanya, semua transaksi Bicoin direkod di rangkaian awam tanpa melibatkan bank atau agensi penjelasan. Tidak ada kos transaksi, dan itu bagus bunyinya bukan? Ia boleh membantu pedagang meningkatkan pendapatannya. Ada beberapa cara untuk memperbaiki strategi dagangan anda, tetapi anda perlu mendapatkan sedikit ilmu Forex terlebih dahulu.
Akhir sekali, leveraj adalah tinggi. Broker-broker biasanya menawarkan leveraj tinggi untuk dagangan Bitcoin, tetapi anda harus ingat bahawa margin yang tinggi harus digunakan dengan berhati-hati kerana ia juga meningkatkan potensi kerugian.
Teringin untuk mencuba perdagangan Bitcoin? Anda di tempat yang betul – FBS menawarkan peluang lumayan ini untuk semua jenis pedagang, tidak kira jika anda pedagang sofistikated atau baru sahaja bermula dengan FOREX. 

21.09.2017

Dari pekerja biasa menjadi ahli perniagaan berjaya. Kisah tentang Narin Boonmee.

Baru-baru ini kami telah mewawancara salah seorang rakaniaga kami – Narin Boonmee, yang pernah makan gaji melakukan pekerjaan biasa dan kini menjana pendapatan menerusi Forex dan program IB FBS. Beliau kongsikan beberapa rahsia beliau dan beberapa tips.

1.jpg

FBS: Sila perkenalkan diri anda.

Narin: Nama saya Narin Boonmae, ada yang kenal saya dengan nama timangan - Buzz. Saya 25 tahun dan berasal dari Thailand. Pada masa ini, saya seorang pedagang sepenuh masa dan rakaniaga FBS.

FBS: Bagaimana anda boleh menjadi seorang IB dan mengapa? Apakah ada satu saat dalam hidup anda di mana anda memutuskan masanya sudah tiba untuk mempunyai perusahaan sendiri?

Narin: Saya mulakannya hanya kerana saya ingin membuat pendapatan pasif. Saya tidak meletakkan harapan yang tinggi. Saya sertai program IB dan juga berdagang sendiri. Untuk memudahkan kerja saya, saya gunakan EA.

Tetapi sejurus selepas itu saya melangkah lebih jauh dalam dunia Forex dan memutuskan untuk berhenti kerja tidak lama kemudian.

FBS: Membina perniagaan sendiri bukan mudah pada permulaannya. Bagaimana pengalaman anda? Adakah ia selancar seperti dirancang atau ada sebarang pengalaman pahit sepanjang usaha mencapai kebebasan kewangan?

Narin: Ya, memang sukar untuk membina sebuah perusaan, tetapi ia mudah unutk saya. Saya berjaya kerana perancangan menyeluruh, pasukan yang hebat dan perkakas niaga yang mantap. Sekarang saya ada rakan kongsi dan pengurus peribadi yang membantu saya dalam semua segi.

Ia menjadikan hidup saya lebih mudah dan sekarang saya boleh katakan saya sudah mencapai kebebasan kewangan. Perasaannya bagus sekali. Tetapi tentu sekali saya pernah menempuh waktu sukar, pengajaran dan rintangan adalah sebahagian dari membina perniagaan sendiri. "Apa yang naik pasti akan turun" - Saya cuba lagi dan tidak berputus asa. Saya tahu saya akan dapat laluinya.

FBS: Bagaimana anda dapat berada di tempat sekarang? Apakah yang membantu anda?

Narin: Sebelum saya berada di tempat sekarang, saya perlu berkerja keras untuk mendapatkan kepercayaan orang. Saya perlu bina reputasi yang bagus dan buktikan kami boleh diharapkan.

Apa yang membantu adalah sikap yang betul.. Saya sentiasa beringat untuk memberikan perhatian kepada semua pelanggan dan melayan mereka sama rata.

FBS: Bagaimana anda boleh tahu tentang potensi yang ada pada perdagangan Forex?

Narin: Saya dengar tentang Forex sudah banyak kali, tetapi saya tidak ada wang untuk dilabirkan kerana saya masih remaja. Kemudian, bila saya sudah dewasa, abang saya ceritakan lebih banyak tentang Forex dan jelaskan maklumatnya.

Selepas itu saya mula berdagang dengan EA dan juga manual. Tidak lama selepas itu saya perasan orang sekeliling saya berminat dengan apa yang saya buat, jadi kami tubuhkan kumpulan perdagangan bernama Phoenix dan saya mula mengiklankannya. Begitulah bagaimana semuanya bermula.

181926940.png

FBS: Apa nasihat anda untuk mereka yang masih percaya bahawa Forex adalah satu fraud?

Narin: Forex tidak pernah memperdayakan sesiapa. Hanya orang-orang yang berfikir sebegitu yang memperdaya diri sendiri atau mungkin memang tidak tahu banyak tentang pasaran Forex. Jika anda tidak mengerti, dan tidak tahu bagaimana untuk membuat wang di Forex, saya cadangkan anda membaca dan belajar sebelum anda mula berdagang.

Jika anda tidak mahu belajar, jangan berdagang. Kerana jika anda tidak faham peraturan pelaburan, anda akan kerugian, tetapi orang-orang yang faham peraturan akan menang dan terus membuat keuntungan.

FBS: Apakah sasaran yang berjaya anda capai sehingga kini? Anda ada sebarang perancangan untuk masa hadapan yang boleh dikongsikan?

Narin: Pertama sekali – kebebasan kewangan. Saya merdeka, saya tidak perlu berkerja untuk sesiapa kecuali diri sendiri dan saya mempunyai pendapatan yang secara relatifnya tinggi dan stabil.

Saya telah mencapai semua yang saya sasarkan dan kini ada lebih banyak perancangan untuk masa depan.Saya akan mulakan dengan membina satu lagi perniagaan sendiri, mempelbagaikan lagi sumber pendapatan dan yang paling penting membina keluarga.

FBS: Ada nasihat untuk pedagang dan IB yang baru bermula?

Narin: Saya cadangkan anda pelajari apakah itu Forex dan bagaimana anda boleh buat duit melaluinya. Fahami mengapa kita perlu laburkan lebih untuk mendapat lebih. Juga, pelajari apa yang mempengaruhi pasaran.

Anda boleh cari maklumat ini di mana-mana di internet atau sertai kumpulan Forex berdekatan anda. Antara semua broker, saya syorkan FBS kerana mereka menawarkan promosi yang bagus, servis terbaik dan pelbagai lagi bonus yang berguna.

FBS: Terima kasih kerana telah meluangkan masa anda!

21.09.2017

Cara-cara terbaik memahami sesuatu dalam Forex

Tidak kira apa yang mereka katakan, populariti perdagangan Forex terus berkembang, mekar dan menarik pelanggan-pelanggan baru setiap baru. Ini bermakna pasaran dibanjiri dengan para pedagang novis yang dahagakan pendidikan Forex, yang mana rupa, kos dan hasil prospektifnya pelbagai-bagai. Berikut adalah cara belajar Forex yang paling mendapat permintaan dan penghargaan.

1. Seminar Offline 

Biasanya pendidikan Forex jenis ini adalah tipikal unutk para broker. Biasanya, seminar begini adalah dianjurkan di pejabat-pejabat tempatan dan dijalankan oleh penganalisa pasaran dengan wawasan yang sederhana. Menyertai seminar sebegini adalah satu idea yang baik kerana peluang networking – lega rasanya mengetahui bukan anda seorang sahaja yang menderita akibat kekurangan pengetahuan. Malangnya seminar begini tidak dianjurkan setiap hari, dan ada sesetengahnya mengenakan bayaran.

2. Pendidikan Forex online 

Pendidikan online wujud dalam pelbagai rupa dan bentuk: dari webinar sehinggalah kepada kursus-kursus lengkap dengan bahan pengajian berskala terabyte. Ini mungkin cara terbaik ntuk belajar FX setakat ini kerana ia memberikan anda pelbagai bahan-bahan yang sudah diperiksa dan terbukti yang anda boleh telaah di waktu senggang. Walaupun bunyinya agak kontroversi, kekurangan cara ini adalah kepelbagaiannya sendiri - anda akan perlu menghabiskan masa membuat kajian, kerana banyak dari kursus-kursus online ini bukanlah percuma, dan banyak darinya sebenarnya tin kosong.  

3. Kelas dan tutorial pakar

Kaedah paling efisien dan mahal di dalam senarai ini. Secara asasnya, ini bermaksud anda akan mengupah seorang pedagang berpengalaman untuk mengajar anda. Dengan berbuat begini, anda menerima terus rahsia perdagangan berjaya, tetapi dalam masa yang sama anda perlu membayar harga yang mahal untuk masa pengajar. 

4. Forum, aplikasi sembang Telegram dan komuniti FB

Dipendekkan cerita, media sosial. Ada yang memanggilnya sekolah kehidupan, ada yang mengelak dari tempat sebegini tetapi kebenarannya tetap sama – jika anda mencari pendapat dan maklum balas JUJUR, tiada tempat lain yang boleh lawan komuniti pedagang. Kekurangannya pula, adalah kesahihan maklumat: mereka ini bukan pedaganga profesional (kebanyakannya), dan mengikut pendapat mereka boleh menjahanamkan anda. 

Kesimpulan: Jika anda bersungguh mahu belajar Forex, jalannya sentiasa ada tidak kira anda jenis pedagang yang bagaimana. Seperti yang anda sendiri boleh lihat, formula yang sempurna adalah dengan menggabungkan kaedah-kaedah ini dengan sepintar yang mungkin untuk mendapatkan yang terbaik. Nah, sekarang cabar dirimu!

21.09.2017

Jadilah seorang pedagang Forex yang berjaya menerusi Forex Factory.

Sama ada anda pelabur baru atau seorang pedagang Forex profesional, salah satu peluang terbaik untuk mendapatkan pulangan maksimum adalah dengan berdagang menggunakan Forex Factory, laman web ke-2,962 paling popular di dunia di dalam bahasa Inggeris yang menawarkan risikan pasaran eksklusif. 

laman Forex Factory

Dilancarkan pada tahun 2004, laman Forex Factory ternyata adalah satu sumber yang sangat berguna untuk semua kategori pedagang. Di sini anda boleh melihat pelbagai forum perdagangan, statistik dagangan, semua berita yang boleh memberikan impak kepada pasaran, seksyen kalendar, penjelasan tentang situasi semasa pasaran Forex (keupayaan dan potensi kegagalan) dan senarai panjang broker yang boleh diandalkan bersama dengan hasil dagangannya. 

Forum adalah salah satu penawarannya yang terbaik dan produk paling menonjol dari Forex Factory kerana ia salah satu Forum maya yang paling sibuk di dalam dunia kewangan hari ini. Para pedagang dari seluruh pelusuk dunia boleh ditemui berinteraksi di situ berkongsi idea, mengajar, belajar, berdebat, dan bertukar-tukar pengalaman. Anda akan terkejut dengan kepelbagaian topik-topik dan perbincangan mendalam yang membuatkan Forum ini platform yang sangat sesuai untuk mengembangkan ilmu Forex anda. 

Kalendar Forex Factory

Kalendar Forex Factory memang tidak syak lagi antara kalendar ekonomi yang terbaik dan paling menyeluruh pernah ada. Produk ini sungguh inovatif, ia mengubah tanggapan ramai terhadap kalendah kewangan. Perkakas ini menampilkan rating impak, zon waktu yang boleh dilaras, tampilan terperinci, saringan, pautan kepada sumber-sumber acara, penerbitan data secara langsung, carta ekonomi dan pelbagai lagi fitur unik dan unsur berguna yang membantu para pengguna untuk membuat dagangan yagn menguntungkan. 

Berita Forex Factory memainkan peranan penting dalam mengubah cara berita Forex dipersembahkan kepada para pedagang dan peraih pasaran kewangan. Produk Berita di situ memperkenalkan konsep berita Forex yang benar-benar baru kerana struktur perkhabaran dibina untuk menerima sebarang kisah yang diposting ke laman web dari pelbagai sumber termasuk semua ahli. Bagaimana pun, kawalan ketat oleh pasukan editorial Forex Factory yang berpengalaman luas memastikan berita palsu atau berita yang dilaporkan secara palsu tidak akan sampai kepada para pembaca. 

Scanner, Chart dan Sessions

Ada tiga unsur inovatif utama produk "Market": Scanner, Chart dan Sessions. Semua tiga unsur ini dikuasakan oleh Market Data Application (MDA) milik Forex Factory, sebuah infrastruktur kompleks yang dibina khusus untuk mensepadukan data dari pelbagai broker dalam masa nyata. Ini memastikan para pedagang mendapat harga masa nyata terbaik terhampir dengan angka sebenar. MDA juga dikenali sebagai True Pricer kerana ia boleh dijadikan rujukan harga dari pelbagai operator berasingan dan ini menawarkan harga yang lebih terpusat untuk urusniaga pasaran kewangan. 

Trade Explorer

Fitur terpenting Forex Factory seterusnya adalah Trade Explorer. Ia adalah sebuah antaramuka web yang membolehkan para pedagang untuk

  • menganalisa prestasi perdagangan Forex
  • membuatkan proses perdagangan menjadi mudah
  • menasihatkan dagangan
  • adalah automatik dari segi penyelarasan dengan akaun perbrokeran yang disambungkan kepadanya
  • Tambahan lagi, Trader Explorer adalah automatik dari segi penyelarasan dengan akaun perbrokeran yang disambungkan kepadanya.

Ia membolehkan dagangan dibuat dan dianalisa dengan cara yang bijak dan menasihatkan dagangan yang boleh dibuat di masa hadapan atau malah di waktu sekarang. 

Trades

Terbukti jelas sekali, kelebihan menggunakan Forex Factory adlaah kadar harga masa nyata yang ditawarkannya. Produk "Trades" menunjukkan dagangan masa nyata yang dibuat oleh ahli-ahli yang memilih supaya data mereka boleh dilihat umum, dan "Leaderboard" menunjukkan siapakah antara mereka yang membuat pulangan terbaik pada bulan tersebut. Di dalam urusniaga pasaran Forex, peluang begini sangatlah berguna. 

Brokers

Akhir sekali, produk Brokers dicipta untuk membantu pemula baru meluncuri pasaran Forex dan mengakses broker-broker tanpa masalah besar. Panduan tersebut adalah pendekatan inovatif yang membolehkan pedagang pergi ke belakang broker, menggabungkan informasi terkini, maklumat yang luas dan spread masa nyata. Dari semua empat ciri tersebut, produk ini adalah satu panduan muktamad yang menjelaskan setiap perincian dan cabaran yang dihadapi oleh broker-broker pasaran Forex. 

Fitur Baru

Forex Factory terus menambah fitur baru bergantung kepada perubahan dinamik perdagangan dan memberikan peluang unuk untuk mempelajari amalan terbaik dari guru perdagangan seperti BillyRayVal dan IronMan yang telah berdagang dengan jayanya di Pasaran Forex untuk 10 tahun dan dengan murah hati berkongsi pengalaman mereka. Blog mereka memperincikan strategi menguntungkan yang dipanggil "No Brainer Trades". Strategi ini memberikan kadar peratusan kemenangan yang sangat tinggi, tidak menggunakan indikator, dan mudah untuk dipelajari serta diamalkan. Teknik ini hanya menggunakan sokongan dan rintangan (support and resistance) bersama beberapa kaedah lain membolehkan pedagang menunggang trend sepenuhnya, inilah apa yang dibuat oleh pemain-pemain besar, maka munasabah jika kita mengikutinya juga. 

Zon sokongan dan rintangan

Zon sokongan dan rintangan bertahan kerana tidak seperti kaedah lain, sesiapa yang berdagang di mana-mana rangka masa boleh melihat carta dan nampak di mana harga telah bertindak balas banyak kali di masa lalu, atau apa yang akan menjadi "no brainer' tidak lama nanti, Sebarang aras harga tertakluk kepada breakout akibat tindak balas terhadap berita Forex, atau pelbagai pengaruh lain, adalah pentung untuk sentiasa mengukur suasana semasa pasaran dan membuat pertimbangan yang baik sama ada aras tersebut akan bertahan atau bobos. Strategi ini terbukti memberikan keuntungan dari +20 sehingga ratusan pip, jadi kadar kejayaan adalah sangat tinggi. 

Ambil masa anda dan selami persekitaran di Forex Factory dengan tekad yang profesional dan penuh produktiviti untuk menjadi pemain serius di pasaran kewangan. Forex Factory tidak membantu? Bagaimana alternatif kepada Forex Factory yang ditawarkan

20.09.2017

Selebriti-selebriti Yang Pernah Jadi Pedagang

Bila seseorang membayangkan susuk pedagang Forex tipikal, jarang sekali seorang selebriti Hollywood hadir di minda. Bagaimana pun, sejarah membuktikan sebaliknya - teruskan membaca untuk mengetahui selebriti manakah yang pandai berdagang sendiri.  

Michelle Williams 

980x490-01-michelle-williams-louis-vuitton-jpg-214bee1e.jpg

Mungkin bunyinya aneh buat anda, calon anugerah Golden Globe dan Academy Award ini pernah menjadi seorang pedagang yang berjaya - pada tahun 1997, Williams telah menyertai Robbins World Cup Championship of Futures Tradign dan memenanginya dengan menggandakan $10,000 menjadi $100,000.

Aktres ini mewarisi bakat berdagang dari bapanya, pedagang terkenal Larry Williams yang mengenali kadar tukaran Forex lebih baik dari sesiapa sahaja di dunia ini.

Lee DeWyze

lee.jpg

Tidak ramai yang tahu bahawa sebelum beliau memenangi American Idol musim ke-9, Lee DeWyze adalah seorang kerani lantai dagangan di Chicago Mercantile Exchange.

Beliau berpeluang untuk berjaya dalam Forex atau lain-lain posisi berkaitan, tetapi telah meninggalkan karier pada 2008 untuk menjadi ikon remaja pada 2010. 

John Houseman 

MV5BMjE4NTM2OTk5Ml5BMl5BanBnXkFtZTcwMDk4ODUwOA@@._V1_SY1000_CR0014891000_AL_.jpg

John Houseman adalah seorang pelakon dan produser British-Amerika yang telah memenangi anugerah Oscar. Beliau telah berdagang sebagai ahli CBOT antara 1929-1930.

Jika tidak kerana The Great Depression berikutan dari runtuhnya pasaran saham pada 1929, kita pasti mengenali beliau bukan kerana produksi Citizen Kane beliau, tetapi kerana namanya sebagai pedagang niaga hadapan Forex. 

15.09.2017

Bolehkah ramalan 7 hari untuk Forex dibuat menggunakan astrologi?

Untuk menjawab pertanyaan ini, adalah penting untuk dinyatakan bahawa wujud 2 komuniti di kalangan para pedagang = yang satu percaya dengan ramalan dalam forex dan yang satu lagi pula tidak. 

Kebanyakan pedagang setuju dengan Nicolas Darvsa, yang terkenal sebagai salah satu pedagang terbaik dunia dan juga pengarang buku "How I Made $2,000,000 in the Stock Market". Beliau sangat yakin bahawa analisis lebih penting dari unjuran: "Saya percaya dengan analisis, bukan unjuran". Biar pun analisis tidak boleh diabaikan semestinya, tetapi bagaimana dengan horoskop?

Seorang ahli astrologi terkenal sangat yakin bahawa sekurang-kurangnya ramalan 7 hari boleh dibuat menggunakan horoskop. Lebih-lebih lagi, kebanyakan pedagang berjaya adalah orang Leo, Cancer dan Capricorn. Jadi, jangan abaikan petanda dari bindang dan berdaganglah pada waktu yang menguntungkan untuk menjadi kaya dan berjaya.

05.07.2017

Bagaimana untuk menukar dari daripada akaun demo kepada akaun sebenar tanpa rasa sakit

Ramai pedagang menunjukkan hasil yang hebat di akaun demo tetapi gagal apabila mereka memulakan dagangan sebenar. Kami membuat analisa penuh mengenai masalah ini dan memilih 4 langkah penting, yang akan membantu anda beralih ke akaun sebenar yang selesa.

1) Berdagang seperti Sebenar. Apabila anda tahu anda tidak berdagang dengan wang sebenar , emosi anda adalah lebih kurang terlibat, dan anda boleh membuat semua kesilapan yang mungkin. Ia adalah merbahaya kerana segala-galanya yang anda lakukan pada akaun demo akan menjadi kebiasaan .

Apabila anda membuka akaun demo, lupa bahawa ia adalah satu "demo" akaun. Menganggapnya sebagai satu akaun sebenar dengan wang sebenar anda di dalamnya. Memasuki perdagangan dengan strategi, pelan, pengurusan risiko dan lain-lain saiz dan leverage akaun demo anda harus boleh sama seperti akaun live anda akan menjadi. Jangan buka akaun demo $ 50,000 jika anda merancang untuk akaun sebenar $ 1000.

2) Perdagangan Demo sehingga anda berjaya dan kemudian berdagang lebih untuk mengulangi kejayaan anda. Apabila anda berulang kali berjaya anda akan membina keyakinan dan disiplin, maka anda sudah bersedia untuk pergi untuk akaun sebenar.

ika anda mengulangi kejayaan anda dalam akaun secara langsung, ini bermakna anda cukup berdisplin, anda mampu untuk mengawal emosi anda, dan anda telah menguasai kemahiran dagangan anda. Jika kesilapan yang dibuat dalam akaunsebenar, mengambil beberapa langkah ke belakang, lengkapkan pengetahuan anda, perdagangan demo untuk mendapatkan beberapa pengalaman dan menguasai sistem trading anda.

3) Pastikan akaun demo berjalan. Sentiasa ingat bahawa apabila anda membuat kesilapan dalam perdagangan demo, anda tidak mampu untuk membuat salinan ralat yang apabila berdagang dengan wang sebenar. Walaupun selepas anda membuat keputusan untuk berdagang secara langsung, perdagangan demo boleh menjadi sangat berharga. Anda boleh menguji strategi dan set-up pada akaun demo sebelum anda cuba mereka keluar dengan wang sebenar.

4) Pertimbangkan berdagang pertandingan. Salah satu masalah dengan akaun demo adalah bahawa anda mempunyai sambungan emosi sangat sedikit dengan dana maya. Atas sebab ini terdapat pertandingan untuk peniaga-peniaga demo, di mana kita memberi hadiah wang tunai kepada pemenang. Ini menjadikan perdagangan demo sedikit lebih pengalaman realistik, dan juga amalan yang baik. Sebagai contoh - FBS Pro pertandingan. 

FBS Pro

28.06.2017

10 Tip berguna dari Pembuat Jutawan

Terdapat ramai pedagang yang menguntungkan berjaya membuat berjuta-juta dan sanggup memberi nasihat kepada pedagang-pedagang lain. Kami mengumpulkan beberapa nasihat yang terbaik di sini untuk anda baca.

#1

Mengetahu risiko anda sebelum memasuki perdagangan. Apabila anda tahu risiko, anda boleh mengawal saiz sewajarnya berdasarkan kiraan risiko anda supaya tidak rugi tidak terlalu tinggi jika perdagangan yang tidak betul.

#2

Jangan sesekali berfikir seperti "Sudah terlalu banyak" atau "Tidak boleh pergi lebih rendah" kerana ia boleh. Tidak mengapa jika pasaran membuat satu langkah yang tidak masuk akal. Jangan berpegang kepada rugi.

#3

Jangan takut untuk rugi. Ia adalah sebahagian daripada perdagangan, tidak ada yang boleh mengelaknya. Selagi anda mengawal kerugian anda dengan berpegang kepada strategi anda, anda tidak perlu takut.

#4

Tidak semua kerugian adalah dari melakukan sesuatu yang salah. Tiada setup berlaku 100% setiap masa. Hanya berpegang kepada strategi anda dan kerugian yang ideal dan mengawal kerugian.

#5

Cari kawasan anda. Apabila anda memulakan, jangan cuba untuk berdagang semua yang bergerak, memberi tumpuan kepada satu kawasan, menguasainya, kemudian perlahan-lahan keluar dari sana.

#6

Semak perdagangan anda. Dari perdagangan lama anda , anda boleh mendapatkan idea di mana anda berjaya dan di mana anda gagal. Setelah anda mengenal pasti di mana anda berjaya,beri tumpuan di sana!

#7

Di Awal dalam perjalanan anda, anda mungkin akan mencuba sedikit dengan strategi yang berbeza, dan yang paling tidak akan berfungsi. Anda akan mengalami beberapa kerugian, tetapi anda akan belajar banyak dan ini akan membantu mencari arah kejayaan anda.

#8

Kesilapan adalah alat pembelajaran yang terbaik. Jangan mengabaikan mereka, jangan lari dari mereka, memeluk mereka. Mereka akan membantu membimbing anda untuk penambahbaikan.

#9

Strategikan perdagangan anda di mana kawasan terbaik, bukan keuntungan / kerugian anda, jangan biarkan ia mempengaruhi keputusan anda. perdagangan hendaklah dibuat mengikut carta dan pelan.

#10

Jangan sesekali berhenti belajar.

27.06.2017

5 Kesilapan Pedagang Pro Yang Anda Boleh Elakkan

Kita semua sudah arif tentang kesilapan yang pemula baru lakukan, tetapi bagaimana dengan para pedagang pro? Kadang kala pengalaman diperoleh melalui kesilapan, malahan para pedagang yang paling handal pun boleh terjebak. Kami telah himpunkan kesilapan-kesilapan para pedagang pro yang paling lazim.

#1 Terlebih berdagang

Adakalanya sesetengah pedagang berdagang terlalu banyak posisi dalam satu masa, yang terlalu banyak menggunakan cengkeram margin, mengurangkan keupayaan menyerap gerakan songsang pasaran. Sementelah lagi, apabila anda berdagang terlalu kerap, anda sentiasa ada posisi yang aktif dan secara berterusan terdedah kepada risiko pasaran. Untuk mengelakkan kesilapan seperti ini, adalah lebih baik untuk fokus pada peluang-peluang yang memberikan anda kelebihan dan gunakan strategi berdagang yang berdisiplin untuk menakluknya.

ms.png

#2 Terlebih analisa

Kebanyakan pedagang tampak seperti mereka berfikir bahawa "lebih banyak, lebih baik". Mereka gemar duduk di hadapan komputer menganalisa berita dan laporan Forex selama berjam-jam. Adakalanya anda mungkin terlalu fokus pada analisis yang terlebih rumit dan terlepas pandang keputusan yang ringkas dan terbaik. Bila seseorang pedagang cuba untuk menganalisa terlalu banyak pembolehubah pasaran, mereka melesukan diri sehingga cuai berdagang dengan emosi dan cemerkap.

#3 Terlalu banyak indikator

Bzp_kWsIEAA4SFi.png

Analisis teknikal adalah salah satu aspek termudah perdagangan, dan ramai pedagang cenderung untuk menjadikannya terlebih rumit dengan melonggokkan indikator-indikator yang tidak perlu di carta mereka. Penting untuk difahami bahawa menambah banyak indikator tidak akan membantu anda berdagang dengan lebih baik, tetapi ia boleh menjadikan anda semak dengan informasi dan menyebabkan kekeliruan, membawa kepada keputusan yang tidak bersebab.

#4 Terlebih yakin

Kebanyakan pedagang tidak menyedari bahawa mereka menjadi semakin terlebih yakin melainkan bila sudah terlanjur terlambat. Ia bermula sebagai optimisme, tetapi dengan pantas menjadi ketamakan. Dan sensasi emosi kemenangan membuat anda lupa diri sehingga berdagang melampaui perancangan sendiri.

#5 Tidak menggunakan jurnal dagangan

Sesetengah pedagang pro berfikir bahawa jurnal dagangan adalah untuk pemula, tetapi meyimpan semuanya di ingatan tidak cukup sebenarnya. Walaupun setelah 10 tahun berdagang, anda mungkin sedar bahawa anda membuat variasi berbeza untuk kesilapan yang sama. Ruang untuk pembaikan sentiasa ada dan jika anda tidak belajar dari kesilapan sendiri, anda pasti akan mengulanginya lagi.

Ketahui lebih lanjut

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam 00:30:00

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera