11.09.2023

Berapakah Nilai Bar Emas?

cover.png

Semasa ekonomi sedang merosot, sukar untuk meramalkan aset mana yang akan meningkat nilainya dan yang mana pula akan menyusut. Ramai pelabur dan pedagang memindahkan dana mereka kepada aset yang kurang terdedah kepada penurunan. Salah satu daripada aset tersebut adalah emas.

Dalam artikel ini, anda akan mengetahui mengapa emas masih mendapat permintaan, apakah itu bar emas, berapa nilainya, dan jenis emas lain yang tersedia untuk berdagang.

08.09.2023

Kuasa Paper Trading: Pendekatan Simulasi Untuk Menguasai Pasaran

cover.png

Perdagangan di pasaran kewangan adalah sesuatu yang mencabar dan merumitkan. Anda perlu menguasai pelbagai alatan dan teknik. Pedagang yang kurang berpengalaman berkemungkinan menghadapi kesukaran semasa mula-mula bergiat dalam live trading, termasuk pelaksanaan urusniaga, pengurusan risiko, pembangunan strategi dan pengawalan emosi. Menangani isu-isu ini di bawah tekanan akibat pasaran yang sentiasa berubah semasa perdagangan nyata adalah sesuatu yang mahal dan meresahkan. Pedagang yang berpengalaman tidak terkecuali: mereka juga mengalami risiko kerugian yang tinggi semasa menguji idea baharu dengan akaun perdagangan sebenar.

Mujurnya terdapat satu penyelesaian yang menyediakan persekitaran bebas risiko kepada pedagang untuk menguji strategi dan meningkatkan kemahiran perdagangan mereka: "paper trading".

Artikel ini menerokai konsep perdagangan maya dan peranannya dalam dunia kewangan. Pedagang baharu mahupun profesional patut memahami tentang paper trading dan menggunakan mekanisme unik ini untuk meraih kejayaan.

07.09.2023

Perlindungan Baki Negatif Dalam Perdagangan Forex

cover.png

Perlindungan baki negatif (NBP) ialah pulau tempat berteduh di persada pasaran Forex yang bergelora. Dalam artikel ini, kita akan menerokai konsep NBP dan peranannya dalam menghindarkan pedagang daripada mengalami kerugian yang besar dalam perdagangan Forex. Kami akan menyerlahkan keupayaan NBP untuk menimbulkan rasa selamat dalam diri pedagang, dan kita akan mengupas kelemahan mekanisme ini. Selepas membaca artikel ini, anda akan tahu negara-negara yang telah mengguna pakai peraturan tentang NBP dan sebaliknya. Kami juga akan memberi beberapa perspektif bagaimana anda boleh menguruskan risiko anda selain daripada mengandalkan NBP.

31.08.2023

RSI dan RCI dalam Forex: Strategi Perdagangan Yang Optimum

cover.png

Apabila harga bergerak dengan stabil dalam satu-satu arah, adakalanya sukar untuk meramal kebarangkalian terjadinya penyongsangan. Namun demkian, terdapat beberapa indikator teknikal yang boleh membantu seorang pedagang menganalisa keadaan pasaran untuk kemungkinan pembentukan puncak atau lembah.

Dalam artikel ini, anda akan mempelajari tentang indikator RSI, cara menggunakannya dalam perdagangan Forex dan bagaimana ia berbeza daripada RCI.

30.08.2023

Apakah Yang Akan Berlaku Jika Pasaran Saham Merudum

cover (1).png

Pasaran saham memainkan peranan yang penting dalam ekonomi global, ia menyediakan peluang kepada pelabur untuk membeli dan menjual saham syarikat senaraian awam. Walau bagaimanapun, pasaran saham tidak terlepas dari mengalami tempoh kemeruapan, dan salah satu peristiwa paling menakutkan yang boleh berlaku ialah kejatuhan pasaran saham.

Dalam artikel ini, kita akan meneroka sifat dan implikasi kejatuhan pasaran saham, mempelajari tentang peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dalam sejarah dan menerokai langkah-langkah yang perlu diambil jika berhadapan dengan situasi sedemikian sebagai pelabur.

25.08.2023

Cara Menggunakan Kalendar Ekonomi Untuk Meningkatkan Keuntungan Perdagangan Forex Anda

cover.png

Untuk meraih keuntungan dalam perdagangan, anda perlu mahir menganalisa keadaan pasaran. Walau bagaimanapun, mengetahui peristiwa-peristiwa yang boleh mempengaruhi prestasi aset anda sama pentingnya dengan menganalisa ciri-ciri teknikal pasaran. Terdapat pelbagai perkongsian yang komprehensif tentang alat analisis teknikal yang boleh dijumpai di luar sana, tetapi pedagang (terutamanya pedagang pemula) seringkali terlupa tentang analisis fundamental.

Salah satu alat yang paling penting untuk membantu pedagang menjejaki peristiwa-peristiwa ini ialah kalendar ekonomi. Dalam artikel ini, anda akan mempelajari cara kalendar ekonomi berfungsi, maklumat boleh didapati daripadanya dan cara menggunakannya dalam perdagangan.

23.08.2023

Peranan Akaun Demo Dalam Mempraktikkan Dan Menguji Strategi Perdagangan

cover.png

Dalam dunia perdagangan yang pantas, akaun demo telah menjadi alat yang tiada galang gantinya yang memberikan pengguna banyak peluang untuk meneroka pasaran kewangan dan memperhalusi kemahiran berdagang mereka. Akaun demo menawarkan pedagang latihan bebas risiko dalam persekitaran pasaran yang disimulasi dengan data harga masa nyata, menggunakan modal maya. Apabila menggunakan akaun demo, pedagang mengalami cabaran dan kejayaan yang hampir sama seperti yang mereka akan alami dalam perdagangan sebenar. Ia adalah akaun demo yang membolehkan para pedagang mengenali pasaran, menguji strategi baharu dan memperolehi keyakinan.

Dalam artikel ini, kita akan bercakap tentang kepentingan akaun demo dalam mempraktikkan dan menguji strategi perdagangan. Secara khususnya, anda akan belajar tentang kekuatan dan kelemahan akaun demo, mengapa pedagang pro beralih kepada jenis akaun ini, dan cara bagaimana anda boleh mendapat manfaat daripada menggunakan sebuah platform perdagangan yang bebas risiko.

22.08.2023

Cara Menilai Prestasi Perdagangan Forex Anda

cover.png

Menilai prestasi perdagangan Forex adalah aspek yang penting untuk berjaya dalam perdagangan. Setiap pedagang harus sentiasa menala strategi dan mindset mereka untuk meraih pencapaian yang lebih tinggi dalam pasaran kewangan yang bukan sahaja paling besar tetapi juga paling kompetitif. Mengetahui cara untuk menilai prestasi perdagangan anda secara efektif adalah penting, kerana ia memberi anda maklumat yang praktikal untuk berkembang sebagai seorang pedagang Forex.

Artikel ini menggariskan beberapa kaedah yang berkesan untuk penilaian prestasi perdagangan dan menyerlahkan metrik-metrik fundamental untuk menilai prestasi perdagangan Forex.

17.08.2023

Program IB Forex IB: Cara Buat Duit Tanpa Berdagang

cover.png

Umum telah mengetahui jika anda menjadi pedagang Forex, anda perlu membuat untung dengan melibatkan diri dalam aktiviti perdagangan Forex. Itu sangat jelas. Bagaimanapun, hanya beberapa orang pedagang yang sedar bahawa mereka boleh buat duit walaupun mereka tidak berdagang. Kedengaran pelik bukan? Tetapi ia adalah benar, dan dalam artikel ini, anda akan mengetahui apa itu program IB Forex dan cara anda boleh menjana pendapatan tambahan dengan menyertainya.

14.08.2023

Perdagangan Dalam Talian vs. Perdagangan Luar Talian

cover.png

Apakah perbezaan antara perdagangan dalam talian dan luar talian?

Pada masa kini, siapa pun yang ingin melibatkan diri dalam perdagangan tidak berhadapan dengan persoalan bagaimana sebenarnya untuk berbuat sedemikin. Akses kepada Internet percuma dan pantas tersedia di hampir setiap negara di dunia, dan jumlah pengguna aplikasi perdagangan dalam talian sentiasa meningkat.

Dalam masa yang sama, kita harus ingat tentang pendekatan tradisional untuk berdagang, iaitu perdagangan luar talian. Bagaimana ia berfungsi? Apakah kelebihan perdagangan luar talian? Akhir sekali, pendekatan perdagangan dalam talian atau perdagangan luar talian mana yang lebih disukai – semuanya dalam artikel kami ini.

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera