Capitalize

Pemodalan

Pemodalan adalah satu kaedah perakaunan yang digunakan untuk mengenal pasti belanja suatu aset jangka panjang bagi suatu tempoh masa yang tertentu, yang biasanya ditetapkan berdasarkan jangka hayat aset jangka panjang tersebut. Bila sesebuah syarikat memutuskan untuk mempemodalkan suatu perbelanjaan, ia mengurangkan amaun perbelanjaan berkaitan dengan aset tersebut di dalam tempoh yang ditentukan dengan mengagihkan belanja tersebut kepada sepanjang tempoh hayat aset berkenaan.

MENCERAKINKAN Pemodalan

Pemodalan dan pembelanjaan adalah istilah perakaunan yang penting untuk diketahui. Secara ringkasnya, ia merujuk kepada bagaimana suatu kos diuruskan dalam penyata kewangan suatu entiti. Ini bermakna bisnes-bisnes mempunyai dua pilihan bila memasukkan kos ke dalam penyata pendapatan mereka. Mereka boleh memasukkannya sebagai perbelanjaan atau menjadikannya modal.
Ada beberapa contoh di mana syarikat-syarikat telah menggunakan pemodalan belanja operasi biasa berbanding praktis prosedur perakaunan biasa, barangkali untuk meninggikan aliran tunai operasi secara buatan. Walaupun ini boleh mempengaruhi keuntungan jangka pendek sebuah syarikat, praktis haram ini biasanya terdedah dalam jangka panjang. Adalah kritikal untuk kita pisahkan konsep pemodalan dan permodalan pasaran.
Syarikat-syarikat boleh memodalkan kos hanya bila sumber diperolehi akan memberikan nilai di masa hadapan. Ini bermaksud sumber yang bermanfaat untuk perniagaan bagi lebih dari satu kitaran operasi.
Justeru, perbelanjaan dari pemerolehan sumber ini direkodkan oleh para akauntan sebagai aset di dalam kunci kira-kira syarikat. Kos tersebut kemudian akan terlihat pada kunci kira-kira di dalam tahun-tahun kewangan yang seterusnya menerusi pelunasan dan susut nilai.
Syarikat-syarikat juga harus mempertimbangkan pemodalan kos bila ia menambah nilai kepada sumber sedia ada secara signifikan. Jika syarikat tersebut menaiktaraf sebahagian dari peralatan, hartanah atau kelengkapan yang ia gunakan, dari satu segi ia meningkatkan nilai aset tersebut, justeru ia boleh dipemodalkan.

Contoh Pemodalan

Mari kita lihat satu contoh di mana sebuah syarikat membeli perabut pejabat untuk menggunakannya di dalam suatu bangunan. Ia adalah pembelian yang besar dan kos total perabut tersebut adalah $84,000. Pada penerimaan perabot tersebut di bangunan itu, syarikat membayar invois dan akauntan memasukkan belanja $84,000 ke dalam akaun aset dipanggil Kerja Dalam Proses (WIP, Work in Process). Akaun ini mengumpulkan semua perbelanjaan yang diniatkan untuk aset-aset jangka panjang, tetapi ia belum lagi digunakan dan oleh kerana itu belum boleh dimodalkan lagi.
Selepas pemasangan perabut tersebut, pejabat itu siap untuk digunakan. Aset tersebut mula digunakan, dan akauntan boleh memodalkan kos $84,000 perabut tersebut menjadi aset jangka-panjang di dalam kunci kira-kira syarikat. Anggaran jangka hayat perabut tersebut, seperti yang ditakrifkan oleh polisi syarikat, dan kod cukai IRS, adalah 7 tahun. Jadi syarikat itu harus mengenal pasti $1000 sebulan, itu (kos $84,000 ÷ 7 tahun) ÷ 12 bulan. Kaedah pengiraan garis lurus untuk kos yang dimodalkan akan memastikan syarikat mengenal pasti amaun yang benar untuk penyusutan belanja setiap tahun, tidak kira berapa bulan perabut itu sudah digunakan.
Syarikat-syarikat gemar memodalkan aset kerana ia mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan pendapatan bersih walaupun aliran tunai menyusut. Dalam masa yang sama, jarang-jarang syarikat memperbelanjakan bekalan pejabat dan memodalkan komputer dan kenderaan.

Susut nilai

Bangunan, mesin-mesin, kelengkapan, perabut, lekapan, komputer, pencahayan luaran, ruang parkir, kereta, dan lori adalah contoh-contoh aset yang akan bertahan untuk lebih dari setahun, tapi tidak akan kekal selamanya. Proses menghapus kira atau memodalkan aset sebegitu di sepanjang jangka hayatnya dirujuk sebagai susut nilai, atau pelunasan untuk aset-aset tidak ketara. Sepanjang setiap tempoh perakaunan (tahunan, sukuan, bulanan, dsb.) sebahagian dari kos aset-aset ini digunakan sehingga nilai penuh aset tersebut dihapus kira dari kunci kira-kira. Kesannya, susut nilai adalah pemindahan sebahagian dari kos aset tersebut dari kunci kira-kira kepada penyata pendapatan bagi setiap tahun usia aset tersebut. Belanja susut nilai tahunan datang dari pendapatan bersih dan ditentukan berdasarkan jangka hayat, kos total dan nilai sisaan aset tersebut.
Undur

2020-07-23 • Dikemaskini

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Ketahui lebih lanjut

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam 00:30:00

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera