Crude oil

Minyak mentah

Minyak mentah adalah sumber semula jadi mentah yang digunakan untuk menghasilkan petrol, bahan api pesawat, dan produk petroleum lain. Ia sumber yang tidak boleh diperbaharui yang biasanya diperoleh melalui penggerudian. Untuk memahami dinamik harga minyak kita perlu mengetahui sejarahnya.

Sejarah ringkas

1847 — Sejarah moden industri minyak dan gas bermula dengan penemuan oleh ahli kimia Scotland, James Young.

Akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19 — Penubuhan syarikat minyak utama di AS, Rusia, Iran, Eropah yang masih menguasai industri minyak hari ini seperti ExxonMobil, Royal Dutch Shell, dan BP (British Petroleum).

Akhir abad ke-20 — Kuasa beralih dari kawasan yang secara umumnya pengguna minyak seperti AS dan Eropah ke negara-negara pengeluar minyak.

1960 — Lima negara iaitu Arab Saudi, Iran, Iraq, Kuwait, dan Venezuela menubuhkan sebuah organisasi yang akan mengawal pasaran minyak, yakni menjaga agar harga tetap stabil, menurunkan kemeruapan harga minyak dan melaras bekalan minyak dunia. Organisasi itu dinamakan OPEC, singkatan untuk Organisasi Negara-negara Pengeksport Petroleum sepenuhnya. Kini ia terdiri daripada 14 negara dan menyumbang 44% pengeluaran minyak global dan 81.5% dari rizab minyak dunia.

Awal abad ke-21 — Teknik fracking mencetus ledakan industri tenaga AS, yang mengurangkan pengaruh OPEC.

2017 — OPEC+ diwujudkan untuk menyelaras suatu siri pemotongan pengeluaran yang bertujuan untuk menopang pasaran. "+" ini menambah 10 negara lagi, seperti Rusia, Mexico dan lain-lain, ke meja rundingan.

Industri minyak dan gas masih berkembang pesat biarpun terdapat persaingan dari sumber tenaga yang boleh diperbaharui, walaupun dalam keadaan yang lebih meruap berbanding sebelum ini kesan dari peristiwa-peristiwa global. Untuk berdagang minyak dengan berjaya, anda perlu mengetahui beberapa perkara penting.

Pilih Antara Minyak Mentah Brent (UK) dan West Texas Intermediate (AS)

Terdapat beberapa perbezaan di antara kedua minyak tanda aras ini. Brent mempunyai kandungan sulfur yang lebih tinggi dan harganya menetapkan standard untuk sekitar 2/3 pengeluaran dunia. Itulah sebabnya ia lebih penting berbanding WTI, tetapi terpulang kepada anda yang mana satu mahu didagangkan. WTI bermaksud West Texas Intermediate. Minyak mentah kelas ini dihasilkan di Amerika Utara dan disebut sebagai "light sweet oil" ("minyak manis yang ringan") kerana ia mengandungi 0,24% sulfur. WTI lebih baik untuk petrol, Brent lebih baik untuk bahan bakar diesel. Selain itu, Brent biasanya didagangkan lebih mahal berbanding WTI, tetapi kedua-duanya cenderung bergerak seiring dengan gerakan yang sama.

Apa yang mendorong harga minyak?

Pertama, harga minyak mentah sangat bergantung kepada keadaan ekonomi global. Kita boleh menjangkakan harga akan meningkat pada masa yang baik dan jatuh di waktu kemelesetan global. Kedua, ketidakpastian politik boleh memberi impak kepada pengeluaran minyak: ketegangan di Timur Tengah dapat mengganggu pengeluaran dan mengurangkan bekalan sehingga mendorong kenaikan harga. Ketiga, pemain-pemain besar di pasaran minyak mempengaruhi harganya. Sebagai contoh, jika OPEC memutuskan untuk mengurangkan bekalan minyak, harganya akan meningkat.

Bagaimana cara membuat keuntungan dengan minyak mentah?

Pantau berita untuk melihat pergerakan pasaran, kerana harga minyak mentah sentiasa berubah dan biasanya tidak stabil. Ikuti berita-berita Brent dan berita-berita WTI untuk terus mengetahui yang terkini. Kami juga ada membuat pelan perdagangan mingguan pasaran minyak, di mana anda boleh mendapatkan strategi yang berpotensi tinggi.

Mula dagangkan minyak!

Undur

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Ketahui lebih lanjut

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam 00:30:00

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera