Income Tax

Cukai Pendapatan

Cukai pendapatan adalah caj tahun yang dilevi sama ada ke atas upah, gaji, komisyen dam pendapatan bukan gaji (dividen, faedah, sewa, pendapatan dari perdagangan).

Ada dua jenis cukai pendapatan yang asas. Yang pertama adalah cukai pendapatan peribadi, dilevi ke atas pendapatan individu, isirumah, perkongsian dan milikan tunggal. Yang kedua adalah cukai perbadanan, dicukai ke atas untung bersih firma yang diperbadankan.

Menurut undang-undang, perniagaan dan individu wajib mengisytiharkan penyata cukai pendapatan secara tahunan untuk menentukan sama ada mereka perlu membayar cukai atau layak menerima rebat cukai. Cukai pendapatan adalah sumber dana utama kerajaan untuk mendanai aktiviti dan memberikan khidmat kepada rakyat.

MENCERAKINKAN Cukai Pendapatan

Sistem cukai progresif yang tersebar meluas mengenakan kadar cukai yang lebih tinggi kepada mereka yang berpendapatan tinggi berbanding mereka yang berpendapatan rendah. Cukai pendapatan pertama kali diperkenal di Amerika Syarikat pada 1962, sewaktu Perang Saudara. Pada masa itu hanya satu peratus dari populasi yang diwajibkan membayar cukai. Cukai pendapatan kadar rata diperkenal pada 1867. Cukai pendapatan ini dimansuhkan sepenuhnya pada 1872. Tujuan asalnya adalah untuk mendapatkan dana bagi pembayaran semula hutang $100 juta yang ditanggung akibat dari perbelanjaan perperangan. Selepas perang, cukai ini dimansuhkan tetapi cukai pendapatan menjadi kekal pada awal kurun ke-20.

Di Amerika Syarikat, Perkhidmatan Pendapatan Dalam Negeri (IRS, Internal Revenue Service) dipertanggungjawabkan untuk memungut cukai pendapatan tahunan dari penduduk yang berkerja dan perniagaan. Kebanyakan warga membayar cukai pendapatan kepada agensi tersebut secara tahunan, walaupun dalam sesetengah kes, pembayaran sukuan diperlukan untuk pekerja sambilan (freelancers) dan perniagaan yang pendapatannya melebihi ambang tertentu. IRS adalah sebahagian dari Jabatan Perbendaharaan.

Cukai Pendapatan Individu

Cukai pendapatan individu adalah cukai yang dilevi ke atas pendapatan total seseorang bagi tempoh setahun. Cukai ini dikawal selia dan dipungut oleh kerajaan. Bila pembetulan dibuat di penghujung tahun, pelarasan kepada cukai tersebut boleh menyebabkan cukai tambahan perlu dibayar kepada kerajaan atau lebihan cukai boleh diterima oleh individu dari kerajaan.

Cukai Pendapatan Perniagaan

Semua perniagaan membayar cukai untuk perolehan mereka. Menurut IRS, korporat, perkongsian, kontraktor yang berkerja sendiri dan perniagaan-perniagaan kecil dianggap perniagaan.

Walau apa pun bentuk keseluruhan cukai pendapatan tersebut, adalah lazim untuk syarat khas dikenakan dalam mencukai pendapatan perniagaan atau pelaburan. Syarat ini biasanya berkaitan dengan asas cukai, masa untuk pengenalpastian pendapatan dan tolakan, dan kaedah pungutan. Setakat ini yang paling penting syarat masa. Dalam konteks perniagaan khususnya, syarat ini harus bertolak ansur agar perakaunan cukai dan kewangan dapat diserasikan. Walaupun keseragaman antara perakaunan cukai dan kewangan dilihat penting, negara-negara berlainan telah mengambil pendekatan yang berbeza: sesetengah negara telah mencapai keseragaman yang besar; manakala bagi yang lain, perakaunan cukai dan kewangan sangat jauh berbeza.

Cukai Pendapatan Tempatan dan Negeri

Kebanyakan negeri di A.S. mengutip cukai pendapatan negeri sebagai tambahan kepada cukai pendapatan persekutuan. Kedua-duanya adalah entiti berbeza. Sesetengah kerajaan tempatan juga mengenakan cukai pendapatan, sering berdasarkan pada pengiraan cukai pendapatan negeri. Empat puluh tiga negeri dan banyak lokaliti di Amerika Syarikat mengenakan cukai pendapatan ke atas individu, hanya tujuh negeri tidak melevi cukai pendapatan kepada warganya, dan ini termasuklah Alaska, Florida, Nevada, South Dakota, Texas, Washington dan Wyoming. New Hampshire dan Tennessee hanya memungut cukai pendapatan dari dividen dan pelaburan. Empat puluh tujuh negeri dan banyak lokaliti mengenakan cukai ke atas pendapatan korporat.

Cukai Harta dan Cukai Jualan

Cukai harta adalah levi yang dikenakan oleh kerajaan kepada hartanah atau pemilikan peribadi. Harta ini ditaksir untuk mendapatkan nilainya, dan kemudian nilai ini dikenakan cukai. Amaun cukai yang perlu dibayar ditentukan dengan mendarabkan harga patut pasaran hartanah tersebut dengan kadar cukai semasa. Amaun yang dicukai untuk suatu hartanah itu boleh berubah-ubah bergantung kepada penilaian semula nilai hartanah tersebut.

Sementara itu, cukai jualan adalah cukai penggunaan yang dilevi ke atas barangan dan perkhidmatan yang dibeli di peringkat peruncitan, dibayar oleh pengguna dan kemudian diserahkan oleh para peruncit kepada pihak berkuasa percukaian.

Undur

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Ketahui lebih lanjut

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera