Financial Institutions

Apa itu Institusi Kewangan?

Institusi kewangan (FI) adalah syarikat yang bertanggungjawab untuk membekalkan wang ke pasaran melalui pemindahan dana daripada pelabur kepada syarikat dalam bentuk pinjaman, deposit, dan pelaburan.

Jenis institusi kewangan yang paling lazim termasuklah bank-bank perdagangan, syarikat amanah, bank-bank pelaburan, firma perbrokeran atau peraih pelaburan, syarikat insurans dan dana pengurusan aset. Jenis-jenis lain termasuklah kesatuan kredit dan firma kewangan.

Institusi kewangan dikawal selia untuk mengawal bekalan wang di pasaran dan melindungi pengguna.

MENCERAKINKAN Institusi Kewangan – FI

Institusi kewangan memainkan peranan yang penting dalam sistem kewangan setiap negara, ia memainkan peranan yang penting dalam membangunkan ekonomi secara berterusan. Institusi ini menyediakan keperluan modal jangka panjang untuk industri utama.

Institusi kewangan juga memainkan peranan yang penting untuk sebilangan besar warganegara dengan menyediakan semua transaksi kewangan, simpanan dan keperluan pelaburan. Kerajaan menganggap pemantauan dan pengawalseliaan bank dan syarikat perkhidmatan kewangan lain suatu yang amat penting. Atas sebab yang sama, potensi kebankrapan institusi kewangan boleh menyebabkan panik dalam ekonomi. Organisasi seperti Perbadanan Insurans Deposit Persekutuan (FDIC) yang berpangkalan di AS mengawal akaun deposit biasa untuk melindungi individu dan perniagaan daripada pelbagai risiko terhadap kewangan mereka berkenaan deposit dengan institusi kewangan.

Kehilangan keyakinan terhadap institusi kewangan boleh mendatangkan kesan luaran tambahan yang negatif dalam ekonomi.

Jenis-jenis Institusi Kewangan

Hampir semua orang berurusan dengan pelbagai institusi kewangan setiap hari. Samada untuk mendepositkan wang, memohon pinjaman atau menukar matawang, institusi kewangan adalah penting dalam aktiviti ini.

Institusi kewangan boleh dibahagikan kepada dua jenis: institusi kewangan perbankan dan institusi kewangan bukan perbankan. Institusi kewangan perbankan termasuk bank perdagangan yang peranan utamanya adalah menerima deposit dan menyediakan pinjaman. Institusi kewangan bukan perbankan termasuk bank pelaburan, syarikat insurans, firma kewangan, syarikat pemajakan, dsb. Mari kita lihat kedua-dua jenis institusi kewangan ini dengan lebih dekat.

Institusi Kewangan Perbankan

Bank adalah institusi kewangan perbankan yang paling terkenal. Ia pengantara kewangan yang bertindak sebagai orang tengah di antara pendeposit atau pembekal dana dan pemberi pinjaman yang menggunakan dana. Tugas utama institusi kewangan perbankan adalah untuk menerima deposit dan kemudian menggunakan dana tersebut untuk menawarkan pinjaman kepada pelanggannya, yang akan menggunakannya untuk membiayai pembelian, pendidikan, mengembangkan perniagaan, melabur dalam pembangunan, dll.

Bank juga bertindak sebagai ejen pembayaran dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan pembayaran, termasuk kad debit, kad kredit, kemudahan cek, kemudahan deposit terus, draf bank, dll. Tujuan utama dana didepositkan di bank adalah kerana ia memudahkan, memberikan pendapatan dalam bentuk faedah, dan menawarkan keselamatan. Bilangan lebihan rizab dan nisbah rizab tunai yang dipegang menentukan keupayaan bank untuk meminjamkan dana. Adalah agak mudah bagi bank untuk mengumpul dana kerana akaun tertentu, seperti simpanan semasa, tidak membayar faedah kepada pemegang akaun.

Bank melaburkan wang daripada deposit, kadangkala dalam aset dan sekuriti kewangan, tetapi kebanyakannya dalam bentuk pinjaman.

Institusi Kewangan Bukan Perbankan

Terdapat juga beberapa institusi kewangan bukan perbankan, termasuk bank pelaburan, syarikat pemajakan, syarikat insurans, dana pelaburan, firma kewangan, dll. Institusi kewangan bukan perbankan menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan.

Bank pelaburan menawarkan perkhidmatan kepada syarikat, termasuk pengunderaitan hutang dan terbitan saham, perdagangan sekuriti, pelaburan, khidmat nasihat korporat dan urus niaga derivatif;

Institusi kewangan seperti syarikat insurans menawarkan perlindungan terhadap kerugian tertentu yang mana premium insurans dibayar untuknya. Dana pencen dan dana amanah bertindak sebagai institusi simpanan di mana pelabur boleh melabur dana mereka dalam instrumen pelaburan kolektif dan menerima faedah sebagai pulangan.

Penggerak pasaran atau institusi kewangan yang bertindak sebagai broker dan peraih (dealers) memudahkan urus niaga aset kewangan seperti derivatif, matawang, ekuiti, dsb.

Penyedia perkhidmatan kewangan lain, seperti syarikat pemajakan, memudahkan pembelian peralatan, syarikat pembiayaan hartanah menyediakan modal untuk pembelian hartanah, dan penasihat dan perunding kewangan menawarkan nasihat dengan bayaran.

Perbezaan utama antara dua jenis institusi kewangan di atas adalah institusi kewangan perbankan boleh menerima deposit bagi pelbagai akaun simpanan dan simpanan semasa, ini tidak boleh dilakukan oleh institusi kewangan bukan perbankan.

Contoh Institusi Kewangan

Institusi Kewangan Perbankan

Berikut adalah beberapa contoh institusi kewangan perbankan. Senarai 15 bank AS terulung mengikut jumlah aset:

Picture3.jpg

Institusi Kewangan Bukan Perbankan

Berikut ialah senarai beberapa institusi kewangan bukan perbankan iaitu:

  1. Loandepot Inc (LDI)

    Syarikat ini adalah penyedia permohonan gadai janji dalam talian.

    Syarikat itu ditubuhkan pada tahun 2010 di California.

    Jumlah aset syarikat adalah lebih daripada 6.6 bilion dolar. Sahamnya sedang didagangkan di NYSE.

  2. PennyMAC

    Ini adalah syarikat gadai janji dari California. Syarikat itu diasaskan pada tahun 2008 dan kini merupakan salah satu pemberi pinjaman yang paling terkenal di AS.

    Saham syarikat itu disenaraikan di NYSE.

  3. American International Group (AIG)

    Ini sebuah syarikat dari New York yang terkenal. Syarikat ini menyediakan produk insurans untuk pelanggan institusi dan bukan institusi.

    Keseluruhan aset syarikat ini melebihi 500 bilion dolar.

    Syarikat itu membayar dividen yang stabil kepada pelabur, dan dari Mei 2020 hingga April 2022, saham syarikat itu telah meningkat sebanyak 230%.

  4. PayPal Holdings Inc.

    Sebuah syarikat yang menyediakan penyelesaian pembayaran digital. Ia berfungsi di 150 negara dan mempunyai akaun dalam 56 matawang berbeza.

    Pengasas syarikat itu ialah Peter Thiel, yang telah mencipta empayarnya bersama dengan pemilik X.com, Elon Musk.

    Ibu pejabat syarikat ini berada di San Jose, dan asetnya kini adalah lebih daripada 78.7 bilion dolar.

Undur

2023-05-08 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera