Leverage

Leveraj

Leveraj adalah nisbah di antara amaun wang yang anda depositkan dan amaun wang yang anda boleh dagangkan. Wang tambahan (leveraj) disediakan oleh broker anda.

Leveraj meningkatkan kuasa berdagang anda membolehkan anda membuka posisi yang lebih besar dari yang anda boleh buka bila hanya menggunakan dana anda sendiri. Nisbah ini boleh dizahirkan dalam format “X:1”.

Mari kita lihat cara kerjanya menggunakan contoh. Anda melaburkan wang anda sendiri sebanyak $10,000. Ini adalah leveraj bernisbah 1:1 (pada dasarnya, ini sebenarnya posisi tanpa leveraj), kerana anda tidak meminjam apa-apa dari broker. Jika anda beroleh $100, pulangan anda adalah sebanyak 1% (100%*$100/$10,000). Dalam masa yang sama, jika anda kerugian $100, kerugian ini hanya -1% juga.

Sekarang bayangkan jika anda tidak mempunyai $10,000 tetapi masih mahu berdagang sebanyak ini. Perdagangan Forex membenarkan anda berbuat demikian dengan bantuan leveraj. Dalam kes ini, broker anda memerlukan margin 1%, bersamaan dengan hanya $100 di dalam akaun anda. Ini adalah margin digunakan ("used margin") anda. Leverajnya adalah 100:1 kerana anda mengawal posisi bersaiz $10,000 dengan cuma $100. Baki 99% lagi disediakan oleh broker. Margin diperlukan sebagai jaminan kepada broker seandainya pasaran menentang posisi anda. Seandainya anda untung $100, pulangan anda adalah 100% ($100/$100*100). Namun, jika anda rugi 100%, pulangan anda adalah -100%. Seperti yang anda boleh lihat, dengan leveraj, pergerakan kecil matawang boleh mendatangkan keuntungan besar atau kerugian besar bila dibandingkan dengan posisi tanpa leveraj.

Undur

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Ketahui lebih lanjut

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera