Liquidity

Kecairan

Kecairan adalah ukuran betapa mudahnya menukar aset kewangan menjadi tunai tanpa perubahan pada harga pasarannya.

Aset-aset cair adalah aset yang boleh anda jual dengan mudah dan dapatkan kembali wang anda tanpa kerugian. Aset ini mengurangkan risiko bagi pelabur kerana mereka memungkinkan anda untuk bertindak balas dengan cepat terhadap pergerakan pasaran. Contohnya, mereka boleh melabur semula pada aset lain apabila harga rendah.

Kecairan dalam perdagangan Forex

Di pasaran kewangan global, matawang secara umumnya dianggap sebagai aset paling cair. Berdasarkan kepada kecairannya, terdapat tiga kategori utama pasangan matawang dalam perdagangan Forex global: major, minor, dan matawang eksotik.

Matawang-matawang major adalah yang paling popular dan cair. Matawang major termasuklah dolar AS, pound Britain, euro, yen Jepun, dolar Australia, dolar Kanada, dan franc Switzerland.

Pasangan-pasangan matawang minor tidak melibatkan dolar AS. Pasangan-pasangan ini juga dikenali sebagai pasangan silang.

Pasangan matawang eksotik kurang kecairannya dan didagangkan dengan volum yang rendah. Sebagai contoh rand Afrika Selatan atau peso Mexico adalah matawang eksotik.

Di samping itu, ada satu petua: semakin popular dan cair suatu pasangan matawang, semakin kecil spread. Spread adalah fi yang perlu dibayar oleh pedagang kepada broker untuk akses ke pasaran matawang. Spread untuk urusniaga pasangan major Forex biasanya sangat kecil atau, dalam istilah para pedagang, tipis. Untuk pasangan minor, spreadnya lebih tinggi, dan untuk mata wang eksotik — ia yang tertinggi.

Undur

2023-11-17 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera