Paper Wallet

Dompet Kertas

DEFINISI 'Dompet Kertas'

Jika anda merancang untuk menyimpan matawang digital anda untuk jangka masa panjang, salah satu cara termudah adalah untuk menyimpannya di dalam dompet kertas yang terletak di suatu tempat yang selamat, di tempat yang mana anda menyimpan semua barang berharga yang lain. Secara asasnya, ia hanyalah sebuah dokumen yang mengandungi semua maklumat yang diperlukan untuk mengakses dan membelanjakan Bitcoins di alamat-alamat tertentu pada blockchain. 
Logo-logo Bitcoin sering terlihat di liputan-liputan media dalam gaya yang inovatif dan kunci persendirian mahu awamnya (private and public keys) dicetak sama ada di atas kertas, plastik atau logam.

MERUNGKAI 'Dompet Kertas'

Dompet kertas menawarkan penyimpanan yang selamat untuk sebarang jumlah Bitcoin, kerana ia tidak terancam dengan malware dan key logger; tiada keperluan untuk bergantung kepada keselamatan mana-mana laman web; dan kunci persendirian (private key) dilindungi oleh pemiliknya 100%. Ia juga boleh disimpan dengan selamat dalam peti besi dan peti deposit selamat. Bagaimana pun, adalah lebih sukar untuk membuat simpanan sandaran ("backup") bagi dompet kertas, dan kerana sokongan perisian yang sub-optimum, adalah mudah untuk membuat kesilapan yang menyebabkan kehilangan Bitcoin.
Dompet kertas melibatkan kerja "mencetak" dan menyimpan Bitcoin secara offline. Tetapi adalah penting untuk diingat bahawa ia bukanlah kerja mencetak Bitcoin menjadi not kertas seperti matawang biasa. Ia adalah sebuah dokumen yang mengandungi maklumat yang tersimpan di dalam dompet Bitcoin atau dompet digital, salinan kunci awam (public key) dan kunci persendirian (private key) yang membolehkan orang ramai memindahkan dana ke dalam dompet dan memberikan akses untuk membelanjakan dana. Seringkali ia akan mengandungi kod QR, jadi anda boleh mengimbasnya dengan pantas dan menambah kekunci ke dalam dompet perisian untuk membuat transaksi.
Ada beberapa penyedia dompet kertas yang popular seperti BitcoinAddressUtility, BitAddress.org, Bitcoinpaperwallet.com, OfflineAddress.com, SafePaperWallet.com, dsb. Tambahan lagi, sesetengah syarikat menawarkan perkhidmatan "cold storage", iaitu penyimpanan kunci persendirian (private key) di dalam bentuk bercetak di lokasi fizikal seperti peti besi. Walaupun syarikat-syarikat ini tidak dikawal selia oleh industri kewangan, mereka diinsurankan bagi kes kecurian.  

Undur

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Ketahui lebih lanjut

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera