Foreign Exchange Market

Pasaran Tukaran Matawang Asing

Pasaran Tukaran Matawang Asing adalah sebuah pasaran kewangan global, meliputi seluruh dunia, dan terpencar untuk pemerdagangan matawang. Pusat-pusat kewangan seluruh dunia berfungsi sebagai tempat pertembungan antara pembeli dan penjual dari pelbagai jenis sepanjang waktu, melainkan di hujung minggu. Pasaran tukaran mata wang asing menentukan nilai relatif pelbagai matawang. Pemain-pemain besar pasaran seperti perbadanan-perbadanan, bank-bank pusat, firma-firma pengurusan pelaburan, dana lindung nilai dan para pelabur terlibat dalam perdagangan Forex. Pasaran Forex dikira sebagai pasaran kewangan terbesar di dunia dengan perolehan harian dianggarkan sebesar 5.3 trilion dolar Amerika.

MENCERAKINKAN Pasaran Tukaran Mata Wang Asing

Pasaran tukaran matawang asing wujud tidak lama setelah piawai emas ditolak pada 1976. Keuntungan adalah berasaskan kepada perbezaan kadar pertukaran dan dikawal oleh permintaan dan penawaran.

Forex adalah rangkaian global online di mana para pedagang membeli dan menjual matawang. Ia tidak mempunyai lokasi fizikal dan beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Selain dari menyediakan sebuah wadah untuk menjual, membeli, mengurup dan menspekulasikan matawang, pasaran forex juga membolehkan pengurupan untuk dagangan antarbangsa dan pelaburan.

Pasaran Forex mempunyai karakteristik yang unik dan sifat yang menjadikannya sebuah pasaran yang menarik untuk para pelabur yang mahu mengoptimakan keuntungan mereka. Internet menjadikan proses tersebut pantas, mudah dan sangat ringkas. Perdagangan Forex melibatkan risiko, tetapi pelaburan alternatif memberikan pulangan yang lebih baik.

Kecairan Yang Tinggi

Pasaran kadar tukaran matawang asing adalah pasaran kewangan yang terbesar dan paling cair di dunia. Ia menarik para pedagang dari seluruh dunia, menawarkan peluang yang bagus dan menjanjikan keuntungan pantas. Salah satu kelebihan perdagangan Forex yang sudah terbukti adalah volum perdagangan yang amat besar, yang meliputi kelas aset yang terbesar secara global dan kecairan yang tinggi.

Buka 24 Jam Sehari, 5 Hari Seminggu

Pasaran tukaran matawang asing sangat dinamik sepanjang hari dengan sebut harga berubah-ubah setiap waktu. Ia adalah satu-satunya pasaran yang benar-benar beroperasi 24 jam sehari, lima hari seminggu. Matawang didagangkan di bursa-bursa saham terbesar dan pasaran di seluruh dunia: di Zurich, Hong Kong, New York, Tokyo, Frankfurt, London, Sydney dan Paris. Ini bermakna merentasi setiap zon waktu pasarannya adalah aktif – bila pasaran tutup di Amerika Syarikat, perdagangan bermula di Tokyo dan Hong Kong.

Keanjalan masa sangat menyenangkan untuk para pedagang yang mempunyai jadual kerja yang sibuk. Mereka tidak perlu bimbang tentang waktu pembukaan dan penutupan pasaran dan bebas untuk mengatur aktiviti dagangan mereka bila-bila mereka mahu.

Leveraj

Leveraj Forex adalah satu perkakas yang setiap pedagang harus kenal dengan baik. Kebanyakan pelabur Forex menggunakan perkakas ini untuk memaksimumkan pulangan dari pelaburan mereka di pasaran. Justeru pedagang yang mahu memaksimumkan keuntungan pastinya boleh menggunakan perkakas dagangan ini. Bagaimana pun ia melibatkan suatu tahap risiko tertentu di mana para pedagang boleh menanggung jumlah kerugian yang besar bila berdagang menggunakan leveraj.

Sebagai contoh, pelabur yang mempunyai akaun Forex sebesar $1,000 boleh berdagang $100,000 nilai matawang dengan margin 1%, menggunakan leveraj 1:100.

Yang Terbesar Di Dunia Kewangan

Menurut Bank Penyelesaian Antarabangsa dan Aktiviti Pasaran Derivatif OTC, perdagangan tukaran matawang asing telah meningkat kepada purata $5.3 trilion sehari. Untuk memberikan perspektif kepada perkara ini, angka ini memberikan purata $220 bilion sejam. Pasaran tukarang mata wang asing dibentuk sebahagian besarnya oleh para pelabur institusi, badan-badan korporat, kerajaan, bankpbank dan juga spekulator matawang. Secara kasarnya, 90% dari volum ini dihasilkan oleh spekulator matawang yang membuat keuntungan dari pergerakan harga intrahari. Amaun ini dicerakinkan seterusnya, menunjukkan $1.490 trilion didagangkan dalam transaksi spot, $475 bilion di dalam kontrak hadapan, $1.765 trilion swap tukaran matawang, $43 bilion di dalam swap matawang, dan $207 bilion di dalam opsyen dan lain-lain produk forex.

Kesimpulannya, saiz dan kedalaman pasaran Forex menjadikannya persekitaran perdagangan yang ideal. Kecairan yang sebegitu menjadikan ianya mudah untuk pedagang menjual dan membeli matawang. Kerana itulah semakin ramai pedagang dari pelbagai kelas aset berbeza mengalihkan pandangan kepada Forex setiap hari.

Undur

2022-11-23 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera