Pivot Point

Titik Pivot

Titik Pivot adalah satu indikator, yang digunakan dalam analisis teknikal. Ia terdiri dari pivot tengah, dua sokongan (S1 dan S2) dan dua rintangan (R1 dan R2).

Titik Pivot boleh menentukan trend keseluruhan pasaran dan aras-aras rintangan dan sokongan yang utama berdasarkan kepada pengiraan titik pivot. Harga di atas pivot tengah menandakan kuasa bullish, manakala harga di bawah pivot tengah menunjukkan kekuatan bears. Selain itu, S1, S2, R1, dan R2 boleh digunakan sebagai aras ambilan untung dan renti rugi.

Indikator titik pivot mengira aras-aras tersebut secara automatik. Bagaimana pun, jika anda berminat dengan formulanya, kami sediakan di sini.

Kita akan mempertimbangkan harga tertinggi (highs) dan terendah (lows) sebelum ini, jadi anda harus tahu wujudnya pivot harian, mingguan, bulanan dan Fibonacci. Jadi harga tinggi dan rendah akan dikira berdasarkan tempoh.

Di permulaan sesi perdagangan, harga tertinggi, terendah dan penutupan diambil kira dalam pengiraan titik pivot untuk tempoh rangkamasa yang dipilih. Langkah seterusnya adalah untuk menjumlahkan harga tinggi, rendah dan penutupan lalu kita bahagikan ia dengan tiga. Ini adalah harga bagi pivot tengah. Selepas itu, anda boleh kira sokongan 1, sokongan 2, rintangan 1 dan rintangan 2.

Sokongan 1 (S1) = (PP x 2) – Harga Tinggi Sebelumnya;

Sokongan 2 (S2) = PP - (Harga Tinggi Sebelumnya - Harga Rendah Sebelumnya);

Rintangan 1 (R1) = (PP x 2) – Harga Rendah Sebelumnya;

Rintangan 1 (R1) = PP + (Harga Tinggi Sebelum – Harga Rendah Sebelum).

Ini dikenali sebagai sistem 5 titik tradisional

Pivot harian digunakan untuk perdagangan intra hari di M30 dan rangka masa yang lebih pendek. Ia menggunakan harga tinggi, rendah dan penutupan bagi hari sebelumnya. Indikator ini dikemaskini setiap hari.

Titik pivot mingguan digunakan untuk carta H1, H4 dan D1. Di sini, harga tinggi, rendah dan penutupan minggu sebelumnya diperlukan. Ia kekal tanpa perubahan sehingga bermulanya minggu baru.

Begitu juga, pivot bulanan disyorkan untuk perdagangan di rangkamasa mingguan.

Titik pivot digunakan secara meluas dalam perdagangan niaga hadapan, komoditi, saham dan pasangan matawang. Tidak seperti osilator, aras-aras ini adalah statik dan memberikan para pedagang sedikit masa untuk membuat keputusan mereka lebih awal.

Titik pivot boleh digunakan sebagai indikator berasingan atau digabungkan dengan yang lain, seperti Pengunduran Fibonacci atau purata bergerak.

Undur

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera