Yield Spread

Apakah itu Kadar Hasil Z/G Spread?

Biasanya instrumen hutang dengan ciri-ciri yang berbeza (tarikh matang/perkadaran atau risiko kredit) mempunyai kadar hasil yang berbeza. Untuk memahami lebih lanjut tentang spread, mari kita lihat kadar hasil bon sebagai contoh dan menganalisa risiko yang berkaitan dengannya. Kadar hasil bon ialah kadar pulangan yang diterima oleh pemegang bon jika mereka memegang bon tersebut sehingga tarikh matang dan menerima aliran tunai pada tarikh yang ditetapkan. Risiko yang terlibat termasuklah kredit, kadar faedah, inflasi dan lain-lain.

Kaedah-kaedah mengukur kadar hasil spread boleh dibahagikan kepada spread nominal (G-spread), spread terinterpolasi (I-spread), spread sifar kemeruapan (Z-spread) dan spread tersuai-opsyen (OAS).

G-spread

Spread nominal (G-spread) mewakili perbezaan antara kadar hasil bon Perbendaharaan dan kadar hasil bon korporat dengan tarikh matang yang sama. Bon Perbendaharaan mempunyai sifar risiko lalai. Oleh sebab itu, perbezaan antara bon korporat dan bon Perbendaharaan menunjukkan risiko lalai. Kita boleh mengira G-spread menggunakan formula berikut:

G-Spread = hasil bon korporat – hasil bon kerajaan

I-spread

Spread terinterpolasi (I-spread) ialah perbezaan antara kadar hasil bon dan kadar swap. Kita boleh menggunakan LIBOR sebagai contoh. Ia menunjukkan perbezaan antara kadar hasil bon dan lengkungan tanda aras. Jika I-spread meningkat, risiko kredit juga meningkat. I-spread juga biasanya lebih rendah daripada G-spread.

Z-spread

Jenis spread ini juga dikenali sebagai spread sifar kemeruapan. Z-spread ditambahkan kepada setiap kadar faedah spot untuk menyamakan nilai semasa aliran tunai bon dengan harga bon.

Spread tersuai-opsyen

Spread tersuai-opsyen dikira sebagai spread sifar kemeruapan ditolak nilai opsyen call. Terdapat juga istilah “spread” yang wujud dalam pasaran Forex. Ia merujuk kepada komisen yang anda bayar kepada broker. Spread Forex dikira sebagai perbezaan antara harga bidaan (bid) dan tawaran (ask).

Undur

2023-06-05 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Apakah itu spread dalam perdagangan saham?

    Spread dalam urusniaga saham ialah perbezaan di antara harga tertinggi yang pembeli sanggup bayar (bid) dan harga terendah yang penjual sudi terima (ask). Sebagai contoh, kadar bid/ask untuk saham Tesla ialah $673.30/$673.58. Anda akan membeli saham pada harga ask yang lebih tinggi sebanyak $673.58 dan menjualnya pada harga bid yang lebih rendah sebanyak $673.30. Di dalam contoh ini spread adalah sebanyak 0.28 poin. FBS menawarkan spread yang kompetitif di pasaran saham.

  • Bagaimanakah spread berfungsi dalam kripto?

    Spread ialah perbezaan antara harga bid dan harga ask. Bid ialah pesanan beli, di mana anda menjual matawang asas, dan ask ialah pesanan jual, di mana anda membeli matawang asas. Matawang asas ialah matawang yang pertama disebut dalam suatu pasangan.

    Spread salah satu kos yang paling utama dalam perdagangan, termasuk dalam perdagangan matawang kripto. Broker FBS menawarkan spread kripto yang kompetitif dan pelaksanaan pesanan yang pantas untuk perdagangan kripto yang lebih mudah. Jadi jika anda sedang mencari broker matawang kripto, pertimbangkan untuk mencuba FBS.

  • Apakah pasangan eksotik yang mempunyai spread yang terbaik di FBS?

    Spread ialah perbezaan antara harga bid dan harga ask. Bid ialah pesanan beli, di mana anda menjual matawang asas, dan ask ialah pesanan jual, di mana anda membeli matawang asas. Matawang asas ialah matawang yang pertama disebut dalam suatu pasangan.

    Broker FBS menawarkan spread yang kompetitif untuk Forex eksotik. Untuk memastikan perkara ini, anda boleh menyemak USDZAR, USDMXN, dan USDTRY dan lihat pada spreadnya. Anda boleh memilih pasangan Forex eksotik anda dan mula berdagang dengan FBS.

  • Apakah yang menentukan spread di dalam perdagangan Forex?

    Spread boleh menjadi lebih kecil (tipis) atau lebih besar bergantung pada pasangan matawang, waktu anda berdagang Forex dan situasi di pasaran. Di FBS, anda boleh memilih instrumen perdagangan dengan spread yang paling sesuai untuk keperluan anda: spread terapung daripada 0.5 poin, spread malar (tetap) daripada 3 poin, dan sifar spread.

  • Apakah yang menyebabkan spread yang tinggi dalam Forex?

    Spread biasanya menjadi lebih besar dengan meningkatnya kemeruapan atau dengan kecairan yang rendah disebabkan oleh perdagangan di luar waktu puncak. FBS menawarkan senarai spread yang kompetitif dengan spread terapung daripada 0.5 poin, spread malar/tetap daripada 3 poin dan sifar spread. Mula berdagang Forex dengan syarat yang menguntungkan sekarang.

  • Bagaimanakah cara untuk mengurangkan spread bila berdagang Forex?

    Spread biasanya menunjukkan tahap kemeruapan. Semakin tinggi kemeruapan di pasaran Forex, spread semakin besar, terutamanya apabila tersiarnya berita yang mempengaruhi matawang. Walau bagaimanapun, urusniaga yang menawarkan potensi yang paling besar berlaku semasa kemeruapan sedang tinggi.

    Di FBS, anda boleh membuka akaun perdagangan yang menawarkan spread terapung, spread malar/tetap dan sifar spread. Pilih pasangan matawang yang paling sesuai untuk strategi perdagangan anda dan manfaatkan kemeruapan sepenuhnya.

  • Apakah yang boleh ditafsirkan daripada spread kadar hasil?

    Spread kadar hasil meramal kemungkinan berlakunya kemelesetan atau pemulihan ekonomi satu tahun dari sekarang. Spread ialah perbezaan antara kadar faedah pada Nota Perbendaharaan 10-tahun, yang ditetapkan oleh Rizab Persekutuan (Fed), dan kadar pinjaman jangka pendek yang ditetapkan oleh Fed.

  • Apakah maksud perluasan spread kadar hasil?

    Spread yang semakin luas menandakan kemerosotan ekonomi. Syarikat korporat berkemungkinan tinggi untuk menggulung tikar dalam ekonomi yang lembap, lalu meningkatkan risiko kredit yang berkait dengan bon mereka. Secara lazim, spread bon menjadi tipis apabila ekonomi sedang pulih dan meluas ketika ia merosot.

  • Bagaimanakah spread kadar hasil ditentukan?

    Pengiraan spread kadar hasil adalah proses yang mudah. Hanya tolak kadar hasil pertama daripada kadar hasil kedua untuk mengira spread kadar hasil, yang mana ini secara efektifnya sama seperti spread bid-ask.

    Spread = Kadar hasil lebih tinggi – Kadar hasil lebih rendah

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera