13.05.2019

Horoskop Duit untuk Mei 2019

Cover.jpg

Bintang-bintang menghasilkan ramalan selestial mereka tanpa henti. Mereka tidak bertangguh-tangguh atau berehat untuk minum kopi. Ketika anda menikmati kesegaran udara pagi, para nujum sudah pun selesai menganalisa pola-pola bintang dan menyiapkan ramalan bulanan bagi Mei untuk anda.

01_Aries.png

Aries

Anda jaguh dalam aspek sosial. Bukan sahaja orang yang sukakan anda, tetapi wang juga. Kedua-dua tuah dan kerja rutin (tetapi efisien) anda membuatkan anda tampak swasadar. Usaha anda boleh menjurus kepada peningkatan pendapatan yang mapan. Bulan ini membawa kestabilan. Bintang-bintang meminta agar anda tidak terburu-buru, buat keputusan satu demi satu, dan jangan risikokan wang yang besar. Jika anda merancang untuk melabur, lakukannya dengan kerap tetapi dalam jumlah yang kecil-kecilan.

02_Taurus.png

Taurus

Semarakkan bulan ini dengan pendidikan. Tangguh semua urusan lain dan tingkatkan usaha untuk belajar strategi kerja yang baru. Dalam kira-kira dua bulan dari sekarang, anda akan perlukan ilmu ini. Ia boleh mengelakkan anda dari potensi kerugian besar. Wang sukakan keteraturan dan jagaan yang cermat – anda pun tahu itu! Cuba untuk tidak terlupa nasihat ini.

03_Gemini.png

Gemini

Wang itu sendiri bukan satu matlamat pada bulan ini. Anggaplah ia seperti satu wadah untuk berkongsi dan membantu orang lain yang memerlukan. Lihat sekitar anda, ada banyak peluang untuk beramal kebajikan dan memenuhi impian orang lain. Anda tidak akan menjadi miskin dengan memberi! Budi yang baik akan dibalas semula kepada anda, membawakan lebih kepuasan dari yang anda jangkakan.

04_Cancer.png

Cancer

Keadaan semakin tegang, orang-orang di sekeliling semakin resah, dan anda tidak boleh tidak sabar dalam menghadapi stres. Ambil nafas yang panjang dan ikut pergerakan arus. Anda tidak boleh mengubah situasi sekitar anda, tetapi jangan biarkan ia menjejaskan kesihatan anda. Sementara itu, adalah lebih baik jika anda melakukan kajian terhadap pasaran dan rancang awal-awal perdagangan anda.

05_Leo.png

Leo

Tiada apa-apa yang penting yang akan berlaku pada bulan Mei. Gunakan ini sebagai peluang untuk merenung masa hadapan anda. Anda boleh belanjakan sedikit wang untuk percutian yang sederhana. Ia akan menginspirasikan anda dan memberikan idea sumber pendapatan alternatif. Selain dari itu, anda memang berhak untuk berehat sedari dahulu lagi!

06_Virgo.png

Virgo

Bintang meramalkan sebuah bulan yang fantastik dari aspek "buat duit". Anda akan berasa seperti anda mempunyai ilmu rahsia yang secara sakti membawa wang dari setiap sumber yang anda kendalikan. Aliran masuk yang besar dijangkakan dari perdagangan. Jadi kita anda sudah lama tidak memeriksa akaun-akaun anda, inilah masanya yang terbaik untuk anda kembali ke pasaran. Untuk terus berada di dalam keadaan kewangan yang baik di bulan-bulan akan datang, lakukan tindakan-tindakan berani di bulan Mei.

07_Libra.png

Libra

Ada masa-masanya anda boleh terkeliru tentang bagaimana anda harus uruskan dana-dana anda. Jangan bimbang, itu normal! Kami nasihatkan anda untuk menghubungi penasihat kewangan anda. Ini akan membantu anda menyusun kewangan anda dengan bijaksana dan menyimpan sedikit wang untuk impian anda. Jadi bulan ini, jaga fokus dan keawasan anda, perkemaskan kewangan anda dan mulalah merancang pembelian-pembelian besar atau pelaburan jangka panjang.

08_Scorpio.png

Scorpio

Mei membawakan anda kedamaian dengan pendapatan sedia ada anda yang perlahan tetapi mapan. Tiada beban kewangan luar jangkaan menanti anda. Jadi nikmati saat-saat ini dan tumpukan usaha menganalisa strategi-strategi pelaburan yang anda aplikasikan. Anda mungkin akan mendapati pola biasa anda sedikit ketinggalan zaman. Ini mungkin waktu yang munasabah untuk mula melihat pada kisah-kisah kejayaan orang-orang berpengaruh di bidang anda. Mulalah impikan yang besar-besar dan berinovatiflah!

09_Sagittarius.png

Sagittarius

Anda masih didorong oleh keuntungan bulan sebelum ini. Berjaga-jagalah agar keyakinan anda tidak pudar, bintang-bintang menyukainya. Di saat anda mendapat durian runtuh, tidak semua orang di sekeliling turut bergembira dengan tuah yang datang bergolek ke kaki anda. Kekal fokus dan jangan kongsikan rancangan anda dengan orang yang tidak anda percayai seratus peratus. Atas sebab yang sama, tahun ini bukan tahun yang begitu baik untuk meminjamkan wang kepada orang.

10_Capricorn.png

Capricorn

Perbelanjaan anda meningkat tetapi yang menghairankan ia tidak mengecewakan anda. Sebaliknya, anda berasa sangat termotivasi dan bersemangat. Akhirnya anda keluar dari zon selesa dan kini bersedia untuk permulaan yang hebat. Anda berada di ambang sebuah pelaburan yang berjaya! Selesaikan membina asas kewangan yang kukuh dan bingkas mulakan menerokai aliran baru wang.

11_Aquarius.png

Aquarius

Anda menghormati duit dan anda tahu bagaimana hendak menjaganya dengan baik, kewangan anda membalas budi anda dengan pertumbuhan yang stabil. Beringatlah untuk mengadakan dana kecemasan untuk perkara-perkara yang tidak dijangka dan supaya anda berasa lebih terjamin. Anda sentiasa sangat berhati-hati dan konsiten. Sekali-sekala cuba untuk tidak terlalu serius, bintang-bintang mengatakan bahawa di bulan Mei idea kreatif dan "ganjil" anda mungkin akan membawakan anda pendapatan tambahan.

12_Pisces.png

Pisces

Jangan percayakan nasib dalam hal-hal kewangan, bergantunglah kepada keputusan yang telah anda analisakan secara menyeluruh. Lihat pada pasaran saham. Ia dunia yang lumayan dan berpotensi memberikan keuntungan. Bulan ini tidak dipanaskan dengan apa-apa "api kewangan", jadi anda boleh berikan lebih perhatian kepada keluarga dan rakan-rakan. Dapatkan inspirasi dari orang-orang terdekat dan simpan tenaga anda untuk bulan aktif yang seterusnya.

Terima kasih, bintang! Anda baik hati dan sangat mempercayai. Kami berharap anda menyukai ramalan ini, tetapi ingat nujum yang benar-benar jujur adalah anda sendiri. Percayai naluri anda, berdagang dan gapai semua impian anda!

  • 499

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera