Renungan Retrospektif Pencapaian Luar Biasa

Renungan Retrospektif Pencapaian Luar Biasa

Dengan lampu Krismas bergemerlapan di setiap sudut di ibu pejabat FBS, tibalah masa untuk kami mempersembahkan kepada anda hasil kemajuan kami sepanjang 2018. Kami telah mengharungi tahun yang sangat luar biasa ini dengan berpegang teguh kepada nilai-nilai syarikat seperti keandalan, fokus kepada pelanggan, dan sikap "yakin boleh". Kerjasama kami dengan para rakaniaga dan pelanggan membolehkan kami mencapai statistik yang cemerlang di penghujung tahun.

spacee.jpg

Pelanggan

11 juta pedagang dari 197 negara di seluruh dunia mempercayai kami.

arrow.jpg

Mereka bersedia untuk mencapai sasaran kewangan yang tinggi dan bersemangat untuk maju. Untuk tujuan ini, FBS menawarkan beraneka sumber pendidikan untuk setiap jenis selera, bermula dari material di laman web, berita, posting di blog dan diakhiri dengan seminar-seminar offline percuma di wilayah-wilayah yang paling aktif selain dari webinar mingguan.

spacee-small (1).jpg

Tahun ini kami telah memperkenalkan aplikasi CopyTrade FBS – sebuah platform perdagangan sosial yang membolehkan para Pelabur meniru prestasi para pedagang yang berjaya, dan untuk Pedagang – berkongsi kepakaran mereka dan menerima komisen bagi aksi mereka yang ditiru.

img-10.jpg

spacee-small (1).jpg

Rakaniaga

370,000 rakaniaga telah membuatkan pasukan kami bersinar tahun ini.

Kami sangat senang hati dapat menunjukkan penghormatan dan bertemu dengan para profesional hebat ini di FBS Leaders Summit di Pulau Sentosa, Singapura. Kami telah menikmati suasana tenang di atas dek sebuah kapal layar mewah dan semangat berpasukan amat terasa sekali. Acara itu memberikan kami perspektif sebenar dan maklum balas yang mengujakan dari orang-orang yang berkongsi pandangan yang sama dengan kami.

img-04.jpg

spacee-small (1).jpg

Kami ingin meningkatkan motivasi rakan-rakan niaga kami, sebab itulah kami menawarkan kepada mereka Bonus Rakaniaga – satu peluang hebat untuk mendapatkan tambahan pendapatan sehingga $3,000 dengan deposit dan lot yang pelanggan mereka dagangkan.

spacee-small (1).jpg

Pelbagai Instrumen Baru

Kami percaya tiada pertumbuhan yang mungkin tanpa kualiti dan servis terkini yang dikehendaki oleh pasaran.

Kami telah menambah pasangan matawang USD/ZAR dan USD/BRL ke senarai instrumen perdagangan kami dan melancarkan sistem pembayaran baru untuk China dan Brazil.

Disember telah diserikan dengan potensi pelaburan yang baru. Para pedagang kini boleh melabur dengan saham sekitar 100 syarikat dari pasaran Bursa Saham Amerika Syarikat.

stocks-big.jpg

Selain dari itu, atas permintaan ramai, kami telah mengadakan semula Akaun Micro – jenis akaun yang paling selamat untuk pemula baru.

spacee-small (1).jpg

Kebajikan

Bila dunia ini sudah menjadi tempat yang lebih baik, lebih mudah untuk kita memasang impian yang besar. Kejayaan yang diukur dengan angka tidak akan terbanding dengan kegembiraan orang-orang yang impiannya ditunaikan di luar jangkaan mereka.

Pada 2018, kami sangat berbangga dengan promosi Dreams Come True. Ia telah membuatkan sekurang-kurangnya 12 orang dari seluruh dunia mengerti bahawa mereka harus bersuara dan percaya dengan keajaiban. Kami telah mengisi perpustakaan kanak-kanak dengan buku-buku baru, membelikan kit kelengkapan sekolah, menganjurkan trip impian, menghantar bungkusan sebagai galakan kepada hobi peserta (sebuah drone dan kamera) dan telah memasang papan tanda baru untuk sebuah kedai optometri.

img-05.jpg

spacee-small (1).jpg

Wang tidak bererti jika ia tidak dapat mengubah kehidupan seseorang menjadi lebih baik. Bulan suci Ramadan adalah masa yang terbaik untuk kita memikirkan tentang mereka yang memerlukan ihsan dan bantuan. Kami sungguh terkesan dengan [promosi amal tahunan] ini, kami telah menjadikannya satu tradisi di FBS. Keseluruhan $310, 478 yang dikumpul dari spread dan komisen IB telah diagih-agihkan kepada 7 badan kebajikan yang mendukung mereka yang memerlukan.

Malang sekali, adakalanya tanpa disangka-sangka malapetaka yang meranapkan kehidupan terjadi. Apa yang boleh dibuat di dalam senario ini adalah untuk bertindak balas dengan pantas dan efisien. Banjir besar di Laos dan <gempa bumi di Lombok pada hujung bulan Ogos menghibakan hati kami. Namun, kami memilih untuk bertindak. Kami telah menghantar lori-lori FBS bersama dengan ahli pasukan FBS dan bekalan asas dan perubatan. Kami berjaya sampai ke kawasan-kawasan terpencil berbekalkan harapan bahawa bantuan kami dapat meredakan kesusahan mangsa-mangsa, sekurang-kurangnya untuk jangka masa pendek.

spacee-small (1).jpg

Acara

FBS berkerja keras dan berpesta lebih keras lagi! Pada bulan Febuari kami telah meraikan Ulangtahun ke-9 kami di Surabaya. Ia kemudian disususli dengan pesta pedagang yang tak dapat dilupakan di Kaherah pada bulan Ogos. Bertemu dan meluangkan masa bersama kalian sentiasa memberikan kami banyak idea-idea baru.

party.jpg

spacee-small (1).jpg

Kami ingin kongsikan pengalamn kami di dalam industri ini dan mengikut trend semasa. Justeru kami telah menyertai 8 ekspo kewangan antarabangsa tahun ini, termasuklah Cairo Investment Expo 2018, salah satu acara yang paling popular di rantau Arab.

img-06.jpg

spacee-small (1).jpg

Pada bulan Jun 2018, demam Piala Dunia melanda. Masakan kami mahu ketinggalan, lalu kami telah menganjurkan peraduan FBS Football Journey. Hasilnya, 55 pedagang telah berpeluang untuk didatangkan ke Rusia dan bersorak bersama dengan para penonton dari seluruh dunia secara live.

football.jpg

spacee-small (1).jpg

Anugerah

Tahun ini tampaknya sangat berhasil – usaha kami telah mendapat pengiktirafan para pakar dan peneraju pasaran. Bersama dengan 7 anugerah antarabangsa, kami telah faham dengan jelas bagaimana kami mahu terus berkembang. FBS diiktiraf sebagai broker yang telus dan andal dengan beraneka pilihan instrumen perdagangan. Selain dari itu aplikasi CopyTrade FBS kami telah mendapat anugerah juga. Berikut adalah senarai yang membanggakan kami:

awards.jpg

- “Most Transparent Forex Broker - 2018” dan “Best Forex Trading Account 2018” oleh UK Shares Magazine

- “Best Copy Trading Application Global - 2018” dan “Best Forex Broker Asia-2018” oleh CFI.co, majalah kewangan yang berpangkalan di London

- “Best Investor Education - 2017” oleh Hexun

- “Best FX IB Program - China 2017” dari China Forex Technical Analysis Expo dan Forum Y2

- “Most Promising Broker – 2018” dari FXEmpire

spacee-small (1).jpg

Khidmat Pelanggan

Pasukan khidmat pelanggan kami turut menunjukkan peningkatan setiap tahun. Kecepatan membanggakan waktu respon kurang dari 30 saat bagi setiap pelanggan dan 95% pelanggan berpuas hati adalah bukti terbaik kejayaan dan menjadi sumber inspirasi.

img-07.jpg

spacee-small (1).jpg

Bilangan chat dengan pelanggan menyamai bilangan penduduk kota Milan. Bayangkan, ia sebanyak 1,406,000 dan sekitar 5,000 chat sehari! Pakar-pakar kami telah menyelesaikan 240,000 request untuk membuatkan perdagangan anda setiap hari lebih telus dan mudah.

Ini kali pertama kami kongsikan highlight pemasaran kami. Kami mahu anda mengenali kami dengan lebih baik, berkomunikasi dan memberikan maklum balas. Maklumat adalah kuasa! Lihatlah bagaimana berpengaruhnya media sosial.

Kami telah menambah baik visualisasi dengan besar-besaran dan gembira mendapat 118% lebih banyak pengikut di Instagram. Komuniti Facebook juga telah berkembang. Secara total komuniti kami adalah seramai 1,199,478 orang!

spacee-small (1).jpg

Program Kesetiaan

Kini kita tiba pada bahagian yang terbaik tahun 2018! Pada bulan Disember, Program Kesetiaan yang dinanti-nantikan telah dimulakan. Ia menyaksikan penyertaan ribuan peserta dalam tempoh 24 jam yang pertama. Padat dengan pelbagai hadiah, servis dan acara-acara ranggi, program ini menjadikan pengalaman berdagang anda lebih mengujakan. Jika anda belum memutuskan sasaran anda untuk tahun hadapan, Mercedes Benz S-Class atau seutas jam Rolex adalah pilihan yang baik.

img-09.jpg

spacee.jpg

Kami berterima kasih kepada anda kerana setia bersama kami sepanjang tahun ini!

Kemajuan kami adalah kemenangan kita bersama. Itulah sebabnya mengapa resolusi utama kami untuk 2019 adalah untuk terus bersama dan menjulang ke langit!

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera