Temui pemenang peraduan Dreams Come True bulan April
Pasukan FBS sangat berbangga dengan peraduan Dreams Come True, kerana hasratnya adalah untuk memenuhi impian orang lain dan menjadikan kehidupan mereka lebih baik. Bulan April ini, kita telah menerima banyak permintaan di laman Facebook kami. Bagaimana pun, apabila kami terlihat permintaan Mochammad Wildan Syakuro dari Indonesia, kami segera mengerti bahawa impian beliau sangat indah dan ikhlas, lantas harus dijadikan kenyataan.
Mochammad telah meminta kami membelikan permainan pendidikan untuk kanak-kanak di kotanya. Aduhai, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan! Ia salah satu dari tugasan paling menyentuh perasaan sepanjang sejarah pertandingan ini. Betapa seronoknya kami melihat wajah-wajah gembira kanak-kanak itu nanti bila mereka sudah menerima hadiah-hadiah tersebut!