Kenali pemenang 'Dreams Come True' bulan Ogos dari Itali!
Puan Sherlani Jane Fanari sebuah mesin jahit dan fabrik kapas dari FBS, supaya beliau boleh menjahit produk untuk dijual bagi membantu ibu dan keluarga beliau di Filiipina. Manakan boleh kami katakan "tidak"!
Puan Sherlani Jane Fanari berasal dari Filipina dan kini tinggal bersama suami dan keluarganya di Itali. Beliau sudah berdagang dengan FBS sejak Mei 2018 dan telah menyertai peraduan "Dreams Come True" sebanyak tiga kali – dan untuk kali yang terakhir ini beliaulah insan bertuah kita! Beliau telah meminta sebuah mesin jahit dan fabrik kapas dari FBS, supaya beliau boleh membuat sarung dan alas perabut, pakaian wanita dan patung-patung mainan. Ia bukan hanya sebuah hobi – beliau mahu menjual sebahagian dari jahitan beliau untuk membantu menanggung perbelanjaan keluarga beliau dan memperbaiki rumah ibunya di Filipina – rumah yang lama telah musnah dipukul taufan pada 2013.
Pada mulanya, beliau tidak percaya beliau telah menang, tetapi setelah wakil FBS mengesahkan kemenangan beliau, beliau sangat gembira – Pn. Fanari meilhatnya sebagai satu peluang untuk terus melakukan sesuatu yang beliau sukai sambil membantu keluarganya dari segi kewangan. Beliau juga merancang untuk terus berdagang dengan FBS untuk memperbaiki status kewangan keluarganya dan berharap dapat pulang ke Filipina untuk melawat ibunya dengan lebih kerap. “Saya sangat bersyukur untuk hadiah-hadiah hebat ini! Anda tidak akan menyesal memilih FBS sebagai broker anda“, kata beliau.
Kami ingin merakamkan sejuta tahniah buat Pn. Fanari dan mendoakan yang terbaik untuk beliau dan keluarganya!