FBS melancarkan blog baru untuk pedagang Forex
Kami telah memutuskan bahawa kami mahu mendampingi para pelanggan kami dengan lebih rapat dan menjadikan silaturrahim kita semakin erat. Kenalilah, "Warga Forex" – sebuah blog yang direka untuk menyebarkan pengetahuan dan pengalaman ahli-ahli keluarga FBS di serata dunia.
Blog ini direka sebagai sanggar bersantai untuk para pedagang FBS [dan rakaniaga] – kami akan kongsikan tinjauan dalaman kerja-kerja FBS, kisah-kisah kejayaan pelanggan kami, temuramah, dan banyak lagi.
Jika cara spesifik anda menongkah arus pasaran adalah satu pengalaman menarik yang anda ingin kongsikan dengan komuniti, jangan ragu untuk hantarkan kisah anda (tidak kisahlah jika ia berakhir dengan gembira atau duka) kepada alamat email kami: blog@fbs.com.
Kami akan menerbitkan kisah kehidupan pedagang paling menarik, menginsiprasikan, memberikan tauladan, kelakar dan mengulit imaginasi - ikuti perkembangannya!